Date: 1-6 feb 2019
Asalnya kakyang dok berkenan nak buat TNT (trans north Titiwangsa). bila nampak iklan dan syarat penyertaan dari organizer, terus sedar diri dan tak jd.
Asalnya kakyang dok berkenan nak buat TNT (trans north Titiwangsa). bila nampak iklan dan syarat penyertaan dari organizer, terus sedar diri dan tak jd.
Pastu nampak pula iklan SCUSGBBB. Cpt2 angkat tangan nak
join. X jd juga bila trip xde sambutan. Kakyang sorang je yg teringin buat
kerja gila mcm tu🤣🤣🤣
End up, member pm bgtau ada org nak buat trip CUS dan suh kakyang
join. Mula2 cuak juga sbb kakyang x kenal gogo ni. So tak tahu boleh ke diorang
ni sabar melayan kesiputan kakyang? Bila kawan kakyang convinced yg gogo ni ok,
barulah kakyang berani pm gogo dan terus sign up😅
gambar trail ehsan google. kyang suka letak map mcm ni supaya korang boleh bayangkan perjalanan trip tu |
Sehari sebelum trip, kakyang sangat kelam kelibut. sbb boleh terlupa pula kena jemput si kecik balik dari asrama sbb dia kena balik awal dari tarikh PB. lgpun pg esoknya (jumaat) dia akan pergi singapore dgn family lain utk kenduri anak buah kakyang. nak tak nak kena jemput dia juga ptg tu. so, ambik half day leave, terus pecut ke KKB untuk fetch dia. patah balik ke s/a. drop si kecik dan kakyang terus pecut balik ke ofis utk simpan kereta kat situ. plan asal letak kereta kat ofis, ambik bas ke stesyen LRT utk ke stesyen LRT gombak (tempat berkumpul). tp disebabkan ada insan baik hati sudi tumpangkan kakyang ketika selisih dgn kakyang dgn beg besar di tepi jalan, so insan baik hati ni teruslah antar kakyang ke stesyen LRT terdekat. Phiewwwww jimat masa banyak gila. makanya.. tercongoklah kakyang seawal 8.30pm kat stesyen LRT gombak tu menunggu line up yg lain untuk sampai.
debak debuk sok sek, kul 1midnite lebih semua dah ready utk
bertolak. van baru bergerak tak sampai seminit kluar dari situ, tetiba rosak
pulak sbb terlanggar bumper tinggi. cuak dah.. alamak... boleh batal trip kalau
mcm ni. lega bila diorang ckp, dont worry, van replacement otw dah. perjalanan
tertunda sekejap hingga kul 1.30 pg baru kami gerak dari situ.
ready nak naik powil ke starting point |
Hampir subuh kami sampai ke RnR Gua musang. powil ambil di sini . 7.30am gerak ke Kuala Betis dan sampai di
sana sekitar 1230. 4 jam dlm powil. mmg boleh lebam bonteto weh. 1245 kami
gerak dari Pos Simpoh ke Kg rekom
melalui trek balak yg sangat panjang dan panas berdeting. 3,4x juga lah
berhenti berehat dan layan penat kaki melangkah. nak sampai ke kg rekom je pun
boleh tahan hazabnya. mcm mana nak lalui next 5 days ni? huhuhu
beg besar dari orgnya. muahahahaha perjalanan trek balak dari starting point |
petanda nak sampai ke kg rekom adalah kita akan melintas
satu sungai. ramai akan singgah sini sekejap untuk mandi2 dan segarkan diri.
dari sungai ni akan naik ke kampung rekom dlm 15-20 minit. 540pm kakyang sampai
je kat sana, fly dah ready.
Hari Kedua
Kem Rekom bangun seawal 3am untuk mulakan day hike ke
chamah. tepat 4am kami mulakan perjalanan. rupanya jalan permulaan ke chamah
adalah dari anak sungai kecil di belakang kampung org asli tersebut (tempat kakyang
mandi semalam). patutlah nampak ada tebing kesan laluan. ingatkan laluan
tersebut laluan org asli masuk ke hutan, rupanya ia mmg laluan permulaan utk ke
chamah. agak pacak menegak. trek akan melalui tebing2 bukit ke Kem Pakma
kemudian Kem tengah naik turun yg boleh tahan pacakmya. mmg mengah juga lah.
dari kem tengah, tak lama selepas melepasi kem ini, akan jumpa dgn pokok sarsi.
sempatlah kakyang ambik secebis 2 cebisan pokok tersebut. pastu sambung jalan
lg sampai ke kem Kem Tongkat Ali .
sebelum sampai sini kita akan menyeberangi sungai. kem tongkat ali selepas
sungai tersebut. dari situ terus naik turun lagi ke puncak Anak Chamah. naik
turun lagi ke kem Cinderella. di sini guide suruh cepat2 bergerak terus. jgn
brenti lama2 katanya. dari hint yg diberi.. ada cerita tersendiri di kem
tersebut. kakyang ikut jer..
dari kem cinderella ke puncak chamah, treknya sangatttttttt
panjang dgn 7 puncak tipu. mula2 membilang juga lah puncak tipu tu sampai ke
puncak ke 2, tetiba selepas beberapa lama berjalan naik turun, masing2 dah ckp
tinggal lg 2 je puncak tipu akan sampailah puncak chamah. Eh.. bila masa kita
passed by puncak ke 3,4,5nya? hmmmm mesti auta lebih depa ni
punya la jauh perjalanannya, lama2 kakyang dah malas nak
membilang berapa puncak tipu dilewati. jalan je lah sampai sampai. jalan punya
jalan, masih tak sampai2. dah naik bebai kakyang dgn si Biko.
"bila nak sampai ni dik..?"
"jalan je kak.. kalau saya bgtau pun, karang x sampai
lg, akak marah pula"
boleh layan gaduh dgn si biko sepanjang jalan pun x sampai2
juga weh. tak pernah lg kakyang mengadap trek yg sebegini panjang. wpun treknya
tak sehazab mana. tp panjang dan turun naiknya tu membuatkan kakyang sempat
bebai. huhuhuh
Akhirnya kakyang sampai ke Puncak Chamah 3.48 pm. terus
sujud syukur kakyang kat situ. aduhaiiii chamah. bukan main hazab nak sampai ke
engkau ye..
Selepas alas perut, bergambar serba sedikit, kami mula turun
semula around kul 4pm. sampai semula Kem
Tongkat Ali 11pm. biko dan abg yoyo buka dapur haram. masakkan megi dan teh
sedap kat sini. masa ni si Lara dah mula tak sihat. Lara yg mula teman kakyang
naik mulanya sebab krem kaki, bila dia dah lambat makan ptg td, perutnya dah
masuk angin. dari sini kami mula jalan ikut pace lara. kami sampai ke Kem
tengah1245 rehat sebentar utk bg peluang lara legakan anginnya. bila dah ok
sikit, kami sambung perjalanan turun seterusnya
bersama adik2 lain dan sampai semula ke Kem Rekom 3.30am. maknanya utk chamah sahaja, kakyang
dah berjalan selama hampir 24 jam! fuh rekod baru ni. haritu masa buat V1, nak
sampai ke kem H2O saja pun ambil masa 21jam. phiewwwww
Hari Ketiga
Sampai saja ke Kg rekom, kakyang dan lara terus singgah di
paip air deras utk cuci segala jenis selut di
badan. sejuk pun sejuklah.. janji tak berselut. lama juga kami take turn
membilas badan di situ. kemudian baru ke
khemah masing2. abg yo sibuk suh makan dulu. bimbang perut masuk angin, kakyang
ambil juga sepinggan. sesudu je masuk mulut, sudahnya tolak ke wann untuk
abiskan. keletihan melampau sampai nak makan pun tak lalu. tukar baju dan try
lelapkan mata sebelum mula packing untuk trekking seterusnya.
dapat lelap sekejap je. terjaga bila group di kem sebelah
mula bising riuh2. mmg tak boleh nak tido. kakyang ambik keputusan bangun dan packing
brang. kami mula bergerak ke kem peres sekitar jam 2pm dan sampai kat kem peres sekitar jam 5.40pm.
buat khemah dan kakyang ambik kesempatan mandi kat sungai. sejukkkk yaamat. tp
refreshing giler. mcm x pernah jumpa sungai. hahaha mlm tu tidur plg nyenyak yg
kakyang boleh rasakan. dptlah khada sikit hutang2 tido mlm sebelumnya.
Hari Keempat
esoknya lepas kemas2, mula perjalanan seawal 8.50am dari Kem
anak peres trek adalah naik santai 30-40darjah saja. tp perlu melalui banyak sungai dan meniti balak besar. kami
sampai kem sg retak dan lunch di sini.
1.20pm sambung perjalanan ke kem sempadan. sempadan sekitar 240pm. - puncak
view - 6.30puncak orkid - berenti sekejap di sini untuk memberi laluan maghrib
sebelum sambung perjalanan ke kem sg lepir (6jam)- baru 5 minit perjalanan
sekitar 745pm, ada peristiwa misteri nusantara berlaku. cerita detailnya lain
kalilah kakyang ceritakan. cukuplah sekadar kakyang bgtau ini peristiwa yg bisa
membuat kakyang menggigil satu badan. tak tidor semalaman mengadap misteri ini.
akhirnya dpt diselesaikan dekat subuh dan sempatlah lelapkan mata sebelum sambung trekking esoknya..
Hari Kelima
|
esoknya, lepas siap sarapan dan kemas2, gerak dari kem sg
lepir 10.45 menuju puncak US. dari kem
terus mencanak daki sahaja.. pangok kata org. dgn beban, mmg mencungap weh.
jalan terkedek2 hilang nafas. 5,6 tapak berhenti kekdahnya. akhirnya sekitar
12.40pm sampai ke simpang Y. letak beg dan freebody naik ke puncak ulu sepat.
setelah membajak keleboq trek hampir 20 minit, sampailah kakyang ke Puncak Ulu
Sepat dgn jayanya...
Alhamdulillah.. lengkap sudah peak G7 terakhir kakyang kat
sini.lepas bergambar serba sedikit, mula turun kembali ke simpang Y. lunch
sekejap kat sini sebelum sambung perjalanan semula ke kem sg lenweng sekitar
5pm. turun dari sini umpama menuruni tebing chuban (korga). menegak 80-90
darjah meniti akar. bezanya sini xde tangga besi. berhati2 tak terkira. kakyang
takut peristiwa jatuh di G.Tahan berulang. trek dari sini mula menurun saja.
mcm nak haus tapak kaki menahan badan. turun turun turun turun sesaja. (6jam)
akhirnya kami sampai ke view point sekitar jam 6pm. berhenti berehat sekejap
dan layan view sambil posing2 kat sini.
selut ke puncak ulu sepat |
puncak Ulu Sepat |
lepas tu sambung semula perjalanan hingga tiba di kem leweng sekitar 9mlm. letak je
beg, terus pergi mandi kat tepi sungai. port pun cantik. dpt mandi dgn selesa.
kul 11 baru dpt naik dan siapkan makanan. dany dah pesan minta tlg masakkan
masak lemak nenas ngan ikan sepat awal2 masa trekking td. kul 12tmlm baru semua
dpt mkn. hahahahahah
kakyang dah penat sangat. tak lalu dah nak mkn, terus minta
laluan utk tido. huhuhu
Hari Keenam
next day, mcm biasa bangun pagi, lg sekali kakyang hijack
dapur dany. masakkan kueteaw dan mee goreng. abiskan ration sbb dah last day.
kemas2 pastu 1145am gerak dari kem sg lenweng utk kluar ke Kg Lelar. 2.50
sampai ke Sungai Lapang. tergoda dgn kecantikan sungainya, kakyang layan mandi
lg sekali kat sini. huhuhu. dari sungai ni trekking pula kebun getah utk
keluar. akhirnya sampai ke kg Lelar sekitar 4. 15pm.
tak lama kemudian, powil sampai, dan mula perjalanan keluar
dari hutan Ulu Sepat. trek powil di sini lg cantik viewnya dari trek kuala
betis. tp disebabkan kakyang pening kepala, kakyang layan pejam mata je dlm
powil tu. sesekali gagahkan diri buka mata utk menikmati pemandangan situ.
sambil2 tu dok pasang telinga mendengar sembangan si Biko dgn idola abg Kay
SOS. tak sangka dpt jumpa dia di situ. tak pula terambil gambar kenangan dgn
dia. rugi wey!
Gitulah serba ringkas cerita trip kali ni. nanti bila2
senang kakyang perincikan lg penceritaan. ada banyak nak cerita. nak menulis
memerlukan mood. nantilah sikit2 kakyang edit mengikut kesesuian masa yer..
Penutup:
Alhamdulillah.. Dlm terkedek2 siput semput wpun asyik kena
tinggal dgn geng padu dlm semua trip, kakyang berjaya menyelesaikan G7
semenanjung tanah melayu dgn jayanya. Syukur padaNya yg memudahkan perjalan Kakyang
dlm semua trip. Alhamdulillah
Next wish list pls... Jeng jeng jeng
1 comment:
Nak tahu cerita misteri dari kakyang
Post a Comment