Wednesday, December 13, 2017

Info kesukaran G7

td layan fb jap
ada seseorang post pasal her review gunung G7
ada yg kakyang belum sampai
jd kakyang paste kat sini as info
boleh rujuk dan edit bila nak pergi next time
boleh buat panduan
utk standby mental sebelum on trek


5. 2D1N Yong Belar
Done!

review kakyang:
>trip 2D1N jd trip compress bila tetiba gogo bgtau tak jadi camp di Kem Kasut. letak beg di Kem Tudung Periuk. shoot ke puncak, dan turun semula ke kem tudung periuk on same day. terpaksa OT sampai kul 1.30am gara2 buang masa semasa menunggu siapa nak proceed ke puncak dek kerana hujan lebat.
>trek selepas kem tudung periuk sangat panjang wpun agak landai. mcm tiada penghujung.
tahap kesukaran pd kakyang: 5/10


4. 4D3N Tahan melalui Merapoh
Done!
review kakyang:
- Banyak sungat besar dan deras nak kena cross sementara nak ke kem luis.
- Perkhemahan sejuk di kem Botak
- Trek pacak dan berakar licin di kem kubang
- Rangers check barang sebelum dan selepas trip
>trip jd tragedi bila kakyang jatuh ketika menuruni tebing berakar selepas kem kubang. hampir meragut nyawa. alhamdulillah allah masih bg peluang utk hidup. wpun kaki terseliuh. masih manage keluar dari hutan sendiri.
tahap kesukaran pd kakyang: 6/10

3. 3D2N Korbu & Gayung
Done!
- Kakyang buat V1 compress. masuk dari YB, keluar di Korbu.
- trip ni paling sukar pd kakyang sbb melalui trek yg jarang dilalui
berbanding trek biasa melalui korbu-gayung:
- Seksyen yang sangat curam untuk mencapai Chuban . pacak tegak dan berakar. ada 15 tangga perlu dilalui. dari kem H2O nak ke kem cerek. boleh  baca detail di post V1
- Perkhemahan sejuk yang teruk di permatang bongzai. kem H2O
- Perlu membawa air ke puncak. puncak tiada waterpoint
- Laluan yang sangat licin di sepanjang sungai di sisi cerun sebelum sampai ke kem seroja
Tahap kesukaran: 8/10 (sebab trip compress dan trans V1)

2. Yong Yap 4D3N - Bubu - Tok Nenek (reverse)
Done!
- Camp Site sejuk
- Perlu membawa air ke puncak bubu dan YY
- trek yang  panjang dari puncak  Bubu ke YY,
- trek tebing berbatu di puncak Tok Nenek
- trek ke puncak YY yang hancur teruk dan berselut. perlu memanjat akar dan tebing lembik. (ala2 irau)
- Perlu merangkak di bawah buluh
- Banyak lintasan sungai

Tahap kesukaran: 6/10

1. 6D5N Chamah Ulu Sepat
- Agas di semua kem
- Lintasan sungai pada hari ke-2 hari
- Haiwan liar boleh menjejaskan jadual
- 2 hari seksyen panjat yang sangat panjang, mungkin overtime
- 8 puncak tipu pergi ke Chamah (dan 8 dalam perjalanan pulang, tentu saja)
- Laluan kurang kerap, kurang jelas dan banyak dan banyak duri
- Laluan yang sangat licin di sepanjang sungai di sisi cerun
- Trans yang bermaksud tak leh patah balik kalau ada problem
- 6 hari boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan
- 4 jam perjalanan 4WD yang sangat beralun
tahap kesukaran keseluruhan both gunung. 7/10

**tahap kesukaran itu adalah pd level fitness siput mcm kakyang. pd anda mungkin berlainan

No comments: