Friday, November 21, 2014

Tips tempah pakage daki Gunung Kinabalu

Sebelum kakyang terlupa mcm mana kakyang tempah pekej haritu baik kakyang note kat sini dulu. sekurangnya korang2 yg tengah merancang nak memanjat gunung tu dah tahu apa perlu dilakukan.

Apa patut dilakukan sebaik sahaja anda dah decide nak memanjat gunung kinabalu? nak tempah tiket flight dulu atau nak tempah pekej hiking dulu?

mana2 dulu pun boleh. tengok situasi bila anda buat keputusan nak hiking tu. kalau anda kejarkan tiket penerbangan yg murah,  better book tiket flight dulu, kemudian baru buat tempahan pekej hiking, kalau anda x de masalah dgn harga tiket, better buat tempahan hiking dulu. sbb tempahan bukan dibuka awal, biasanya 6-7 bulan sebelum tarikh yg kita nak tu baru boleh booking.

contohnya, haritu dlm bulan jun 2014 kakyang n team dah sebulat suara nak hiking bulan april. tp pekej hiking bulan april hanya dibuka pd bulan nov. dan memandangkan kami mengejar tiket flight yg murah, kami beli dulu tiket flight. TAPI.. pastikan tarikh penerbangan pergi dan balik tu jarak banyak hari sedikit. jgnlah terlalu sekejap mcm pergi 20, balik 22. nanti takde choice tarikh hiking yg lain incased tarikh hiking waktu tu dah penuh.

bulan march - sept adalah bulan yg plg sesuai untuk hiking, sbb masa ni cuasa bagus. bulan selebihnya adalah musim hujan, jd nak hiking tu mencabar skit.

once dah pilih hari, contack SSL (sutera sanctuary lodge). ini adalah owner yg akan keluarkan pekej2 hiking. try tu deal direct dgn pihak ini sbb diorang akan bg harga tanpa kos agen. mmg lebih murah dari harga agent. dlm masa yg sama boleh contact2 juga agen yg lain spt MountKK.com, explore.my, dan the borneo. banyak lagi agen yg lain, kena rajin2 lah cari kat internet tu. dari situ compare harga2 yg diorang berikan, dan service apa yg diorang tawarkan.

anda kena keep on contact diorang untuk dptkan harga terbaik. pandai2 la tawar menawar yer..

incased tarikh yg anda nak x de, bg diorang tarikh lain yg sesuai. insyaallah mesti ada kekosongan utk anda.

dah buat booking, then anda dah boleh siapkan diri dan mental sementara tunggu harinya.



No comments: