sebelum kakyang cerita pengalaman inteview semalam. kakyang nak tanya korang dulu...
cuba sebut COTI.
korang sebut bunyinya choti? atau koti? hahahaha
bunyinya KOTI. jgn lupa ek. COTI tu Central Official Training Institute. perkataan english. jd C bunyinya K.
ok, meh kakyang cerita pasal mengalaman interview COTI semalam. sbb sebelum ni kakyang dok gugel nak tahu pengalaman org yg dah pernah pergi interview benda ni. tp sikit sangat yg bercerita. sebelah tangan pun x sampai bilangannya.
takyah la nak cerita betapa debarnya kakyang utk hadap interview ni kan. 3x masuk tandas ko... cuak, nak terkucil semua ada. takut tul kalau2 disoal pasal NKRA, NKEA, GST segala bagai tu.
tu soalan2 yg org lain pernah kena dari apa yg kakyang pernah baca. then kawan kakyang yg pernah pergi pun advice utk baca info mcm tu. info2 tu mmg jargon pd kakyang. tak pernah ambik tahu pun. malas nak semak otak kakyang yg dah jemmed ni. huhuhu
interview ni adalah secara berkumpulan. 3 org dlm satu group. apa group kita, pukul berapa turn kita, semua kita boleh tau masa tandatangan borang kehadiran masa pendaftaran tu. masa nak tandatangan tu, baca2 la skit info yg ditulis di situ. kalau takde label apa2 pun, paham2 sendiri la dgn data yg ada kat borang tu.
then, semua candidate dikumpulkan dlm satu dewan. sementara tunggu giliran nama dipanggil. korang buatlah apa yg ptt. kalau nak study lg boleh. kalau nak hilangkan debar, ajak la candidate lain tu berborak. Alhamdulillah, semalam kakyang kenal sorang 2 candidate yg ramah, sudi sharing2 info masing2. borak2 bincang2 agak2 apa yg nak ditanya. tak de lah gementar sangat masa menunggu tu. antara yg kenal, kak Hasimah, Khadijah, dgn sereane Deo. (serene ni mula2 kakyang ingat banggali atau serani. muka dia pun iras2 kaum tu. masa borak2 tu kakyang as usual la nak selit2 cerita islamic skit. minta la maaf kat dia, bgtau, maaf ye i cerita yg islamic skit. tetiba dia ckp. eh no problem. i pun islam. aduhhhh malu gila. hahaha)
dlm bilik interview tu ada 3 kerusi. ooo duduk rupanya. selama ni kakyang dok bayang interview sambil berdiri. kakyang dok tepi sebelah kiri. ada lg sorang candidate s/u dok tengah, yg hujung kanan tu lelaki (PT Kanan). member kakyang bg petua, yg dok tengah biasanya jd central of attraction. rugi kakyang tak dok tengah. kalau tak mesti lg menyerlah kan. ahak ahak :P
panel ada 2 org. sorang lelaki. sorang prempuan. both dari jpa. diorang perkenalkan diri dan bg intro skit. pastu baru la minta candidate perkenalkan diri.
Kakyang fail time perkenalkan diri ni. sbb kakyang tak pandai cerita utk up up diri sendiri. just cerita pengalaman. tp lupa nak cerita bidang tugas pentadbiran. adoi. mesti tolak point.
dari cerita pengalaman kerja kakyang kat swasta tu, panel ambik sebagai topic lain utk tanya kakyang. apa perbezaan kerja swasta dgn kerajaan? kakyang kata masa mula2 nak masuk kerja, kak yang disogokkan dgn cerita kakitangan kerajaan ni lembap etc. tp memandangkan bos kakyang pun juga asal dari swasta sebelumnya, kakyang tak rasa perbezaan. sbb kakyang dah biasa dengan rentak swasta. cuma masalahnya bila nak dptkan maklumbalas dari staf sahaja yg kakyang perlu bersabar skit.
then soalan lain yg ditanya pasal budaya kpop. apa pendapat kita pasal budaya ni? kakyang bagi pro n cons. dan rasanya jawapan kakyang agak memuaskan hati panel.
later dia tanya pula. nak ikut kursus ni kenapa? dan apa yg kita boleh bawa balik ke sini? yg ni kakyang gagap2 skit. tp jawapan kakyang tekankan kepada korek rahsia macammana rakyat korea masih kekalkan jati diri mereka dlm mengikut arus kemajuan.
next question agak trill. tanya pasal isu semasa. adush. kakyang telan air liur sbb kakyang kurang ikut isu semasa ni. tp nasib baik soalanya tanhya pasal 2 peristiwa besar yg terjadi baru2 ni. isu crisis lahad datu dan MH370. adakah Malaysia gagal menangani krisis? kakyang bg jawapan crisis ni 2 isu yg berbeza. 1 yg kita dah ada info awal, 1 lg benda tiba2. jd pd isu lahad datu. kakyang katakan kita gagal. isu MH370 tidak.
tu je lah soalan yg ditanya. tak de isu2 nkra/gst/etc. lega sbb kakyang mmg zero knowledge bab tu wpun dah baca tp x masuk otak langsung.
jangkaan markah yg kakyang dpt? 5/10 kot. hahahaha so jgn berangan la nak pijak bumi korea tahun ni...
takpa. next year kita prepare lg baik. kuatkan penguasaan english. baca isu2 semasa sekurangnya.
apapun, kakyang masih pray for miracle. mana tau kan. rezeki terpijak. ngeeeee.. doa2 kan yer..
4 comments:
Sis, sama la.. Xmengharap dapt. Klu ad, rezeki.
Apa pun tunggu 28april ek ;)
Slm.. lepas ke interview COTI tu?
salam linda.. x lepas. pastu akak ada dpt utk interview pertukaran belia korea. tak pergi sbb rasa mcm x berbaloi. hehee
Post a Comment