Thursday, April 17, 2014

Gunung Tapis

Kakyang tengah berkobar nak panjat tertinggi di Malaya. berkobar2 baca pengalaman org lain. dok selang seli dgn cuak. boleh ke? mampu ke? tengok diaorang cerita cabarannya tu. teringat ngan umor kakyang yg dah nak masuk umor remaja purba ni. seram la pulak. pastu tetiba motivated dengan pengalaman dulu.

Dulu. kakyang pernah panjat gunung gak. gunung tapis di pahang. pengalaman panjat gunung tu rasanya sangat mencabar dah. tu sbb kakyang termotivated. kalau gunung tu boleh panjat, gunung lg satu tu insyaallah boleh.

jom sorot kenangan skit pasal gunung tapis ni.

Kakyang dpt panjat gunung tapis ni sbb kakyang join kelab kembara masa belajar kat satu politeknik di pahang tu. masa tu baru sem 1. xcited la bila dpt tahu ada kelab ni. sbb kakyang mmg la lama teringin nak join xtvt panjat2 gunung ni. kakyang sebenarnya gemarkan xtvt lasak mcm ni. tp dari kecik abah kakyang x bagi join sbb dia tahu tahap kesihatan dan kederat anak dia mcm mana. so bila kat poli ada xtvt ni, terus la kakyang join. almaklumlah dah x dok bawah ketiak abah.

oh lupa. rupanya kakyang pernah recall semula cerita ni kat blog reunion class. so kakyang c&p je lah kat sini ye utk korang baca..

Xpdc ni tahun 93  sbb masa tu kita semester 1. Kita ramai2 join kelab kembara. tu ler sesatunya xtvt besar yg ada, then lepas xpdc tu terus kelab tu di bubarkan . Lokasinya: Gunung Tapis, pahang. bermula dari tebing sungai lembing ke puncak gunung = 36km (naik turn la)

XPDC ni sempena tahun melawat Malaysia sempena mempromosi pahang ler. then xpdc ni gak sebenarnya dakithon.meaning, tiap2 team lumba naik gunung tu, dengan syarat, team pertama yg sampai dengan kesemua ahlinya ada, baru diistiharkan pemenangnya. penyertaan terbuka nationwide . 

Kelab kita pun join sekali xpdc tu. aku tak ingat brapa org yg ikut serta. tp masa tu, limited penyertaan. nama aku tak tersenarai. aku ikut serta atas tiket sebagai urusetia team kalau tak silap aku. later korang correct me if i'm wrong ek.. fakta dah lama, aku pun dah tak ingat sngt dah..

Alkisahnya time tu musim hujan.. so kelab kita berkumpul kat pekan sungai lembing sama ngan peserta2 lain. peh tu dari situ kita naik lori tanah jkr untuk sampai ke base yg pertama tepi sungai lembing tu kan..tu ler pertama kali aku naik lori besar..kena angkut mcm En. Matzlan slalu angkut lem... nyer untuk dijual. hehehe saja jer nak sebut nama En. kat sini..bila kurindu.. ku sebut nama mu.. cewah.. nyanyi lagu siti fairuz jab..hehehe :P

Sambung citer balik..
subhanallah.. tu ler pertama kali aku tengok tebing sungai lembing yg cantik tu.. tebing dia besar, mcm hway.. batu2 sungai.. huhuhu mmg cantik sungguh. tp sungainya menakutkan ek.. air deras dan dalam..dan lebarnya sungai tu...

dari situ baru ler kita mulakan pendakian. Kita ramai2 seberang sungai lembing yg dalam, arus deras, batu dlm tu berlumut, licin dengan dibantu angota2 bomba dan beberapa pihak yg lain... Lin, cam ner papa ko ada kat situ ek? Papa under polis hutan ek? so, polishutan terlibat la yer? opss.. off topic pulak...hehehe

nasib baik diorang rentang tali kapal yg besar tu kan.. kita paut kat situ ler.. masa kat tebing tu ok lagi, sekali sampai kat tengah.. huhuhu melayang ditolak arus kuat tu.. ngeri seh time tu.. kalau lah ada sebarang kesilapan time tu.. mmg innalillah ler...korang bayangkan ler, sungai tu besar mcm mana.. sampai la ni aku ngeri lagi bila dok bayangkan seberang sungai tu... tu cabaran pertama pendakian..

sepanjang pendakian tu.. mmg banyak anak2 sungai, jeram2 yg cantik yg kita lalu..denai dah ada, so tak la susah sngat nak kena lalu.. tp sbb musim hujan, sejuk giler, basah lg, tak tau nak ckp dah, beg dah jd berat sbb semua barang basah. peh tu, tanah laluan yg kita lalu tu semua dah jd becak. aku ingat lg, ada satu part tu, kena daki curam yg curam. pijak jer situ, kaki tenggelam sampai ke lutut.. sampai tertanggal2 kasut dlm selut tu.. nasib baik ada org tarik dari atas, kalau tak, dok ler aku melekat kat situ forever.. kalau org cerita pasai puteri gunung tapis, korang tau ler siapa ye.. :p

Tu citer becak, tak citer pacat besar2 mcm pacat ternak ha.. huhuhu mesti pacat tu gembira sakan time tu.. sbb kenduri darah anak-anak dara malaya... semua kena gigit. ada sorang abg tu, dia tunjuk bekas pacat kat kakinya.. mak ai.. mau kering darah ha..

tak cukup pacat, jumpa pulak tapak2 binatang buas.. taik gajah mak aiii besar dulang kenduri... hehehe loqlaq aku ek citer hal bucuk nih... tp pengalaman dan knowledge tu.. 

bila time hujan mcm tu, jln licin, kena ler kita berpaut kat pokok kiri kanan denai tu untuk memanjat.. ada masalah pulak. pokok2 yg kiri kanan tu berduri  cam no ek.. so pepandai ler kita cari pokok yg tak berduri untuk berpaut..dpt kayu pancang untuk naik pun membantu gak time tu kan..tapak tangan masing2 semua luka2 sbb pokok2 tu..sabar.. dugaan tu...

Semua tu terubat bila dlm perjalan tu kita nampak pemandangan yg cantik2.. pencinta alam mcm aku ni, mmg teruja giler la time tu.. kena plak time nak harung anak2 sungai... huhuhu rasa mcm tak mau p mana2.. dok dlm hutan tu pun tak pa..tp sbb dah namanya pendakian, kena ler teruskan gak kan..

Apa cerita menarik sepanjang pendakian? haaa lain org lain ceritanya kan. so cerita aku: ada jumpa ngan ahli kelab mana tah, pengsan tengah jalan. kami jumpa dia pengsan sorang2 kat situ. alkisahnya tak de sorang pun perasan... so kita ler sebagai human being, tolong dia.. 

pas tu sampai satu paras tu.. ada balak besar sepemeluk lelaki dewasa melintang tengah2 jalan. yg bestnya sbb denai tu dah jd licin ya amat, semua yg naik nak lepas balak tu, mesti tergelincir semula kan.. naik.. jatuh gelongsor ke bawah balik. cuba naik lg sekali. jatuh balik... habis bergelumang dlm lumpur tu. pas tu dah berjaya naik, dok ler mamasing terkangkang atas balak tu sambil makan biskut mayat.. ala biskut kering 4 sagi tu la...yg kelakarnya, kita menumpang biskut org lain. tak kenal pun. tp sbb dah lapar sngat, mintak je la..sampaikan yg serpih2 jatuh atas tanah pun kutip makan gak.. ooo lapar sungguh.. kena lak sejuk2 mcm tu.. mmg lazat sungguh biskut tu time tu kan..

tu aku rasa cabaran terakhir untuk hari tu.bila dah sampai base kat atas tu, masing2 melepek dah.. hilang tenaga abis. sampai plak situ, tak de pulak tempat nak buat khemah sebab tanah basah dan becak, space tak cukup sbb org ramai sngat. masing2 merempat ler. tumpang sana sini. lagi satu masalah timbul, makanan tak leh nak masak sebab hujan jer.. semua barang basah.. huhuhu.. lapar nih. nak buat apa nih... lastnya makan megi mentah jer.. huhuhu apa nak buat... nak idup, makan.. banyak songeh, p balik rumah la... heheheh 

nak mandi pulak. sbb semua dah kotor giler kena lumpur. p la mandi kat anak sungai bawah tu, sekali salin baju bersih.. jln naik ke tempat khemah jer, kotor balik. lastnya, kita tak mandi sampai kesudah. baju tu la pakai sampai time turun balik nanti..

next day.. baru ler a few of members kita yg diberi kebenaran naik kepuncak. aku tak dpt naik sbb kena jaga barang yg ditinggalkan.tak ramai kan? atas alasan keselamatan. sbb puncak tu berbatu berlumut. so licin. dan merbahaya. dan alkisahnya ada ler sorang 2 member kita yg tergelincir dan injured. tu tak termasuk yg tak cukup zat lg tu.. 

so yg lg teruk time nak turun semula ke bawah la.. time ni.. kalau sbb semangat tak kuat, mmg la tak tau nak ckp apa dah. time ni aku pk hal team kita jer, hal org lain tak boleh nak kepohci dah.. ramai yg ada masalah tak boleh nak turun sbb injured kaki. so urusetia cuba dapatkan heli untuk bawak yg injured turun. tp malangnya setelah berusaha sedaya mungkin, heli tak leh nak turun rendah sbb cuaca dan keadaan yg tak mengizinkan..so alternativenya, yg injured tu kena usung la.. time ni org lelaki ler yg lg teruk kena. diorang kena usung yg sakit. bayangkan, bila kita sakit, berat kita makin bertambah.. nak turun denai yg licin, curam. semua ada la.. huhuhu kesian.. pas tu, yg perempuan kena ambik backpack diorang. bayangkan sorang kena galas 2 backpack yg berat nak mampus. Hujan, lg tambah berat ler..dugaan tul time tu..

dan yg bestnya, kita tak dibenarkan berehat sbb dah running time. dah nak malam. atas keselamatan gak, kita tak dibenarkan berhenti. jln jer terus.. tak leh nak slow down langsung.. mak oii letihnya jgn ckp ler.. dlm gelap hutan plak tu.. semua berpandukan abg2 bomba ngan urusetia yg lain jer.. kena seberang balik sungai lembing yg memula hari tu.. kali ni seberang sebelah malam.. air lagi deras, paras sungai pun makin naik.. paras dada aku time tu.. sapa yg petite mcm echa tu.. aku tak tau ler mcm mana dia selamat seberang.. cam ner ko selamat cha? citer la skit...

akhirnya.. semua selamat seberang sungai tu, selamat kembali semula ke khemah yg di sediakan.. alhamdulillah.. syukur ya amat. Ptt kita balik poli mlm tu jugak kan? tp sbb masing2 keletihan ya amat, kelab decide untuk bermalam kat situ semalam...dan esoknya dpt ler kita menikmati keindahan indah di tebing sungai lembing tu...

huhuhu tu la yg aku ingat pasal xpdc kita. yg pertama dan yg terakhir. ada banyak lg yg aku tak larat nak citer tu. tak tau dah nak selit2 kat mana. korang selit2 la kat komen nanti..kalau kepala aku ni ada usb port, korang boleh cucuk jer tumbdrive korang untuk salin memori tu. hehehe :D

siksa masa tu, tp jd memori indah seumor idup. mana nak dpt kenangan mcm tu. dah tua branak pinak mcm ni nak p hiking lg? huhuhu boleh ke lepas dari 'handbag' korang..? 

Ok gurls... start selit citer korang plssss... hehehe

ni aku pastekan yg meana & nana dah citer kat posting b4 this..

Marina said... 
... citer panjat gunung tapis. Panjat ramai2 tapi bila sampai stage 1 ramai yg kantoi. Aku, Lin dan Kak Yah berjaya naik sampai atas.. Fuyooo.. best.. ada mcdonald kat atas tu.. hehehe.. (acah jer)


SHANANA said... 
Askum...hello..kite nak tambah skit..nih syok gak denga cite naik Gunung tu..Meana FYI aku pun smpai kat atas jugak lah..betul kata ko kat atas tu ada macam2..
Tapi aku heran..gunung skit punya thrill tu tak pernah pulak aku tengok kuar kat TV ke newspaper ke..sbb aku nak tunjuk kat anak2 aku yg aku penah panjat gunung.
Masa panjat bukit bawah tu..lagi giler..jln skit punya licin..naik2 tergelincir turun lagi..tul tak? Pas tu baju sume habis basah sbb musim hujan..tpaksala pkai bju basah tu juga..
Mlm kat camp dengar lak bunyi pak belang..menggeletar gak..tapi syiok gak dpt pengalaman cmtu..kl skrg aku rse tak mampu dah nak naik gunung cmtu..nak naik tangga pun dah letih. 
Kl sesape ada gambo bleh lah post. Aku punya tak tau letak mne ntah


Haa tu la lebih kurang cerita pengalaman naik gunung. bila baca balik penggayaan tulisan kakyang dulu mcm kelakar jer.. ek ek hehehe tu sbb ramai sngat member johorian. ek


#tengah berangan naik gunung tertinggi tu..harap tercapai#



No comments: