Monday, May 14, 2012

isu video dera anak.

x terpk kakyang nak komen hal ni. tp bila tengok ramai pula yg bg komen diorang, kyang terasa nak mengomen jugak lah.

kakyang salah sorang penonton video tersebut yg menyumpah si ibu dan si tukang ambik video tu. sumpahan kakyang: tolong seseorang yg ada info penuh penderaan ini, tlg buat laporan kepada polis. tp si tukang ambik video ni  bodoh & xde perikemanusiaan ker org yg ambk gambar tu. kenapa tak diselamatkan dulu budak tu dari ibunya yg tengah mengamok tu.

selang beberapa hari lepas tu, keluar pulak video dan penjelasan yg mengatakan org tu ambik video tu utk bukti semasa report penderaan ini kepada polis. alasan dia tak tolong adalah kerana dia pernah menolong selamatkan baby tadi dan dia dipukul teruk oleh si ibu td.

mcm x logik pulak alasan tukang ambik video tu..naper? kat situ xde ker org lelaki yg kuat nak nolong selamatkan si baby tu? x boleh ke dia larikan dulu baby tu dari makdia yg mental tu? kalau betul kena pukul balik ngan mak baby tu pun, xkan ler xder org lain yg boleh tolong? kat situ hanya ada tukang rakam dan mak baby tu je ker?

kalau lepas tolong selamatkan baby tu, mak dia mengamok, xde org @ jiran2 yg boleh tenteramkan? kalau ada mesti org lain pun boleh tolong tenteramkan mak baby tu kan? mesti ada org lain yg boleh jd saksi p minta tolong kat polis/ketua kampung/kawasan tu utk selamatkan baby tu dulu.  betul x?

kalau betul2 org tu ada perasaan kesian kat budak tu, mesti dia x ambik video tu selama tu kan. ambik seminit 2 cukup la, bila nampak mak baby tu makin naik hantu, p la selamatkan budak tu dulu. video dah terakam skit sudah la utk bukti. ni ambik video panjang berjela mcm tu mcm nak tunggu baby tu mati dulu baru nak p tunjuk  bukti kat polis?

polis pun x  bodo la, xkan ler nak bukti mcm tu baru nak dtg siasat? kalau dtg balai, buat aduan mulut je pun polis akan antar org dtg siasat juga. betul tak? xperlu adu sampai kat polis pun, adu kat ketua area situ pun ok, tok ketua ker, ketua kampung ker, pak imam mesjid situ ker.mesti org dtg tlg..

jd, kakyang tak terasa nak minta maaf kepada si pengambil video tu bila ada yg mengata tu la nak umpat x siasat dulu..

bg kakyang org yg ambik video tu mmg x perikemanusiaan utk merekod kes tu selama itu. wallahualam.

Nikmat

Kakyang ada sorang member FB. pangkat akak dari kakyang ler.. dok oversea sekarang sbb dia kawin matsaleh. kiranya dah bermastautin kat sana dah la kot.

dia rajin update kat wall pasal kisah2 silam dia..kesusahan masa kecik2 dulu, pengalaman2 masa miskin dulu. banyak pengalaman2/kisah2 dia tu ada persamaan ngan pengalaman kakyang.

KakYang berasal dari keluarga miskin. kakyang kategorikan miskin sbb mmg betul2 xde duit. nasib baik abah kakyang buat banyak kerja. mlm kerja jaga sekolah, siang tolong pakcik niaga ikan kat pasar.dengan gaji abah yang hanya xsampai 200 sebulan nak sara 10 org. korang bayangkan lah mcm mana peritnya hidup time tu.  so, makan kami hasil lebihan niaga yg x abis la. sayur abah beli lebihan dari penjual sayur. so dpt murah2 la skit. tp kualiti? sendiri mau ingat la bila dah kata lebihan tu kan..

makan ayam hanya tunggu hari2 perayaan. tu pun ayam mak ternak sendiri kat bawah rumah. kdg2 kami adik bradik teringin nak makan ayam waktu hari biasa. tp mak slalu pujuk. nanti..kita tunggu ayam besar dulu yer.. kalau dah besar, mak suruh kami bawa ke rumah jiran minta pak aji tu tlg sembelihkan. so dpt la hari tu makan kari ayam. tu pun mak terpaksa potong kecik2 mcm nak masak sup tu utk pastikan semua org merasa. dari kepala ayam sampai le tongkeng, kaki ayam dimasak. xde yg terbuang. mmg pasti licin.

kalau terasa nak makan airkrim, kumpul botol sos/kicap dulu baru dpt makan aiskrim. tu pun bukan aiskrim mcm sekarang ni..ais buatan mamak muslim je. mcm ais potong tu. tp kami namakan ais kacang merah.  bawah ais warna merah, kat hujung ais tu ada kacang merah. kumpul 3 botol, jual kat mamak tu, dpt la 1 btg ais kacang tu.

pakaian kami adik bradik kebanyakannya dari belas ehsan sedara2. kebetulan sedara sebelah mak org berada skit. slalu mak ndak (kakak mak) yang akan sedekahkan baju anak2 dia kepada kami. kalau time nak raya tu kdg2 bagi kain utk buat baju raya. baju sekolah kakyang dolu2 pun banyak baju 2nd hand.time raya mak beli kain murah sepapan utk buat baju raya kami adik bradik. utk anak2 perempuan, semua sedondon jer..pastu baju tu mak jahit tangan. mak jahit la pelan2. ada perca2 kain, mak buat kan gaun bertingkat utk kami adik bradik prempuan.

jalan-jalan makan angin mmg xde dlm agenda keluarga. kalau ada jalan2 pun sekadar balik kg sebelah mak dekat Alor Merah. tu pun time raya je kot baru kami balik kg mak tu. pergi sana naik bas. 2x tukar bas. pas tu sampai kat hujung kg tu, jalan kaki plak 20 minit utk sampai rumah tok (nenek). bayangkan lah time tu kami sekeluar naik bas beramai2. slalunya dengan mak saja. sbb abh jarang nak balik kg mak. kami 4/5 bradik time tu akan bontot mak dari belakang..hehehe mcm anak itik. dpt jln sesekali mcm tu mmg terasa syok.

Rumah mak kakyang dulu tu hanya menumpang atas tanah org. rumah kayu 1 bilik. rumah tu abah design sendiri. kami adik bradik tidor dlm 1 bilik. dlm bilik ada 1 katil besi 2 tingkat. jadi syere la 2 org kat atas, 2 org kat bawah, yg selebihnya tidor atas lantai sebelah katil tu. mak abah tidur kat ruang luar sebelah dapur.

Time kakyang kecil dah ada tv. tp hitam putih 2nd hand abah beli tv org yg dah rosak. abah beli dan repair semula. dpt la kami tengok. tp tv tu rajin rosak. berbulan2 baru abah ada duit nak minta tlg org repairkan. bila dah dibaiki, seronok la kami semua sbb dpt tngok tv semula.

lepas 1 insident tv tu jatuh timpa adik kakyang, abah dah xbeli tv. kami menumpang tengok tv jiran. masa tu dah ada tv kaler dan siaran tv3 baru wujud. tumpang tengok telenovela kat situ jdlah..

banyak lagi cerita2 zaman kecik kakyang dulu. dulu kecik2 kakyang xphm kesusahan org tua. nak pula kakyang dimanjakan abah. apa kakyang minta akan ditunaikan abah wpun lewat sedikit. mana tidaknya, selagi xdpt, selagi tu la kakyang merengek dengan abah. jd nak xnak abah usaha dapatkan utk bg kakyang diam.

bila sendiri dah jd mak budak ni, baru kakyang sedar  betapa besarnya pengorbanan mak bapak kakyang dulu utk membesarkan anak2..

terima kasih abah..terima kasih mak.. cek sayang mak abah!




Wednesday, May 9, 2012

Nawaitu kena betul..


Haa kakyang ingat dah apa nak bebel semalam tu..rupanya pasal haji dan umrah. adoilahai..

yg nak jd membebel ni bukan sbb apa, sorang kawan kakyang ni, p umrah baru2 ni. hari ni dok kat sana lg la. x balik lg.  dari sana dok tepon abg f/up keja2 dia yg suruh abg tlg buatkan. keja kutip hutang/duit insuran kat  client2 dia. abg dah minta, tp client dia yg x boleh bayaq juga. abg boleh buat apa lg?

Bila kawan dia kat Mekah nun call, abg bgtau client dia x bayaq lg, maka kluarlah semua makihamun dari mulut  org tu yg dok kat Mekah tu! kat Mekah boleh makihamun org. siap ugut nak doakan yg buruk utk org tu..

ish x tau la apa nak ckp. x takut tuhan langsung. dok kat tempat suci mcm tu jgn la dok hamboq segala maki hamun kat org. sabaq2 la sikit. tu dah satu hal.

hal lain pulak, p sana nak buat amal ibadat, xkira la umrah ka haji ka, buat la betul2. ambik kesempatan dok kat sana tu beribadat, bertaubat betul2. dah mmg tu tujuan p sana kan..konon2 nak bertaubat la dari dosa yg dia dah buat kan. jd dah sampai tu, kotakan niat tu.

ni tak, awai2 sampai dah posting dok posing gambar kat sana. pos masuk fb, jap lg muncul lg gambaq lain dpn masjid plak kat fb. jab lg post plak gambaq depan kaabah..haih..bila masa dok buat ibadat. hati dok ingat dunia fb lg..

pas tu kawan dia pun bengong2. kawan tu p umrah jer, dah sibok dok panggil haji hajjah?  apa kes depa ni..tolol sngat ka sampai x tau beza umrah tu sama ka ngan haji?

Dari awal kakyang dah nampak nawaitu kawan abg ni pergi umrah x ikhlas. konon2 nak tunjuk bini ngan kawan2 la yg dia dah berubah bila tembelang dia main kayu 3 pecah baru2 ni..lepas dah pecah tembelang tu, terus tukar ayat2 kat fb semua mengalahkan ustad. kita ckp skit jer, berjela tazkirah dia bg. tp jgn tegur salah dia pulak. mmg khutbah jumaat kluar terus. pastu dok canang la nak p umrah ni nak bertaubat mcm2. tp taubat apa mcm tu kalau kat mekah pun boleh dok makihamun org?

ayoyo...

Tuesday, May 8, 2012

Hilang tak jumpa

Adoi..baru nak menulis, abg whatapps ngan kakyang. terus ilang idea apa nak tulis td. kakyang ni cpt sungguh hilang ingatan.

nak tulis pasal apa td eh? td mula2 tengok fb..tengok gambar bunga2, tngok iklan kawan jual chiken wing, tengok kawan update status bosan..tengok kawan update bunga baru..brenti jap buat keje..apa yg xkena ngan keje yg sampai kakyang nak membebel? x de isu apa pun..oh..semalam ada isu pasal keliq tak puas hati ngan penilaian prestasi..tp xjd nak update.

hari ni isu apa eh? adoi..pelupa sungguh kakyang ni... off dulu lah, karang dah ingat kakyang tulis semula.

chow...