semalam along balik dari tuisyen bgtau cikgu sekolah nak jumpa. teacher rajes katanya. kakyang tanya kenapa. dia kata sbb along tak buat keje sekolah ..
kakyang tak salahkan anak kakyang sepenuhnya. cikgu tu pun ada salah jugak. adaka patut dia suruh anak kakyang salin semula karangan dari satu petikan kat suratkhabar tu sebanyak 10x! banyak tu..karangan tu panjangnya lebih 100 perkataan ada la kot. pas tu si along ni plak bleh lupa ada lg kerja sekolah subjek yg sama.
dia pun penat, balik sekolah kebangsaan pg, pergi sekolah agama petangnya, balik rehat mkn jap, kul 8mlm tuisyen plak 2 jam, balik kul 10pm dah kelam kabut buat keje sekolah. selalunya sempat buat keje sekolah, tp yg semalam tu nak sempat mcm mana kalau cikgu suruh salin karangan panjang mcm tu 10x. tu baru 1 subjec, kalau subjec lain pun ada homework gak mcm mana? cikgu pun agak2 la kalau nak bg homework banyak kat anak murid. hari persekolahan, bg la agak2 budak boleh buat disamping homework subjek lain lg, nak bg banyak2 satu subjek, bagi hari jumaat. atleast budak boleh buat skit2 sepanjang weekend.
sepanjang minggu ni kakyang dengar anak kakyang dok minta nak brenti sekolah agama. pg td kakyang beranikan hati cerita dengan cik abg. agaknya mood tengah baik, cik abg tanya balik kakyang. apa pendapat ibu? mmmm susah gak nak ckp. berhentikan bermakna anak kakyang tak dpt pendidikan agama. lgpun yuran dah bayar beratus. dpt rebate tak kalau berhenti tengah jalan? huhuhu
tahun ni kakyang rasa mencabarnya jd seorang ibu...anak kecik, anak besar bermasalah...ya Allah..bglah kesabaran yg tebal utk aku mendidik anak2 ni...
No comments:
Post a Comment