hari ni kakyang menangis over the phone dengan anak. tak tahan sngat dah dengan perangai si kecik yg mendesak. kebetulan pulak kakyang mmg tengah tensyen ngan hal ofis. bila si kecik kakyang ni tepon dok desak2 gaduh2 pasal takde baju nak pakai p aktiviti ko-ko hari ni kakyang rasa sedih sangat.
mula2 kakyang ckp baik2, pujuk dia. lgpun cikgu baru ckp hari ni, mcm mana kakyang nak p antar baju tu kat rumah pengasuh. kakyang keje kl. dah tu tak de kenderaan sendiri nak lari balik. nak minta tolong ayahnya antarkan? dia pun dari kl. kalau bgtau abg hal ni mau kena marah lg ada la. kakyang pujuk lagi..adik tak yah p la hari ni, esok2 ibu bg bekal baju utk adik. tak dengar juga. berontak di hujung phone pot pet pot pet. gaduh ngan abg dia nak baju si abg. si abg tu mmg bawa sbb dia bgtau awal2. pujuk lg tak makan saman gak. last2 kakyang menangis meraung dpn2 anak kakyang. lantaklah
meraung2 kakyang menangis sambil ckp dgn dia, adik, naper adik layan ibu mcm ni..naper adik tak boleh nak beransur...kenapa adik nak ikut ckp adik jer? peh tu terus kakyang masukkan sekali sedih kakyang dengan tone percakapan dia bila bercakap dengan kakyang, bila bercakap dgn abang dia...semua kakyang hambur dlm meraung.
terdiam jap anak kakyang. kakyang pun tak sangka yg kakyang boleh meraung2 mcm tu..bila dia dengar kakyang dah menangis mcm tu baru dia ubah nada. dia pun tertanya..ibu? ibu nangis ker? ya la nak oiii, mmg la ibu menangis..sedih sngat hati ibu ni bila anak ibu buat perangai mcm ni...kebetulan plak kakyang dengar si abgnya kat belakang pun dah tolak ansur bg si adik pakai baju dia. tak tahu la si along tu dengar juga ke kakyang menangis tu..ya allah..naper la sampai mcm ni baru nak dengar ckp ibu ni...ya allah anak haiiii....
....mencabar sungguh dengan sorang anak ni..
tp kakyang mmg sedih ngan perangai si adik ni. dah lama kakyang pujuk2 hati. ckp baik2 dgn dia naper nak ckp dgn nada kasar dengan ibu? dengan along? sedih tul hati kakyang bila dengar nada kasar mcm tu.
mana salah didikan kakyang? tone kakyang ckp kat rumah mcm tu ker? adoi..macammanala nak jd ibu ni..
tetiba dpt msg dari anak kakyang..ibu, adik minta maaf ok..sorry...
harap2 tangisan, raungan kakyang td tu berbaloi &bisa merubah tingkah laku anak yg sorang ni...amin.
No comments:
Post a Comment