Kakyang cuti panjang minggu lepas sempena CNY. ingat nak cuti dari hari isnin lagi, tp bila pk keje yg bertimbun. tak jdlah. 1 feb dah hari wilayah, ambik cuti rabu, khamis jumaat public. wooo dekat seminggu ooo.
apa kakyang buat cuti panjang2 tu? tak de ke mana pun. adik kakyang dari kampung datang. bawak dia jalan ronda2 KL jer. then hari rabu tu kakyang suruh anak2 ponteng sekolah agama. bawak diorang makan bbq korean kat Plaza Pantai. sib baik adik ipar kakyang sudi dtg jemput kat rumah. kalau tak naik bas jer kesana. abg tak dpt antar sbb dia keje lagi hari tu.
Punya la suka anak2 kakyang tu dpt makan makanan korean.. ni semua gara2 terkena korean wave tu la..heheh
khamis jumaat kakyang proses mengemas rumah ngan bantuan adik kakyang. ari tu kan rumah kakyang baru renovate. tak kemas lagi sejak ari tu. so bila adik kakyang dtg ni, apa lagi..ambik kesempatan ler mengemas.
dah clear dah rumah dari habuk2 tu. lega dah. bilik arwah yong kat atas pun dah boleh buat bilik anak2 kakyang. tunggu nak touchup skit2 bg cantik. bilik bujang abg dolu2 pun dah bersih. buat bilik sembahyang bila tetamu datang.
aha..nak citer ni. masa kakyang mengemas tu..jumpa mcm2 harta karun kat atas tu... mula2 jumpa kad2 bekas xgf abg. mmg dah lama kakyang tahu pun kad2 tu ada dlm bilik tu. ni kira ulang baca dan ulang jeles la..jeles sbb ada kad2 tu yg abg terima lepas kawin! tak ke haru tu..hehehe sabor kakyang..sabor...
tulisan x-xgf abg semua cantik2 tersursun jer.. ada juga terselit kad dari kakyang masa berchenta dulu. punya la huduh tulisan kakyang. senget kanan senget kiri, mcm cakar ayam. tp yg senget tu la jd bini abg. ye dok? hehehe
hadiah2 kawin kakyang dulu pun banyak lagi dlm bilik bujang tu. tak terpakai sbb barang pusaka arwah mak abg pun dah banyak. nak bagi org sayang pulak. hadiah yg tinggal tu semua dari org yg rapat dgn kakyang. banyak dah yg recycle jd hadiah kawin org lain. hehehe ok la kan..kan..dari membazir dok tersimpan jer. hehehe
kemas2 lagi. jumpa pula barang kemas arwah mak abg. 1 set jade dan 1 lagi berbatu merah. ada rantai, koket, gelang tangan dan cincin. terkejut abg bila kakyang berjaya jumpa barang ni sbb katanya dah lama dia cari tp tak jumpa. apa lagi..terus la abg bg kakyang. hehehehe buat upah mengemas..kalau upah mcm ni..hari2 lah nak kemas! kekekee
No comments:
Post a Comment