sebelum kakyang lupa sehari lagi,baik kakyang cepat2 coretkan cerita ringkas berkenaan nombor di atas.
No apa tu? yg pastinya bukan no ekor aaa...
Tu tarikh lahir anak kakyang yg no 2. kami panggil adik jer..kakyang pernah tulis dulu mcm mana dia dpt tarikh lahir cantik mcm tu.
Thn ni genap umur adik 9 tahun..kejap jer pejam celik pejam celik dah besar anak kakyang ni..tp bila kakyang pandang dia, masih terasa dia mcm baby dulu.
Utk Adik, ibu sentiasa doakan yg terbaik utk adik, jd anak yg soleh, dengar dan hormat ibu bapa, berjaya dlm hidup dan sentiasa diberkati Allah...
Nak citer sikit asal usul kejadian adik ni..ceh tadak ayat yg lebih cantik ka? bukan takda, tp kakyang nak cepat bercerita, jd apa bahasa kluar dari pemikiran kakyang ni, jari taip jer la yer..nanti bila freee, dan raaajiiiinnn, kakyang cuba murnikan semula ayat tu.
kata tadak masa, tp crita berjela gak kan..kan..hehehe
mcm ni ceritanya..
kakyang dpt tau mengandungkan adik ni lepas 6 bulan kelahiran anak sulung. si along la. maksudnya anak 1st baru 6 bulan dah consived lagi! haaa tu la ayat bombastik org perli kakyang.
tp sebelum kakyang kompem pregnent ni, kakyang dah agak2 jer..sbb masa tu dah 1 week lewat period dari biasa..tp tak test lg..
so, masa tu segala benda terbayang kat kepala kakyang, anak kecik lagi, dah mengandung balik. apa org ckp? mesti org ckp/perli produktifnyer..mcm2 la kakyang terpk. malu, segan jugak takut kata2 org tu..
so, bila dah lewat P tu, dan dek takut ngan umpat keji org nanti, mula kakyang minum coke. konon2nya bg turun la..tak jd apa2, kakyang proceed makan nenas...tak turun jugak, peh tu minum air tebu. pun tak menjadi jugak. 3 makanan tu yg kakyang tau pantang jika baru pregnan la..
bila dah 3-3 makanan tu kakyang makan masih tak jd P jugak, kakyang pun start pasrah la...tak mo lah buat yg lebih2 lagi. lgpun pk positif masa tu, ada la rahmat kot di sebalik cpt dpt ni..
peh tu kakyang pun p la beli alat test pregnancy tu...mmg kompem pregnant..p pula klinik buat confirmation dr, pun kompem pregnent..so mula la tersebar brita kehamilan kakyang ni...
so, mcm yg kakyang sangka, mula la dpt ucapan yg mcm2, ada perli ada keji ada tahniah, ada yg senyum sumbing..mcm2 lah. tp sib baik la time tu ada lg sorang staf yg kawin sama waktu ngan kaknat, pregnant anak 1st pun sama, consived anak no 2 pun sama, so umpat keji org tu terbahagi la..heheheh
bila kakyang dah pasrah, dah terima kenyataan pregnan lg ni, mcm biasa kakyang jaga kandungan tu sebaik mungkin..
sampai la saat selepas kakyang sedar dari pembedahan lahirkan si adik ni...bila terpandang muka baby ni, terus kakyang rasa menyesal sbb pernah terpk cuba nak 'gugur'kan dia dulu..punya la comel muka dia, ngan mulut muncung ala2 kakyang, muka bulat, dahi jendul mcm atuknya...mmg masa tu bersyukur sngat2 tak tergugur dia masa mula mengandung dulu tu.
Rupanya, ada rahmat di sebalik semua kejadian...kalau Allah tak kurniakan kakyang anak cepat dulu, mungkin kakyang ada anak sorang jer..sbb sehingga kini selepas si adik berusia 9 tahun, kakyang masih belum dpt tambah anak lagi..so, 2 tu je lah buah hati pengarang jantung kakyang..
Dan mungkin itu juga sebagai balasan di atas tindakan jahil yg kakyang cuba buat dulu..
Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini, terimalah taubajavascript:void(0)tku..dan kurniakanlah zuriat tambahan sebagai pengubat hatiku...amin.
No comments:
Post a Comment