Tuesday, February 22, 2011

20022002

sebelum kakyang lupa sehari lagi,baik kakyang cepat2 coretkan cerita ringkas berkenaan nombor di atas.

No apa tu? yg pastinya bukan no ekor aaa...

Tu tarikh lahir anak kakyang yg no 2. kami panggil adik jer..kakyang pernah tulis dulu mcm mana dia dpt tarikh lahir cantik mcm tu.

Thn ni genap umur adik 9 tahun..kejap jer pejam celik pejam celik dah besar anak kakyang ni..tp bila kakyang pandang dia, masih terasa dia mcm baby dulu.

Utk Adik, ibu sentiasa doakan yg terbaik utk adik, jd anak yg soleh, dengar dan hormat ibu bapa, berjaya dlm hidup dan sentiasa diberkati Allah...

Nak citer sikit asal usul kejadian adik ni..ceh tadak ayat yg lebih cantik ka? bukan takda, tp kakyang nak cepat bercerita, jd apa bahasa kluar dari pemikiran kakyang ni, jari taip jer la yer..nanti bila freee, dan raaajiiiinnn, kakyang cuba murnikan semula ayat tu.

kata tadak masa, tp crita berjela gak kan..kan..hehehe

mcm ni ceritanya..

kakyang dpt tau mengandungkan adik ni lepas 6 bulan kelahiran anak sulung. si along la. maksudnya anak 1st baru 6 bulan dah consived lagi! haaa tu la ayat bombastik org perli kakyang.

tp sebelum kakyang kompem pregnent ni, kakyang dah agak2 jer..sbb masa tu dah 1 week lewat period dari biasa..tp tak test lg..

so, masa tu segala benda terbayang kat kepala kakyang, anak kecik lagi, dah mengandung balik. apa org ckp? mesti org ckp/perli produktifnyer..mcm2 la kakyang terpk. malu, segan jugak takut kata2 org tu..

so, bila dah lewat P tu, dan dek takut ngan umpat keji org nanti, mula kakyang minum coke. konon2nya bg turun la..tak jd apa2, kakyang proceed makan nenas...tak turun jugak, peh tu minum air tebu. pun tak menjadi jugak. 3 makanan tu yg kakyang tau pantang jika baru pregnan la..

bila dah 3-3 makanan tu kakyang makan masih tak jd P jugak, kakyang pun start pasrah la...tak mo lah buat yg lebih2 lagi. lgpun pk positif masa tu, ada la rahmat kot di sebalik cpt dpt ni..

peh tu kakyang pun p la beli alat test pregnancy tu...mmg kompem pregnant..p pula klinik buat confirmation dr, pun kompem pregnent..so mula la tersebar brita kehamilan kakyang ni...

so, mcm yg kakyang sangka, mula la dpt ucapan yg mcm2, ada perli ada keji ada tahniah, ada yg senyum sumbing..mcm2 lah. tp sib baik la time tu ada lg sorang staf yg kawin sama waktu ngan kaknat, pregnant anak 1st pun sama, consived anak no 2 pun sama, so umpat keji org tu terbahagi la..heheheh

bila kakyang dah pasrah, dah terima kenyataan pregnan lg ni, mcm biasa kakyang jaga kandungan tu sebaik mungkin..

sampai la saat selepas kakyang sedar dari pembedahan lahirkan si adik ni...bila terpandang muka baby ni, terus kakyang rasa menyesal sbb pernah terpk cuba nak 'gugur'kan dia dulu..punya la comel muka dia, ngan mulut muncung ala2 kakyang, muka bulat, dahi jendul mcm atuknya...mmg masa tu bersyukur sngat2 tak tergugur dia masa mula mengandung dulu tu.

Rupanya, ada rahmat di sebalik semua kejadian...kalau Allah tak kurniakan kakyang anak cepat dulu, mungkin kakyang ada anak sorang jer..sbb sehingga kini selepas si adik berusia 9 tahun, kakyang masih belum dpt tambah anak lagi..so, 2 tu je lah buah hati pengarang jantung kakyang..

Dan mungkin itu juga sebagai balasan di atas tindakan jahil yg kakyang cuba buat dulu..

Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini, terimalah taubajavascript:void(0)tku..dan kurniakanlah zuriat tambahan sebagai pengubat hatiku...amin.

Wednesday, February 16, 2011

Yang mana anda?



kakyang mmg kagum ngan keluarga Ungku Aziz ni..anak branak mmg cerdik pandai. Pernah masa kakyang belajar dlu, kakyang ikut talk Pak Ungku. sbb dia terlalu genius, sampai kakyang tak phm butir bicara dia. er..or kakyang yg terlebih dungu tak? :P

anyway, slalu gak kakyang dok jerembab ngan dia bila lalu area sec 17 PJ tu.. atau dpt tengok dari jauh bila ada mesyuarat agung jer..nanti la..nanti...satu hari nanti nak lah bergambar dan shake hand ngan dia. hehehe

White house it MINE!

YabedabeduuuuUUUuuUUu... loan rumah yg kakyang beli tu dah lulus! surat pun dah dpt! dah boleh proceed kluarkan kwsp utk topup baki harga rumah.

yeye..tak lama lagi boleh ambik kunci rumah..ye ye.. :P

Thursday, February 10, 2011

#2 Beruang Duit

cuba la tngok clip ni. kena batang idung sendiri gak la..hahaha.
tp kakyang respek la budak ni. muda-muda lagi berfikiran mcm ni.. dan nampak mcm alim2 kucing. meowww!...i loike... :P

*style budak ni membuatkan kakyang teringatkan seseorang...AlFatihah!

Wednesday, February 9, 2011

Secret Garden MV - Will You Smile For Me. Hyun Bin, Ha Ji Won

Surat utk White House

Kakyang tengah tunggu surat kelulusan utk white house ni. bukan White House US tu..tp ni white house yg kakyang beli. rumah tu warna putih gak. ala2 rumah colonial kat cameron highland.

Semalam call pejabat perbendaharaan. katanya kalau tak de aral dlm minggu ni boleh dpt surat kelulusan tu..haih. tak sabaq la nak tengok fizikal surat tu..

dah dpt surat tu nanti boleh proceed kluarkan kwsp abg utk topup baki bayaran rumah tu dan bayar upah lawyer. eiii tak sabaqnya nak masuk rumah baruu!

smalam abg dah kompem langsaikan hutang kereta. fuh! lega bila dengar abg dah bayar. selagi dia tak bayar, selagi tu la kakyang dok gelisah. takut duit kemana, hutang tak selesai. bukan senang nak dpt duit tu cek oiii..berbelas tahun kakyang keje..baru dpt banyak tu..kalau abih mcm tu jer, mana lagi nak korek. mau pitham kakyang ni...jgn main-main.

tp..sekarang kena pk pulak. rumah tu nak disewakan ke tidak? ...atau nak buat rumah weekend jer? ce citer..cer citer lagu mana nak buat ni..?

Tuesday, February 8, 2011

Cuti CNY

Kakyang cuti panjang minggu lepas sempena CNY. ingat nak cuti dari hari isnin lagi, tp bila pk keje yg bertimbun. tak jdlah. 1 feb dah hari wilayah, ambik cuti rabu, khamis jumaat public. wooo dekat seminggu ooo.

apa kakyang buat cuti panjang2 tu? tak de ke mana pun. adik kakyang dari kampung datang. bawak dia jalan ronda2 KL jer. then hari rabu tu kakyang suruh anak2 ponteng sekolah agama. bawak diorang makan bbq korean kat Plaza Pantai. sib baik adik ipar kakyang sudi dtg jemput kat rumah. kalau tak naik bas jer kesana. abg tak dpt antar sbb dia keje lagi hari tu.

Punya la suka anak2 kakyang tu dpt makan makanan korean.. ni semua gara2 terkena korean wave tu la..heheh

khamis jumaat kakyang proses mengemas rumah ngan bantuan adik kakyang. ari tu kan rumah kakyang baru renovate. tak kemas lagi sejak ari tu. so bila adik kakyang dtg ni, apa lagi..ambik kesempatan ler mengemas.

dah clear dah rumah dari habuk2 tu. lega dah. bilik arwah yong kat atas pun dah boleh buat bilik anak2 kakyang. tunggu nak touchup skit2 bg cantik. bilik bujang abg dolu2 pun dah bersih. buat bilik sembahyang bila tetamu datang.

aha..nak citer ni. masa kakyang mengemas tu..jumpa mcm2 harta karun kat atas tu... mula2 jumpa kad2 bekas xgf abg. mmg dah lama kakyang tahu pun kad2 tu ada dlm bilik tu. ni kira ulang baca dan ulang jeles la..jeles sbb ada kad2 tu yg abg terima lepas kawin! tak ke haru tu..hehehe sabor kakyang..sabor...

tulisan x-xgf abg semua cantik2 tersursun jer.. ada juga terselit kad dari kakyang masa berchenta dulu. punya la huduh tulisan kakyang. senget kanan senget kiri, mcm cakar ayam. tp yg senget tu la jd bini abg. ye dok? hehehe

hadiah2 kawin kakyang dulu pun banyak lagi dlm bilik bujang tu. tak terpakai sbb barang pusaka arwah mak abg pun dah banyak. nak bagi org sayang pulak. hadiah yg tinggal tu semua dari org yg rapat dgn kakyang. banyak dah yg recycle jd hadiah kawin org lain. hehehe ok la kan..kan..dari membazir dok tersimpan jer. hehehe

kemas2 lagi. jumpa pula barang kemas arwah mak abg. 1 set jade dan 1 lagi berbatu merah. ada rantai, koket, gelang tangan dan cincin. terkejut abg bila kakyang berjaya jumpa barang ni sbb katanya dah lama dia cari tp tak jumpa. apa lagi..terus la abg bg kakyang. hehehehe buat upah mengemas..kalau upah mcm ni..hari2 lah nak kemas! kekekee

Monday, February 7, 2011

Happy belated Anniversary !

Semalam adalah anniversary kakyang ngan abg. tak de celebrate apa2 pun. just wish jer..
selalunya abg akan lupa. tp thn ni dia ingat sbb tepat jam 12 mlm kakyang dengar alarm hp abg bunyi.

tiap2 tahun dia set jugak alarm tu. tp kakyang selalu delete tarikh tu dari hp dia. saja jer nak uji. abg mmg selalu miss lah. abg mmg fail bab2 nak beromamtika di amore ni. dan kakyang pun tak kesah. asal dia tak buat hal lagi cukup lah. hehehe

ada 1 tahun tu kakyang dan abang both lupa. dekat hujung bulan feb tu baru kakyang perasan, rasanya ada date yg special dlm bulan feb ni..leh lupa tarikh kawin sendiri eh. hehehehe..

kakyang happy sbb perkahwinan kakyang ni mampu bertahan sehingga ke hari ni. dah mencecah belasan tahun.cewah... mmg banyak ranjau dan onar yg kakyang kena tempuh utk pertahankan ikatan ni. naknya masa awal2 perkahwinan dulu. huh..mmg mencabar iman sungguh. sampai hampir2 menggegar tiang arashi la.

alhamdulillah. berkat kesabaran kakyang dan demi anak2, semua tu dilalui dengan tabah... dan alhamdulillah..kakyang dah boleh hidup dengan aman sikit sekarang. sesekali taufan melanda tu adat berumahtangga la kan...lgpun kakyang rasa dah imune dengan masalah2 mcm tu kot. jd dah tak jd kudis pd kakyang.

Anyway, Kakyang ucapkan syabas utk diri kakyang sendiri..dan kipidup a good work. hehehe