Thursday, February 26, 2026

The under estimate: Gunung Gadang

 Ha kau.. mmg under estimate betul gunung nan satu ni. Mcm kena prank pun ya. haha

Si Nazir lah. dia yg ngajak KY gi naik gunung ni. Katanya... 

"kak, sebelum gunung yg baru kena rintis ni hilang treknya dan dicommersialkan dan diwajibkan mgp, baik gi cepat. 5km pergi  balik je kak. tingginya tak sampai 800 pun."

katanya.

otak kakyang pun cergaslah congak E kuasa dua equal to MC kuasa dua. rendah dari gunung datuk. trek sehala dlm 2.5km jer.. jer eh!

actualnya... hazab nok! hazab! dgn trek menaik sesaja, dgn jauh, dgn panas bahangnya, dgn buluh nipisnya, dgn najis abg besarnya bersepah2. seram nok!

Jan 10, dari PA kami gerak ke gerik dan bermalam di lata lalang sebelum gerak paginya naik ke jalan grik -jeli selepas breakfast. 

dgn tawakalnya park kereta tepi jalan sbb jalan tu takde penghuni. tambahan pula nampak tinggalan2 abg besar banyak di kawasan tersebut. dan risau juga kereta di pecah org memandangkan akan tinggalkan kereta lama di situ.

kami mulakan trekking dari tepi jalan tersebut  tak terlalu awal tak terlalu lewat. Almaklumlah 2.5km jer.. pasti boleh kluar awal punyer!. confident gituw

dari trek entrance tu dah dpt banyak tompok2 najis abg besar. so kena hati2 trekking. kemungkinan terserempak dgn mereka adalah besar. trek mula2 masih mendatar utk beberapa puluh meter dan kemudiannya makin menaik santai2 dan makin lama makin memacak. trek di hutan gerik agak panas.

Bila trekking makin tinggi, pokok2 buluh halus mula memenuhi trek. pergerakan memanjat terpaksa berpaut kepada batang2 buluh halus. hasilnya.. habis terbelah tapak tangan. huhu. trek di atas permatang banyak nampak kesan-kesan hutan terbakar lama. baju, tangan, kasut semua terpalit arang.

Trek kdg2 agak mengelirukan. kena pandai baca tanda/tinggalan rintis sebelumnya. jika salah baca, mungkin tersasar ke trek laluan abg besar. makin ke atas, trek makin memacak. sehinggalah kami sampai ke satu bongkah batu yang besar. dlm kepala dah mencongak lagi sekali. mcm mana nak panjat ni? silap panjat, arwah di bawah tebing sana.

Sambil memanjat, mulut tak abis2 mengucap panjang. mentelah kami ber3 perempuan. hanya nazir seorang lelaki yg ada. dgn bantuan dia, kami berjaya naik ke tebing atas seorang demi seorang. dah sampai atas, otak dah process info lain pula. nak turun nanti mcm mana? mau nangis lg sekali ni.

bab turun kemudian pk. kita pk mcm mana nak sampai puncak dulu!.

"dah nak sampai ni kak, dah atas."
otak kakyang in denial. tak mungkin. sbb kakyang masih boleh nampak puncak lg di tinggi di hadapan.  lgpun kata ada beirut. tp tak nampak pun?

rupanya mmg benar apa yg di sangka. dari jauh kakyang nampak kelibat nazir dan bella di tebing hadapan. tp nak ke tebing tu kena menurun dahulu. Ya Allah... nak turun semula? huhuhu lg sekali.  Mental kakyang mula rabak. nak givap lah! dgn panasnya, dgn trek berbatu longgarnya, kakyang mmg agak seram. risau kaki tergelincir bila memandang tebing sayup di bawah.

"tak kan nak give up nok? dah nak sampai. sikit lagi je tu. dah jauh jalan. rugilah kalau tak teruskan. ko nak ulang dtg lagi ke nok? nak hadap semua ni lagi ke?"  otak dan hati mula berdialong sendiri.

kaki tetap teruskan tugas. langkah selagi boleh melangkah. mental tetap berperang. nak give up ke nak teruskan?

Selepas bertarung antara fizikal dan mental, akhirnya puncak berjaya juga di takluk. aduhhh.. kononnya kul 12 boleh sampai. rupanya 2.30 baru sampai puncak. huhu

kakyang terus terduduk. panas tak boleh nak ckp. penat meragaih pun satu hal. mcm drain terus tenaga rasanya. nak keluarkan air dan makanan pun tak larat. gigil2 tangan jdnya.

setelah puas berehat, bergambar, kami turun semula sekitar 3petang. langkah turun perlu dipercepatkan tanpa terlalu banyak berhenti memandangkan hari makin berganjak petang. kekuatiran bertembung dgn abg besar pulang sarang jika treking malam.

Alhamdulillah.. kami selamat sampai ke entrance semula sebelum jam 7mlm. bertambah lega bila sampai ke parking, tengok kenderaan selamat masih di situ.

taik gajah bersepah-sepah












view pergunungan dan jalan grik-jeli





Friday, February 20, 2026

Trans Pangrango - Gede

 dianggap trans tak kalau tak cross direct? sbb yg ini mcm dari basecamp - pangrango - campsite - gede - basecamp putri? trans lah juga kan. kikiki

akak, kalau tak trans mcm tak sah lah trip tu. huhuhu.  ni kiranya kes malas nak naik turun banyak kali. jd lagutulah

" kak, jom gi Gede." itulah ayat Pyan masa mula2 ajak tu. 
"siapa lagi ikut?" ayat ni kena tanya utk pastikan KY berada dlm line up yang betul bagi menjamin kestabilan emosi ketika trekking. hahaha
" kita ber4 je kak." fhm lah KY, PLATINIUM members jer.  missing arwah joi doh. (Alfatihah utk arwah)

"berapa cost?" next soalan KY.  bila dah tanya ayat ni, fhm2 je lah. hehehhe lgpun dah lama tak ikut pyan menggunung.   KY gerun juga nak naik gede ni mentelah pula baru tengok cerita seram berkaitan Gunung Gede. huhu.

setelah tiba tarikh di nanti, 15 september kami gerak ke Jakarta dan dari situ terus ke Basecamp Cibodas dan bermalam di sana. di basecamp sini pun dah sejuk. dan lama juga tak menikmati perkampungan indonesia.



Next day kami bergerak seawal jam 8am setelah breakfast. Perjalanan dimulakan dengan mendaki Gunung Pangrango. Trek naik mmg nampak seram dan muram diknon. treknya tertutup dengan pohon rendang. nampak malap dan berkabus jer... suasana rasa lembab dan sejuk.treknya tak lah sesusah mana. ewahhhh. tak susah. tp masa naik tu berzikir dan hilang nafas lah juga. treknya bertangga menaik perlahan. takdelah yg pacak2 teruk mcm gunung di malaya.

kami sampai di campsite kubang badak pangrango sekitar 5pm. kami overnite di situ dahulu sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Pangrango ke esok pgnya. Trek ke puncak melalui air terjun air panas. menakjubkan. itulah pertama kali dlm bertahun mendaki, KY jumpa air terjun berair panas. selalu jumpa sungai air panas atau kolam2 air panas jer. tp kali ni air terjun dik!

kami sampai kat puncak sekitar 12thari. dan turun semula ke campsite utk lunch sebelum meneruskan pendakian selanjutnya ke Gunung Gede. 

Sebenarnya, masa kat campsite ni, KY dah mohon simpati utk bermalam dan proceed ke gunung gede esoknya. Tp pyan bgtau, kalau bermalam, esok hari kena betul2 all out utk pastikan sampai puncak ontime dan selanjutnya turun ke campsite supaya tidak lari dari perancangan keluar.

Selepas timbang tara, KY setuju utk lanjut jalan lepas lunch. 

Sekitar jam 3pm, kami naik semula ke trek yg sama beberapa ratus meter ke simpang Y menghala ke gunung gede. Trek hala ke gunung gede pun masih sama mcm masa naik ke pangrango. makin lama ke atas, makin berpohon bongsai yang cantik. sesi bergambar mula terjadi sambil2 sulam take 5. 

Semakin hampir sampai ke permatang rabung kawah/kaldera gunung Gede, bau sulfur semakin di hidu. makin dekat permatang makin kuat. setibanya kami di atas kaldera, kami dilanda hujan yang semakin lama semakin lebat. masing-masing mempercepatkan langkah untuk segera sampai ke puncak gede. sbb campsite yang di rancang berasa 30minit away di bawah puncak.

spt biasa, KY tercicir seorang di  belakang. tak mampu KY nak kejar langkah org kurus ni. hahahhhaa salah sendiri lah kan. kenapa gemok!

kakyang meniti kaldera gede dlm gelap bertemankan lampu headlamp. kwn2 lain tak tak nampak bayang di hadapan. pancaran kilat silih berganti di atas kepala. sesekali dentuman dan kilat kuat mengejutkan kakyang. hujan makin lebat. bau sulfur semakin kuat. otak mula membayangkan cerita cerita seram gede. sebijik mcm dlm filem horror!

 bila akhirnya kakyang mula nampak semula cahaya-cahaya headlamp kawan-kawan di hadapan statik setempat. maknanya dah sampai ke puncak! KY tarik nafas lega bila dpt regroup semula dgn kawan-kawan lain. 

kami berlindung di bawah gerai jualan penduduk yang kosong di puncak. yang kemudiannya guide maklumkan kami akan bermalam di puncak memandangkan hujan takde tanda-tanda akan reda. KY risau juga bila mereka ambil keputusan bermalam di puncak sbb bau sulfur agak kuat. risau jika kami keracunan ketika tidur di dalam tenda.

Alhamdulillah.. takde apa2 berlaku malam tersebut. masing2 tidur nyenyak. tk terasa dingin puncak wpun mlm itu angin sangat kuat menghempas tenda-tenda kami.

Keesokannya, cuaca kembali cantik  bersinar. kami dapat lihat sunrise dari puncak. dan yang pasti bonusnya.. terus dpt bergambar dgn batu tanda puncak Gede.

Setelah puas bergambar dan mengemas peralatan masing-masing, kami mula turun menuju ke campsite alun-alun suryakencana yg khabarnya terletak tidak jauh dari puncak. langkah menurun perlu sedikit berhati-hati kerana batu-batu yang agak licin disebabkan hujan semalam dan treknya yg agak menjunam ke bawah. 

Setelah lebih kurang 30 minit perjalanan turun, akhirnya kami sampai ke kemsite suryakencana yang diceritakan cantik. tp syg, view yang cantik dicacatkan dengan sampah sarap yang sangat banyak seluas campsite tersebut. ini adalah pemandagan  biasa bagi campsite di indonesia. 

Guide memilih untuk membuka ground di sedikit ke dalam hutan untuk berlindung dari angin kuat dan sejuk. mereka terus buka dapur untuk menyiapkan lunch kami pada hari tersebut yang sangat mewah. siap ada dessert lagi. 

sementara menanti mereka siapkan lunch, kami mulakan sesi bergambar dan explore sedikit kawasan tersebut. korang layanlah gambar2 di bawah ya.

perjalanan dilanjutkan lagi beberapa jam kemudian untuk turun ke basecamp putri. trek ke sana hanya menurun. jelly juga lutut jadinya. berselang seli dgn akar2 pokok yang tersembul keluar dari trek mungkin disebabkan trek tersebut terlalu ramai di gunakan. di sepanjang trek terdapat juga pondok2 jualan dari penduduk. dan banyak juga pondok2 rehat.

akhirnya kami selamat sampai ke pintu rimba sebelum maghrib. untuk sampai ke basecamp, perlu melalui jalan kebun penduduk. KY mengambil keputusan untuk menaiki ojek ke bacecamp. lelah kaki nak habiskan lagi beberapa km perjalanan. bayar ojek je lah. benda ada ye dak? heheh

view kebun basecamp puteri.





dari angle lain

di sinilah KY mendapat perkabaran dari anak menyatakan si abgnya xcdent teruk sampai kereta yang dipandu total lost. nasib baik anak KY selamat. maknya boleh la bertenang sikit. kalau cedera tu, mau menangis tak sudah2. huhuhu

jomlah layan gambar. mood hari-hari selanjutnya dah sendu sbb risau dgn kes anak2 di tanah air. 

kerja pembersihan sampah sedang dijalankan kerana khabarnya akan ada acara larian di situ

the team













Monday, September 8, 2025

0KM KM0

0KM atau KM0? mana2 pun sama je hasilnya. ada tempat mark dgn 0km. ada tempat mark dgn km0. bila google dlm maps tu korang try lah bg keyword mcm2 utk 3 huruf tu. insyaallah jumpalah infonya.

Kabarnya ada 214 km0 di seluruh negara. yg ini kakyang tak pasti samada tu jumlah di semenanjung shj atau termasuk sabah/srwk. info ni pun baru kakyang tahu gara-gara ada org rajin nak melayan permintaan cari batu. hehehe

siapa yg mula perkenalkan batu2 tanda km0 ni pada kakyang? tak lain dan tak bukan sahabat-sahabat hiking lah. nazir, sham dan jimmy. Masa awal2 penglibatan kakyang dlm dunia hiking dan rintis dgn 3 adik-adik ni, merekalah yang perkenalkan pd akak. bila sampai kat satu-satu tempat hiking, nanti mesti diorang akan sulam dgn hunting batu2 km 0 ni. barulah kakyang tahu wujudnya gerakan cari batu mcm ni dlm negara kita. hahahaha

antara km0 yang awal-awal diperkenalkan diorang adalah Rembau, BTN/KWN. masa tu diorang tengah 'gila' merintis bukit bukau area sana.

lepas tu lately bila travel, dari tak tahu nak kemana tak tentu hala, kakyang jdkan batu km0 ni sebagai bonus perjalanan. sambil jalan/urusan kerja, sumbil hunting mana-mana yang berada dlm jajaran perjalanan. Pastu ada pula yang rajin melayan cari sekarang kan. apa lagi.. makin rancaklah. :P

dan semalam.. dlm program urusan kerja org tu ke utara, sempatlah singgah beberapa tempat sampai naik petak pungkoq kata org. kekekeke

bonus-bonus yg berdekatan batu


bonus bangunan lama

bonus monument sempadan

bonus makan

bonus view