Monday, June 29, 2020

Ujian & Zikir



Kakyang sedang diuji lg sekali. ingatkan ujian ni dah berakhir dgn berlalunya masa. tp nampaknya org tu masih tak puas hati.

Kakyang tak tahu nak buat mcm mana. nak mengadu dgn siapa pun tak tahu siapa yg boleh dipercayai. ramai yg kononnya kata "ko boleh percayakan aku. ceritalah rahsia ko." akhirnya.. rahsia itu dikongsi pula dgn org lain.


mungkin sbb kakyang selalu lupa Dia bila senang.. Dia dtgkan semula ujian utk mengingatkan.



sekarang kakyang hanya boleh mengadu pd Dia. Semoga Dia mampu melindungi kakyang dari niat jahat manusia2 durjana.


ni antara zikir yg selalu kakyang amalkan bila sedar diri. dah tengadah mcm ni, baru nak amalkan balik. huhu

zikir untuk memudahkan urusan kerja or anything. Sebelum sampai tu baca surah al ikhlas 3 kali then bismillahhitawakaltu 3 kali then terus sambung baca, Ya Allah, ya barik. Paling afdhal 40x, tak pun 10,atau 3x.
subhanallahil adzim subhanallahi wabihamdih, -utk berasa mudah utk melakukan sesuatu perkara
Rabbana Aatina minladunka rahmah wahayyiklana min amrina rasyada.
Dengan rabbi yassir wala tu'assir
-untuk mempermudahkan urusan.

ASTAGFIRULLAH 1000X

- hati menjadi tenang dan stress dan sedih yg berpanjangan
Allahumma, ya Barik x40
yg maha mengaturkan yg maha mentadbirkan. Ya Allah aku serahkan urusan hidupku hari ini dan seterusnya utk diatur dan diuruskan oleh mu ya Allah

surah al ikhlas 200x


-Kalau masa tu tgh susah, kehendak kan sesuatu ke.. Lepas tu doa sungguh sungguh,
kalau nak mandi tu niat dalam hati "Ya allah,dengan aku mandi ini bersihkanlah aku dari segala kotoran dan penyakit"
semoga kakyang kembali istikhomah


187
370




Replying to
Ada satu potongan ayat dari surah al kahfi ayat 10. Rabbana Aatina minladunka rahmah wahayyiklana min amrina rasyada. Dengan rabbi yassir wala tu'assir untuk mempermudahkan urusan. Do correct me if im wrong
✌

77
173




Replying to
and
Ustaz Don Daniyal dan ustaz Kazim Elias ada ajar selawat yang amat mudah dan pendek.jika kita amalkan Setiap Subuh. Setiap pokok, setiap batu dan setiap bagunan doakan pengampunan utk kita . "Subhanallah Hilazimi Wabihamdih" 3x

Friday, June 26, 2020

RENUNGAN

UNTUK RENUNGAN AYAH / BAPA / WALID / PAPA / DADDY..
.
.
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
.
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astaghfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isterinya ).
.
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
.
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
.
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
.
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
.
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
.
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.
.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
.
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
.
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.
.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
.
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
.
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
.
Tahukah anda di dalam al-Quran ada lebih banyak kisah mengenai ayah dan anak berbanding ibu dan anak?
.
Kisah Luqmanulhakim dan anaknya, Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Nuh dan anak2nya, Kisah Nabi Luth dan anak2 perempuannya, Kisah Sheikh Madyan dan 2 orang anak perempuannya dan beberapa lagi yang lain.
.
Ini menunjukkan ayah memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam Islam. Sudahkah kita memainkan peranan kita wahai bapa-bapa sekalian?
.
Tepuklah dada dan tanyalah Iman sebelum Allah bertanya kepada kita akan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam keluarga...
.
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
.
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
.
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
.
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
.
Allahuakbar.. !!!
Wallahua'lam.

Wednesday, June 24, 2020

HUTANG

last week kan kakyang bebel pasal hutang kan?

ni kan dah minggu2 gaji. kena lah minta. kenalah remind suh bayar hutang. kenalah tanya bila nak bayar hutang.

semalam kakyang minta hutang dgn member tu. kalau sebelum ni dia bahasakan diri dgn nama dia kali ni dia saya saya sj. hmmmm

kakyang intro dgn bgtau baki hutang dia tinggal berapa K lg. terus dia reply dgn bgtau arwah abg ada hutang dia 5.5k. hmmmm

takpe.. kakyang suh je dia tolak hutang tu dari nilai dia hutang kakyang wpun kyang tahu cerita sebenar pasal hutang abg tu.

dulu pernah jd isu nilai hutang ni. hutang tu sebenarnya hutang bayaran insurans kereta yang abgdok beli utk customer dia. abg pernah ckp dia dispute dgn harga tu sbb dia dok bayar sebaik sahaja customer bayar pd dia. jd dia syak ada bayaran yg diorang tak rekodkan dah di bayar. bila abg suarakan dispute tu, jd perbalahan mulut. lastnya abg ambil tindakan diam diri. dan pihak diorang pun diam juga.

so, bila kwn kakyang sebutkan nilai hutang abg td, kakyang malas nak ckp banyak. malas nak argue2. sbb orgnya pun dah takde. detailsnya pun kakyang tak jelas. jd nak argue balik pun tak guna. bayar sjlah. biar berlebih. jgn terkurang. asalkan abg tenang di sana.

tp kakyang bg syarat. baki mesti bayar penuh. takde lagi ansuran-ansuran. dah lama kot tertunggak. dah 2 tahun.

kakyang keringkan hati kali ni. harap2 dia dpt bayarlah dgn segera. malas dah nak stress kutip hutang.


Thursday, June 18, 2020

Hutang

ada member hutang kakyang.
hutang yg 5 angka.
bg korang mungkin sikit. bg kakyang tu satu jumlah yg besar.

masa nak meminjam, cerita semua sedih2. bisnes x boleh jalan lah, itu lah ini lah

atas dasar persahabatan dan tanak tengok kawan susah, kakyang bg pinjam.

lepas dpt duit, nampak dia terbang holiday sakan ke oversea. beli hbag ribu riban.

tp bila minta bayar, bg ayat sedih laki x kerja lah, bisness jammed lah.

hello... duit ko beli tiket flight ngan handbag tu dah boleh selesai kan hutang aku tau dak!

aduh..... sakit jiwa
menyesal bg pinjam pun ada

aduh cik nath.. ko tolonglah hati batu sikit.

Friday, May 29, 2020

Over Claim

hari raya semalam, ada org wish selamat hari raya pd kakyang.

bukan kenalan, bukan kawan pun. nombor dia kakyang save dlm hp sbb last year kakyang bantu kawan utk passkan camera lens kepada dia. jd bila dia sent msj wish selamat hari raya, kakyang tahu lah dari siapa.

kakyang reply semula wish dia. pastu chit chat la sekejap sbb dia tanya khabar dan tanya apa cerita terkini kakyang.  chit chat mcm dah kenal lama kan? kekekke

pastu tetiba dia tanya apa khabar your bf and your family?

kakyang  mcm sort off bf??? mana mai bf pulak ni?

pastu baru kakyang teringat, ni mesti dia ingat kawan yg jual lens tu bf kakyang. terus lah kakyang deny.  terkejut lah dia. kekekeke




aduhai... apa la yg dia cerita kat org tu sampai org tu pk mcm tu? 

heheh


Tuesday, May 12, 2020

Fakta atau Auta

td kakyang dok scroll fb. sekarang news feed kakyang banyak update post dari group combat survival malaysia sbb kakyang rajin dok mengomen kat situ. so far so good post2 kat sini. info2 survival yg bagus. boleh la baca dan ambik tahu as knowledge kan. mana tau dibuatnya terstranded kat hutan masa trekking, dah ada serba sikit info kan. esp bab apa yg boleh di mkn, mcm mana nak minta bantuan ect.

pastu td terbaca lah satu post dari member fb yg kakyang kenal dia as bushcraftman. dia cerita pasal akar yg boleh dicari utk dptkan sumber air. dia cerita lah sikit apa kebaikan akar tu. dan up beberapa gambar contoh. 

kemudiannya kakyang terbaca pulak komen org di bawah. org tu kata akar tu senang dpt di dlm kebun2. dan member ni balas balik komen org tu dgn katakan akar yg dia cerita tu beracun sebenarnya. dia buat gurau jer.

whoaaaa..

terus kakyang komen bawah tu,"bg info yg sebenarnya. boleh minum ke tidak akar yg dimaksudkan? jgn buat gurau sbb bukan semua org kenal/ arif dgn tumbuhan hutan. bukan semua org rajin baca komen2 di bawah utk maklumat lanjut. dan  bukan semua org tahu ini gurauan ke tidak."

kakyang nampak notifikasion dia bg icon gelak kat komen kakyang. kakyang menunggulah utk dia komen balas atas soalan kakyang. betul ke tidak boleh minum?

kakyang try cari balik komen dan post td, dah tak jumpa. dia dah padamkan la kot? ke ada function kat post yg kita boleh block dari org utk x nampak post tu?

hmmmmm jgn buat main-main dik info mcm ni. yg lurus dan tak arif dgn hutan mcm kakyang ni, akan percaya dgn info dia feed kat situ. nak pula dari org yg mmg kita tahu dia arif dgn hutan. tak kan lah kita nak doubt sangat dgn info dia kan?

nak gurau2 pun agak2 lah. bila dlm penulisan , susah nak tahu tulisan kita tu gurauan atau betul2 fakta. kecuali lah kalau kita mmg letak icon gelak ke, buat muka ke ect kan. ini kalau tulis flat gitu jer, org akan baca as serius fact.

mcm2. syg pula tak ss post td. kalau tidak boleh buat bahan bukti  kat sini. hehehe