last week kan kakyang bebel pasal hutang kan?
ni kan dah minggu2 gaji. kena lah minta. kenalah remind suh bayar hutang. kenalah tanya bila nak bayar hutang.
semalam kakyang minta hutang dgn member tu. kalau sebelum ni dia bahasakan diri dgn nama dia kali ni dia saya saya sj. hmmmm
kakyang intro dgn bgtau baki hutang dia tinggal berapa K lg. terus dia reply dgn bgtau arwah abg ada hutang dia 5.5k. hmmmm
takpe.. kakyang suh je dia tolak hutang tu dari nilai dia hutang kakyang wpun kyang tahu cerita sebenar pasal hutang abg tu.
dulu pernah jd isu nilai hutang ni. hutang tu sebenarnya hutang bayaran insurans kereta yang abgdok beli utk customer dia. abg pernah ckp dia dispute dgn harga tu sbb dia dok bayar sebaik sahaja customer bayar pd dia. jd dia syak ada bayaran yg diorang tak rekodkan dah di bayar. bila abg suarakan dispute tu, jd perbalahan mulut. lastnya abg ambil tindakan diam diri. dan pihak diorang pun diam juga.
so, bila kwn kakyang sebutkan nilai hutang abg td, kakyang malas nak ckp banyak. malas nak argue2. sbb orgnya pun dah takde. detailsnya pun kakyang tak jelas. jd nak argue balik pun tak guna. bayar sjlah. biar berlebih. jgn terkurang. asalkan abg tenang di sana.
tp kakyang bg syarat. baki mesti bayar penuh. takde lagi ansuran-ansuran. dah lama kot tertunggak. dah 2 tahun.
kakyang keringkan hati kali ni. harap2 dia dpt bayarlah dgn segera. malas dah nak stress kutip hutang.
No comments:
Post a Comment