Wednesday, November 20, 2019

Trusmadi checked!

Alhamdulillah.. sept lalu kakyang berjaya juga menawan gunung ke2 tertinggi di Malaysia.. Gunung Trusmadi!

entah kenapa, gunung ni mcm memanggil2 kakyang utk ke sana. asal tengok fb jer, nampak iklan ke gunung ni. sana sini iklan ajak mai sini. kakyang mulanya dok menunggu team BDS utk buat trip ke sini. tp memandangkan masih tiada dlm perancangan dan gunung ni makin menyeru2, kakyang terus minta izin diorang utk pergi sendiri dgn salah satu iklan yg kakyang nampak di fb.

makanya, tak sampai 2 minggu sebelum tarikh kejadian, kakyang terus sahkan penyertaan. takde toleh2 dah.

pastu tetiba seminggu sebelum tarikh berangkat, kakyang jatuh di gunung pasir. kaki kiri bengkak teruk. tangan kanan terhentak semasa jatuh menyebabkan siku bengkak dan bengkok. doctor nasihatkan jgn hiking.

tp kakyang degil juga. sbb tiket semua dah beli. pekej trip dah bayar. jdnya, kkyang pergi juga ke KK. dgn niat, ada rezeki, adalah. janji cuba mana yg terdaya.

makanya, bila dah sampai ke kem sinua, pg tu kakyang mulakan trip dgn tawakal kepada Allah sahaja. perjalanan dari kem 1 ke kem 2 lulus tanpa sebarang masalah.

lepas menginap semalam di kem 2, midnite mulakan trip utk summit attemp. ada 2 puncak yg perlu sampai sebelum ke puncak sebenar trusmadi.

dari kem 2 ke puncak 1, alhamdulillah kakyang berjaya sampai juga. teruskan perjalanan ke puncak ke2. masa trekking puncak ke2, guide bgtau kena sampai ke puncak trusmadi (puncak ke3) sebelum kul 7) masa tu kakyang baru turun ke lembah puncak 2. belum pun naik ke puncak 2! jam dah hampir kul 6.am? alamak. sempat kah?

pastu guide bgtau lg, kalau dlm perjalanan ke puncak 2, kita dah jumpa team turun, kakyang kena ikut turun juga.

rasa mcm nak menangis dah masa tu. aduhaiii.. dah nak sampai puncak 2 kot, kalau kena turun, terasa ruginya...

kakyang tawakal je. dlm hati dok doa.. Ya Allah, kau berilah rezeki untukku...

alhamdulillah... 6.30 kakyang sampai ke puncak 2! kakyang terus pujuk guide.

"boleh ye.. kita teruskan ke puncak ye." sambil buat muka minta simpati.

"saya cuba lg yer.. "  lg ayat minta simpati

dlm hati kakyang dok estimate..800m jer lagi. 800m jer lagi.. boleh. aku boleh! masa dlm perjalanan tu dah selisih dgn teammate turun. semua ckp semangat kak! sikit je lagi!

ok ok. kakyang kuatkan semangat!

alhamdulillah.. tepat2 kul 7am kakyang berjaya sampai ke puncak Trusmadi!

terima kasih Allah! terima kasih atas rezekimu!

bergenang air mata sorang2 kat puncak! syahdu weh

tahap kesukaran: 8/10
kem 1

tangan kanan tu cengkoi. x boleh lurus. masih bengkak teruk

sebelum mulakan pendakian. 

ye..ye.. kakyang tahu kyang terlalu sweet utk korang. sedutlah banyak2

take 5 di trek balak dekat waterpoint

kem 2

sunrise. x sampai puncak 2 lg time ni. baru separuh. hati dah berdebar takut tak boleh lepas COT

puncak sebenar trusmadi dari pertengan jln dari puncak 2

kinabalu boleh nampak dari trusmadi

kejayaan seiring air mata shahdu

subhanalllah

sampai ke end point akhirnya..

Friday, November 8, 2019

Trans Sri Menanti

ada kawan hiking kakyang ajak ikut rintis gunung kat sri menanti, N9. since dia dok tnegok kakyang komen nak ikut nak ikut di gambar2 gunung dia di fb.

mmg kakyang teringin nak merasa dan melihat sendiri mcm mana merintis trek gunung ni. so bila org dah ajak, kakyang terus terima wpun masa tu sebenarnya anak kecik kakyang ada di rumah. biasanya kalau dia ada/balik, kakyang mmg akan cuba elak masuk hutan sbb nanti kakyang kena hantar dia balik asrama.

memandangkan ofer mcm ni bukan senang2 nak dpt, kakyang terus discuss dgn anak kecik dan alhamdulillah dia memahami minat ibunya dan benarkan kakyang ikut trip rintis. terus kakyang buat arrangement utk dia balik asrama dgn sepupu kakyang.

terima kasih anak ibu!

subuhnya, nazir dan jimmy dtg park motor di rumah kakyang dan kami gerak ke SM dng kereta kakyang. sampai di masjid SM, solat subuh dan berkumpul. dari ramai2, end up hanya kami ber5. dan gegel hanya kakyang seorang. dlm hati dok pk nak proceed ke tidak nih? memandangkan kalau kakyang balik, jimmy/nazir nak balik mcm mana? kakyang decide to proceed as planed.

kami mula naik dari gunung jono. lepas park kereta kat luar kem sri pilah kami mula gerak mendaki entrance Gujung Jono yg terletak sebelah kiri jalan sekitar jam 10pg. trek awal dah mula dgn pacak. trek agak bersemak sbb jarang dimasuki org. pacat banyak jgn ckplah. selepas 3 jam perjalanan santai2 sambil bergambar di beberapa tempat menarik, kami sampai ke puncak Jono. Rehat sekejap dan terus sambung perjalanan ke bukit sangkar puyoh yang hanya ambil masa 20 minit perjalanan dengan trek yg agak landai..

Dari situ kami mula merintis dan menebas semak menuju ke Bukit Machat. Perjalanan sambil menebas mengambil masa 40 minit.

Dari Machat, kaki sambung merintis ke Bukit Payong.  Menurut Jimmy, ada sebahagian trek jupem di situ.  bukit ulu pilah, bukit rambai dan berakhir di gunung pasir.



then sambung ke bukit ulu pilah. sampai dipeak ulu pilah dah lewat petang. kami beberapa kali pusing-pusing di coordinate yg dikatakan peak ini mencari signboard yg dikatakan telah diletakkan di sini. bila gagal mengesan sebarang tanda, kami decide tuk bermalam kat situ. di snilah 1st time kakyang bermalam di kem yang fresh. yg baru di tebas2 dan jd tempat bermalam. nasib baik jimmy bawa hammock, kakyang tido hammok, manakala yg lain di bawah fly. bermalam di situ, sejukkany nauzubillah. 

paginya, misi mencari peak sebenar diteruskan. ada kekeliruan sikit. bila  sign board lama tu letaknya bukan di titik tertinggi peak. so kami letak signboard baru dan marking peak sebenar.  kemudian perjalanan diteruskan ke bukit rambai yg sangat semak dengan resam yang tebal dan permatang. kat sinilah jimmi, abg dill kena penyengat. kakyang di belakang sekali terselamat bila diorang menjerit suruh divert ke arah lain. dlm dok berjalan atas resam tu, tiba2 sham pula menjerit minta lari bila tiba2 dia nampak coral snake melintas atas kaki kakyang. bila tahu ular, punya la menggelabah mana? mana? phiewwww tanya mcm berani kan? huhuhu

perjalanan diteruskan lagi hingga ke gunung pasir. luch di sini sambil perperang dgn pacat. masa ni pacat ke apa ke, tak heran dah. nak naik sedut kat mana pun, naik lah nak.. tak kuasa dah macik nak pedulukan ko.

selepas bergambar rehat dan bergambar final trans sri menanti, kami mula gerak turun dari gunung pasir. rupanya trek gunung pasir agak mencabar di penghujungnya. ada trek yg agak pacak kena panjat tebing. mengah tak sangka. turun dari tebing tersebut, trek ke hujung agak landai dah. tp tetap kena hati2 sbb trek gunung pasir sangat  berpasir. silap2 pijak, boleh gelongsor tergelincir.

bila nazir bgtau dah dekat exit, kakyang dah lega dah. yeaaaa dah nak kluar! kakyang dah boleh off-guard. dan memperlajukan lagi kelajuan menyiput.
tiba-tiba....
brupppppp.. kakyang terpijak kayu mati dan terlentang ke belakang. tangan kanan menompang  badan ketika jatuh. kakyang terdiam sekejap. sakitnya bukan kepalang. tangan kanan injured teruk. tak tahu tahap mana. tp sakitnya nauzubillah. sham tlg angkat bangun, tangan yg sakit ditompangkan dgn pouch bag, perjalan yg berbaki 10 minit lagi diteruskan hingga sampai ke exit point di kolam ikan.

nasib baik lah nazir/jimmy yg drive. kalau kakyang dtg seorang time tu.. jenuh nak drive dlm sakit2 tu.

makanya.. selesailah satu permulaan xtvt pengalaman rintis pertama bagi kakyang yg berakhir dgn tragedi jatuh. huhuhu

ps.. since trek ni dah di viralkan baru-baru ni (oct 2021) dan dah dikomersialkan, makanya dptlah kakyang tambah sikit2 gambar lain. asalnya kami rahsiakan perkara ini untuk elak kontroversi.

konsepnya...gerak diam2 suda.. yg tahu je tahu. nak havoc2 tu bg org lain lah. 


kait rambutan dulu sebelum mula hiking

jambul siapa tu?



spot menarik di gunung jono.

gunung pertama TSM

biar the men yg buat percaturan. 

1st bukit. hanya 10 minit dari puncak jono

namanya gitu. adakah sbb banyak pacat?

teropong sendiri apa nama bukit ni. hahaha

tak terkejar dgn abam2 padu nih. trek balak menuju Ulu Pilah

take 5 di trek balak  lama

dah dpt port utk bermalam. Jimmy namakan kem bayu bunian

kem dah siap. boleh rehat2 sambil sembang2

bukit ulu pilah. gunung ka bukit? signboard asal lari dari puncak sebenar

gunung ka bukit?

bukit rambai

lunch di gunung pasir

TSM completed!

teropong apa tu

celah akar banir buat kenangan
dah kena penyengat

Gunung Pasir

Dah menyandor..penat menebas ke tiewww

log trekking membentuk C

hasil binaan mengisi masa menunggu. hahaha
menunggu skuad peninjang waterpoint


celik2 mata terus kluar mencari signboard lagi..haru aih

dpt ranting kering pun jdlah  buat penawar penat

Bukit Payong

betul ke ?

apa2 je boleh jd props dik non..



Friday, October 4, 2019

Mood

sakit2 ni mood pun kelaut
hari ni sakit dtg balik. sengal semacam bila 1 urat sikut tu menarik. abis satu lengan rasa bisa. sejak balik dari trans SM, ada bintik2 bisa keluar 2,3 biji. bila picit nak pecahkan, pedihnya lain mcm. tak tahu infection sbb luka duri2 hutan atau mcm mana.

tengah monitor lg, kalau makin banyak, kena refer ke klinik jugalah nampaknya. tp so far mcm x membimbangkan. risau dalaman je. takut diam2, kat dlm dia dah mcm2

semoga diberi penyembuhan segera utk diri sendiri

Tuesday, September 24, 2019

Mengubati derita

22 sept. genap 2 tahun abg pergi
tahun ke 2 kakyang memperingati pemergian abg dgn cara sendiri.
masuk hutan
jika dirumah pasti air mata 24 jam merembasi
baiklah masuk hutan dan dera diri
sekurangnya hati tak sempat mengingati
apa yg sudah kurang di sisi

AlFatihah
semoga abg tenang di sana dan ditempatkan bersama para solihin

Thursday, September 12, 2019

Sakit

rindu sampai sakit dada
nak nangis tp x keluar air mata
sengsara

Tuesday, September 3, 2019

Merdeka di Gunung Sarut

tanggal 31 ogos 2019 kak yang ikut trip mendaki Gunung Sarut di Setiu, Terengganu. Anjuran SOS.

Kakyang ber3 satu kereta dengan along dan zuri. around midnite along drive konvoi gerak ke KT. sampai sana sekitar 7pg. lepas singgah kemas2 brg di masjid, kami mula gerak ke starting point gunung sarut sekitar 9am. 9.50 mula gerak naik.



perjalanan melalui 3 sungai. yg pertama kena lalu jambatan usang dulu. kalau takut, boleh melintas ikut sungai di bawah. masa di penghujung, ada line up terbolos. nasib baik tersangkut kaki. alhamdulillah selamat naik semula.

perjalanan diteruskan ke blue pool dgn melalui 2 lg sungai. sampai di blue pool, take 5. ada yg ambil kesempatan berendam sekejap. kemudian diteruskan lg perjalanan seterusnya ke kemsite di kem bongsai.

dari blue pool ke kem bongsai, trek adalah mencanak naik dgn sesekali landai. susah nak dpt trek menurun. kalau ada, adalah bonus. heheh

sampai di kem bongsai sekitar 4.30. naikkan khemah etc, kami sebulat suara utk summit pd esokharinya memandangkan kalau push naik juga, kemungkinan turun dlm gelap.

mlm tu kami mkn ala2 shell out. hahahaa



pg esoknya 1/9 seawal kul 5 kami mula gerak utk ke puncak. sampai ke puncak view sekitar 6am. layan sunrise sekejap. kul 7 baru naik ke puncak. 30 minit perjalan ke puncak.



turun dari puncak, naik ke batu besar utk view lain. pastu terus turun ke kemsite dan packing utk gerak turun.



jika semalam naik ambik masa 5 jam, bila turun, 2jam pun x sampai. sekitar 12thari, kami dah sampai di blue pool. lepak2 di sini mandi manda sepuasnya. kul 3 baru gerak turun semula. 4.30 alhamdulillah sampai ke pintu rimba