Nak post juga kat sini sebagai kenangan. Proud moments bg kakyang. Bukan mudah nak oii nak pastikan anak nan seorang ni dpt naik pentas gini.
Ya. Baru diploma je cheq. Tetap KY nak berbangga dgn kejayaan ini. Bangga dgn anak dpt survived abiskan pengajian diploma dia. Bangga juga dgn diri KY yg banyaaakkkkk bersabar dgn karenah dan mcm2hal lah sepanjang dia nak habiskan pengajian dia peringkat diploma ni.
Sejak kematian ayahnya menjelang exam besar masa sekolah menengah, si kecik ni mengalami kemerosotan prestasi dan depression yang sangat teruk. Zikir nak tukar sekolah jgn ckp lah. Tiap-tiap tahun minta tukar sekolah. Tu tak termasuk lg kes2 tantrumnya di sekolah sampai dpt amaran akhir nak kena buang sekolah.
"kalau kena buang sekolah, mcm mn ibu?"
"takpe. Kita tumpang ambil exam spm kat sekolah luar. Nanti ibu carikan private tutor utk adik"
Sampai ayat pasrah begitu KY ucapkan demi memastikan anak masih nak belajar.
Bila dah masuk pengajian diploma, lg sekali semangat anak teruji bila wabak covid 19 melanda bumi. Anak yg baru nak mula pengajian mula tertekan lg sekali bila kena berkuliah secara online. Mcm tak belajar katanya.belajar dgn utube, terkurung belajar sendiri di rumah hanya bergantung pada internet semata-mata.
Permohonan nak brenti kuliah timbul lg. Operasi pujuk memujuk lg sekali berulang.
Jgn dik.. Ingat semula betapa susahnya kita mencari peluang masuk university dgn kursus yg adik nak. Ingat semula mcm mana ibu contact habis segala kenalan yg tak seberapa tu bg memastikan awak dpt penempatan di universiti. Ingat semula berapa banyak kos yg ibu dah laburkan bg memastikan awak tamat pengajian dgn selesa.
Haaa.. Mcm tulah strugglenya nak memastikan seketul anak nan sorang ni habiskan pengajiannya. Barui peringkat diploma. Huh
Sekarang tengah sambung degree pula. Entah apa pula yg akan KY mengadap kali ini. Yg pastinya KY kecut perut tiap kali teringat kos yuran dia setiap semester yang umpama boleh buat umrah vvip!
Bukan merungut. Tp sj nak cerita sbb apa KY agak proud dgn kejayaan inisetelah beberapa fasa cabarannya bukan calang2 utk kami berjaya ditempuhi.
Apapun.. Tahniah anak ibu! Tahniah kerana berjaya harungi segala cabaran fizikal, mental dan spiritual hingga ke hari ini.
Kuatkan lagi semangat dan mental serta jati diri kamu demi mengharungi cabaran yang bakal mendatang di zaman yang sangat mencabar ini.
Doa ibu sentiasa bersama anak2 ibu. Love you😘♥️
#ceritatentangkenangan
No comments:
Post a Comment