Tuesday, January 4, 2022

Rezeki

Dah  banyak kali kakyang cerita bab rezeki rasanya.  tp hari ni nak cerita lg rezeki yg tak disangka dtg di saat tak terduga. tu yg kena coretkan kat sini. sebagai memori .

bulan ni agak sesak poket kakyang. mana tidaknya, dgn anak minta tukar hp, dgn renew roadtax, dgn anak 2,3x  ulang alik dari johor balik shah alam. dgn kereta meragam. dgn minyak kereta yg agak laju bulan ni. ini maybe sbb condition kereta yg tak berapa cantik tu. tu pun kakyang gagahkan juga keringkan hati drive kereta tu jauh2 pergi kerja hari2 sbb pkkan, kalau p repair, mana nak korek duit nak bayar repair tu?

bill letrik pula mcm naik banyak bulan ni. sbb si kecik balik rumah dan tido beraircond. lampu sentiasa terpasang sbb diorang tido lewat, bila tengok bills, terus kakyang sound anak2 suh jimat apa yg patut.

keep short the long story.. mmg sengkek gila lah bulan ni sampaikan anak bujang minta duit utk beli tshirt dia prepare utk tempat kerja baru pun kakyang suh dia gunakan dulu duit apa2 yg dia dok simpan tu.

mmg betul-betul sengkek doh.

so.. utk cari sedikit duit belanja harian, kakyang mula niagakan semula bahan2 mentah yg kakyang beli utk berniaga. lama terbantut sbb asyik masuk hutan je. create apa je menu dgn apa saja bahan mentah yg tersimpan dlm freezer. alhamdulillah.. dptlah balik sikit duit belanja harian. 

tengah dok kusyuk mengadap pc jap td. staf dari level bawah naik jumpa. staf yg sorang ni akan naik kalau ada ada hal penting shj. orgnya jenis pendiam. bukan jenis ahli mesyuarat tingkap.

bila dia dtg kat partition kakyang, ingatkan dia ada urusan kerja yg nak tanya.

"ada apa bang?" panggilan biasa kakyang gunakan bila berurusan dgn staf yg lebih berusia. hahahaha silap2 orgnya muda dari kakyang. perasan muda boleh tahan kakyang ni :P

"nak bg duit".. dia buka dompet dan hulurkan note 50

kakyang terkebil2 tak faham. duit apa? tabung bantuan banjir kakyang dah tutup. kakyang dah bg pun tabung tu kepada penerima. tak kan la baru nak hulur utk tabung bantuan banjir? nak bagi kat siapa pula baki secoet ni? gitulah pk kakyang 

"duit awak haritu.." dia sambung ayat separuh-separuh
"duit sy? duit apa pula?" kakyang blur lg

"ingat tak duit KKAUM haritu yg awak tak pergi tuntut. sy tolong ambilkan." akhirnya persoalan duit apa selesai.

rupanya itu duit imbuhan kehadiran mesyuarat yg kakyang tak p tuntut tempohari. kakyang ada pesan dgn AJK kesatuan utk tlg ambilkan. tp dia diam je. kakyang ingatkan burn gitu je lah duit tu.

rupanya staf td dah tolong ambilkan sbb kebetulan dia bertugas di situ masa edaran dilakukan.

Allahuakbar.. rupanya masih rezeki kakyang. dan Allah hantarkan rezeki datang masa tengah sesak. jd note yg secoeet td tu dirasakan sangatttlah besar di saat-saat sesak sebegini. Allahuakbar.

Terima kasih Allah! Alhamdulillah


hasil jualan dan rezeki tak disangka hari ni.


No comments: