Friday, January 28, 2022

Layangan Putus

 


ini bukan paid review eh.. hahahaha

KY just nak relatekan cerita ni dgn cerita yg baru kakyang dengar dari boss jap td.  bos dan kerani kena bergosip gak u. idak ler serius hal kerja jer. ye dak?

kalau korang belum tengok cerita ni, p cari kat internet cepat. pastu rasakan sendiri kemarahan korang di pihak siapa. korang di pihak kiran? aris? atau lidya? 

haaa...korang rasa KY di pihak yg mana? cer  teka cer teka





Wednesday, January 26, 2022

Bukit Pau Kemensah

 sabtu lepas kakyang ikut geng NS ke bukit Pau. dah lama dok tengok geng ni naik bukit sana. so kali ni kakyang ikut sekali. 

overall bukit ni tak lah terlalu susah. takde yg menarik selain dari view hutan di beberapa view point. hutannya mcm hutan biasa. trek dia mcm trek ke Lubuk Tedung sikit. trek tanah merah. tp disebabkan lama tak layan trek mcm ni kan, lama dok bergolek je, mmg mencungap juga la nak habiskan 12km tu.

moh layan gambar2 menarik sekitar Bukit Pau, Kemensah.

psttt..kenapa nampak kakyang sangat putih dlm gambar2 ni? pakai Quputeh kah? kikiki









Thursday, January 20, 2022

Rawang Bypass

 last week kwn2 kakyang dok plan utk xtvt hiking during cuti thaipusam. utk short break mcm tu mostly plan simple2 hike je lah. yg jd pilihan adalah.. Rawang Bypass.

memandangkan kakyang tak pernah pergi sini, jd nya nak sangatlah merasa treking dan bergambar kat sini. sorang kawan ajak p siang. lg satu team ajak p mlm. yg kakyang pilih adalah malam!

sbb apa pilih malam? sbb siangnya hari cuti tu kakyang plan nak kemas porch rumah yg dah bersepah dgn kotak-kotak pindah dulu yg masih tak clear lg.

hari kejadiannya, kakyang almost decide tak jd proceed hike RB ni sbb KL hujan lebat. survey2 juga tanya area rawang hujan juga ke? tak dpt pula info dari sesiapa. .pastu kakyang jangkakan akanberlaku kesesakan jalan sbb hujan kan?

otw balik rumah, nampak hway ke PA jem. terus kakyang buka waze dan tengok trafik ke rawang mcm mana. katanya 730 estimate sampai ke meet point. which is masih sempat kalau kakyang nak catch up dgn team.

sepantas kilat decision kakyang berubah. Kita p rawang!. apa lg.. berdezup lah kakyang pusing stereng dan masuk lane hala ke rawang. manage sampai ke meetpoint by 715pm.

salin baju hiking dlm kereta je. lantaklah kalau ada yg nak intai. muahahahah.


rupanya dari meetpoint ke entrance hiking RB 2 minit drive je. kalau korang nak park kat lot kedai tu pun boleh. menapak 10 minit leha2 pun boleh sampai ke entrance tu.


moh layan gambar..





burung atau kelawar? cer teka

jawapannya burung! burung layang-layang

hike ke berjoget tu?




Faraidkan harta

dah lama kakyang sakit mata. sakit mata dok tengok dpn rumah bersepah dengan kotak-kotak barang pindah rumah hari tu yg nak letgo kat org, yg nak buang, yg belum decide nak bg org ke tidak sbb sayang, yg nak jual tp malas nak jual. mcm-macam yang lah.

disebabkan dah lama sakit mata tu, masa cuti thaipusam semalam,, kakyang kuatkan hati kemas juga barang2 dpn porch tu. 

kakyang masukkan barang2 kereta abg ke dalam plastik container. buku lama anak2 kakyang sortkan. ada yg dah basah kena hujan. yg masih elok kakyang kumpulkan dan letak dalam container utk bawa ke ofis. barang2 motor si bujang kakyang kemaskan dan masukkan dlm almari lama. pasu-pasu bunga yang bersepah kakyang kumpulkan dan susun kat tepi pagar. kotak-kotak yang dah basah kena hujan kakyang longgokkan setempat. pastu bila si bujang balik, kakyang minta tlg dia kluarkan ke tempat sampah. baki simen buat porch kakyang longgokkan setempat di tepi  dinding. 

haaa baru kemas sikit dpn tu. nanti next time kakyang plan nak kemas lg lebihan longgokan  brg pindah dulu yg belum sempat tengok semua.

buku-buku dan barang yg kakyang nak bg org, terus minta si bujang masukkan dlm kereta. pg semalam kakyang bawa ofis. hari ni baru sempat pamerkan dan lelong dlm group ofis. semua tu kakyang faraidkan free kepada staf yg berminat.

kasut je kakyang jual dgn harga putus sudah kasih sayang. saja letak harga sbb nak bg rela berpisah. kalau bg free, hati dok berkata-kata ish ruginya bg free je kan? hahhahahaa aduhaiii nak bersedekah pun berkira-kira ikhlas ke tidak.

makanya.. semua dah selesai di let go kat semua. tinggal sikit2 je lagi.


2 dari  bawah dah sold. tinggal yg atas tu je

bahagia tengok ada anak yg gembira dgn mainan free


dan yang kelakarnya.. semalam dlm dok kalut-kalut kluarkan container barangan ni dari bonet kereta, kakyang dah terlupa nak tarik kunci kereta. sedar tak ambik kunci pun sbb masa nak balik tu, cari kunci kereta tak jumpa dlm handbag atau kat atas meja ofis. rupanya tertinggal dlm kereta. kesudahnya..kakyang menumpang org balik rumah. pastu mintakan si bujang pickup dari area rumah kawan dgn motor dia.

kakyang tak pernah membonceng motor si bujang. dia dah la keding je. tak yakin dia kuat nak kontrol motor tu kalau kakyang yg gemuks ni membonceng. tp sbb takde solution lain, tawakal je lah.

30 minit perjalanan nak sampai ke rumah penuh dgn debaran dan dup dap dup dap. alhamdulillah.. sampai dgn selamat dan pg td pun minta tlg si bujang antarkan semula ke rumah kawan utk menumpang diorang ke ofis dgn kunci pendua di dalam handbag.

sempat ambik vid membonceng si bujang sebagai memori kemudian hari. hehe


Tuesday, January 4, 2022

Rezeki

Dah  banyak kali kakyang cerita bab rezeki rasanya.  tp hari ni nak cerita lg rezeki yg tak disangka dtg di saat tak terduga. tu yg kena coretkan kat sini. sebagai memori .

bulan ni agak sesak poket kakyang. mana tidaknya, dgn anak minta tukar hp, dgn renew roadtax, dgn anak 2,3x  ulang alik dari johor balik shah alam. dgn kereta meragam. dgn minyak kereta yg agak laju bulan ni. ini maybe sbb condition kereta yg tak berapa cantik tu. tu pun kakyang gagahkan juga keringkan hati drive kereta tu jauh2 pergi kerja hari2 sbb pkkan, kalau p repair, mana nak korek duit nak bayar repair tu?

bill letrik pula mcm naik banyak bulan ni. sbb si kecik balik rumah dan tido beraircond. lampu sentiasa terpasang sbb diorang tido lewat, bila tengok bills, terus kakyang sound anak2 suh jimat apa yg patut.

keep short the long story.. mmg sengkek gila lah bulan ni sampaikan anak bujang minta duit utk beli tshirt dia prepare utk tempat kerja baru pun kakyang suh dia gunakan dulu duit apa2 yg dia dok simpan tu.

mmg betul-betul sengkek doh.

so.. utk cari sedikit duit belanja harian, kakyang mula niagakan semula bahan2 mentah yg kakyang beli utk berniaga. lama terbantut sbb asyik masuk hutan je. create apa je menu dgn apa saja bahan mentah yg tersimpan dlm freezer. alhamdulillah.. dptlah balik sikit duit belanja harian. 

tengah dok kusyuk mengadap pc jap td. staf dari level bawah naik jumpa. staf yg sorang ni akan naik kalau ada ada hal penting shj. orgnya jenis pendiam. bukan jenis ahli mesyuarat tingkap.

bila dia dtg kat partition kakyang, ingatkan dia ada urusan kerja yg nak tanya.

"ada apa bang?" panggilan biasa kakyang gunakan bila berurusan dgn staf yg lebih berusia. hahahaha silap2 orgnya muda dari kakyang. perasan muda boleh tahan kakyang ni :P

"nak bg duit".. dia buka dompet dan hulurkan note 50

kakyang terkebil2 tak faham. duit apa? tabung bantuan banjir kakyang dah tutup. kakyang dah bg pun tabung tu kepada penerima. tak kan la baru nak hulur utk tabung bantuan banjir? nak bagi kat siapa pula baki secoet ni? gitulah pk kakyang 

"duit awak haritu.." dia sambung ayat separuh-separuh
"duit sy? duit apa pula?" kakyang blur lg

"ingat tak duit KKAUM haritu yg awak tak pergi tuntut. sy tolong ambilkan." akhirnya persoalan duit apa selesai.

rupanya itu duit imbuhan kehadiran mesyuarat yg kakyang tak p tuntut tempohari. kakyang ada pesan dgn AJK kesatuan utk tlg ambilkan. tp dia diam je. kakyang ingatkan burn gitu je lah duit tu.

rupanya staf td dah tolong ambilkan sbb kebetulan dia bertugas di situ masa edaran dilakukan.

Allahuakbar.. rupanya masih rezeki kakyang. dan Allah hantarkan rezeki datang masa tengah sesak. jd note yg secoeet td tu dirasakan sangatttlah besar di saat-saat sesak sebegini. Allahuakbar.

Terima kasih Allah! Alhamdulillah


hasil jualan dan rezeki tak disangka hari ni.