Mcm biasa, abis je satu-satu trip, akan muncul soalan next week ke mana? mcm tu lah tiap2 minggu. unless ada trip yg besar dan memerlukan persiapan yg rapi, barulah perancangan lebih details dibuat advance 2,3 minggu. kalau trip-trip santai half day je ni, tak lah perlukan perancangan lebih2 sangat.
last week diorang ajak pergi sini. di momokkan dgn peak yg ada beirut. wahhh.. mmg tak menolaklah kakyang.
hari jumaat, kena migrane. kakyang mula la nak tak nak pergi. bila bangun pagi tu, masih terasa pusing2 lg.
dlm masa yg sama berat hati nak bergerak tu sbb anak kecik kakyang nak balik ke johor petang tu,. jdnya kalau boleh nak lah dok rumah monitor persiapan dia.
tp dlm hati nak juga hiking utk keluar kan peluh. mcm tu lah hati dok berbolak balik 50-50 sampai ke sudah. dlm lemau tu kakyang gagahkan juga pergi memandangkan dah janji dgn uya. lgpun dok pk 1/2day je. layankan je lah.
hike ke bukit lagong ni ikut entrance sebelum ke taman eco rimba bukit lagong. sebelah kiri ada entrance powil. ikut je trek tu sampai ke check view point di atas tu. 1 jam leha2 pace siput kakyang ni. mula2 tu trek landai je. bila nak menghampiri ke view point, barulah memacak sedikit dlm 45 darjah je. viewpoint dia lapang. dan ada view.
lepas rehat dan bergambar sekejap kat situ, kami teruskan perjalanan hunting beirut. di sebelah kanan viewpoint ada entrance naik. trek mula2 agak jelas, pastu mula menghilang di sebalik pokok2 bertam. hanya berpandukan map apa entah member kakyang guna, kami mencari jalan ke 'peak'. bayangkan merintis jalan tanpa parang. hmmm mencabar juga. nasib baik tak berresam hanya pelepah2 bertam yg kering. boleh lagi di pijak2 utk lalu. bila dah sampai 'peak' yg dituju, bayang beirut tak kelihatan. kakyang mula x sedap hati. dari gambar yg diorang bagi, beirut bukit lagong berresam. ni secoet resam pun tak nampak kat peak yg kami sampai. kakyang buka strava. view map dari situ. dpt detact lg 1 peak lain yg lebih tinggi tak jauh dari peak yg dah kami sampai.
kakyang n team heading ke situ pula. dah sampai peak baru pun tak nampak bayang resam dan beirut. ait... salah peak kah? kakyang mencadangkan abg2 sado utk keliling peak tu bg mencari beirut. mana tau kot2 dah tersorok.
sambil2 tu kakyang besarkan lagi maps strava. kakyang tak puas hati. dah sampai peak, tp takde beirut. cari punya cari.. rupanya ada lg 1 peak lain yg lebih tinggi. bila kira jaraknya dari peak yg kami berada, lebih kurang 1km ke timur laut. huhuhu
memandangkan dah ada yg cramp, dan tanpa sebarang parang utk menebas, kami sepakat abort pencarian puncak bukit lagong.dan terpaksa berpuas hati setakat itu shj. bawalah balik semula signboard peak yg tak jumpa.
moralnya.. next time bawa parang/pisau. next time cari gps betul2. jgn main terjah gitu jer tanpa log peak yg sebenar. hehehe
team akan kembali ke sini utk melengkapkan misi pencarian peak lagong
No comments:
Post a Comment