Friday, November 8, 2019

Trans Sri Menanti

ada kawan hiking kakyang ajak ikut rintis gunung kat sri menanti, N9. since dia dok tnegok kakyang komen nak ikut nak ikut di gambar2 gunung dia di fb.

mmg kakyang teringin nak merasa dan melihat sendiri mcm mana merintis trek gunung ni. so bila org dah ajak, kakyang terus terima wpun masa tu sebenarnya anak kecik kakyang ada di rumah. biasanya kalau dia ada/balik, kakyang mmg akan cuba elak masuk hutan sbb nanti kakyang kena hantar dia balik asrama.

memandangkan ofer mcm ni bukan senang2 nak dpt, kakyang terus discuss dgn anak kecik dan alhamdulillah dia memahami minat ibunya dan benarkan kakyang ikut trip rintis. terus kakyang buat arrangement utk dia balik asrama dgn sepupu kakyang.

terima kasih anak ibu!

subuhnya, nazir dan jimmy dtg park motor di rumah kakyang dan kami gerak ke SM dng kereta kakyang. sampai di masjid SM, solat subuh dan berkumpul. dari ramai2, end up hanya kami ber5. dan gegel hanya kakyang seorang. dlm hati dok pk nak proceed ke tidak nih? memandangkan kalau kakyang balik, jimmy/nazir nak balik mcm mana? kakyang decide to proceed as planed.

kami mula naik dari gunung jono. lepas park kereta kat luar kem sri pilah kami mula gerak mendaki entrance Gujung Jono yg terletak sebelah kiri jalan sekitar jam 10pg. trek awal dah mula dgn pacak. trek agak bersemak sbb jarang dimasuki org. pacat banyak jgn ckplah. selepas 3 jam perjalanan santai2 sambil bergambar di beberapa tempat menarik, kami sampai ke puncak Jono. Rehat sekejap dan terus sambung perjalanan ke bukit sangkar puyoh yang hanya ambil masa 20 minit perjalanan dengan trek yg agak landai..

Dari situ kami mula merintis dan menebas semak menuju ke Bukit Machat. Perjalanan sambil menebas mengambil masa 40 minit.

Dari Machat, kaki sambung merintis ke Bukit Payong.  Menurut Jimmy, ada sebahagian trek jupem di situ.  bukit ulu pilah, bukit rambai dan berakhir di gunung pasir.



then sambung ke bukit ulu pilah. sampai dipeak ulu pilah dah lewat petang. kami beberapa kali pusing-pusing di coordinate yg dikatakan peak ini mencari signboard yg dikatakan telah diletakkan di sini. bila gagal mengesan sebarang tanda, kami decide tuk bermalam kat situ. di snilah 1st time kakyang bermalam di kem yang fresh. yg baru di tebas2 dan jd tempat bermalam. nasib baik jimmy bawa hammock, kakyang tido hammok, manakala yg lain di bawah fly. bermalam di situ, sejukkany nauzubillah. 

paginya, misi mencari peak sebenar diteruskan. ada kekeliruan sikit. bila  sign board lama tu letaknya bukan di titik tertinggi peak. so kami letak signboard baru dan marking peak sebenar.  kemudian perjalanan diteruskan ke bukit rambai yg sangat semak dengan resam yang tebal dan permatang. kat sinilah jimmi, abg dill kena penyengat. kakyang di belakang sekali terselamat bila diorang menjerit suruh divert ke arah lain. dlm dok berjalan atas resam tu, tiba2 sham pula menjerit minta lari bila tiba2 dia nampak coral snake melintas atas kaki kakyang. bila tahu ular, punya la menggelabah mana? mana? phiewwww tanya mcm berani kan? huhuhu

perjalanan diteruskan lagi hingga ke gunung pasir. luch di sini sambil perperang dgn pacat. masa ni pacat ke apa ke, tak heran dah. nak naik sedut kat mana pun, naik lah nak.. tak kuasa dah macik nak pedulukan ko.

selepas bergambar rehat dan bergambar final trans sri menanti, kami mula gerak turun dari gunung pasir. rupanya trek gunung pasir agak mencabar di penghujungnya. ada trek yg agak pacak kena panjat tebing. mengah tak sangka. turun dari tebing tersebut, trek ke hujung agak landai dah. tp tetap kena hati2 sbb trek gunung pasir sangat  berpasir. silap2 pijak, boleh gelongsor tergelincir.

bila nazir bgtau dah dekat exit, kakyang dah lega dah. yeaaaa dah nak kluar! kakyang dah boleh off-guard. dan memperlajukan lagi kelajuan menyiput.
tiba-tiba....
brupppppp.. kakyang terpijak kayu mati dan terlentang ke belakang. tangan kanan menompang  badan ketika jatuh. kakyang terdiam sekejap. sakitnya bukan kepalang. tangan kanan injured teruk. tak tahu tahap mana. tp sakitnya nauzubillah. sham tlg angkat bangun, tangan yg sakit ditompangkan dgn pouch bag, perjalan yg berbaki 10 minit lagi diteruskan hingga sampai ke exit point di kolam ikan.

nasib baik lah nazir/jimmy yg drive. kalau kakyang dtg seorang time tu.. jenuh nak drive dlm sakit2 tu.

makanya.. selesailah satu permulaan xtvt pengalaman rintis pertama bagi kakyang yg berakhir dgn tragedi jatuh. huhuhu

ps.. since trek ni dah di viralkan baru-baru ni (oct 2021) dan dah dikomersialkan, makanya dptlah kakyang tambah sikit2 gambar lain. asalnya kami rahsiakan perkara ini untuk elak kontroversi.

konsepnya...gerak diam2 suda.. yg tahu je tahu. nak havoc2 tu bg org lain lah. 


kait rambutan dulu sebelum mula hiking

jambul siapa tu?



spot menarik di gunung jono.

gunung pertama TSM

biar the men yg buat percaturan. 

1st bukit. hanya 10 minit dari puncak jono

namanya gitu. adakah sbb banyak pacat?

teropong sendiri apa nama bukit ni. hahaha

tak terkejar dgn abam2 padu nih. trek balak menuju Ulu Pilah

take 5 di trek balak  lama

dah dpt port utk bermalam. Jimmy namakan kem bayu bunian

kem dah siap. boleh rehat2 sambil sembang2

bukit ulu pilah. gunung ka bukit? signboard asal lari dari puncak sebenar

gunung ka bukit?

bukit rambai

lunch di gunung pasir

TSM completed!

teropong apa tu

celah akar banir buat kenangan
dah kena penyengat

Gunung Pasir

Dah menyandor..penat menebas ke tiewww

log trekking membentuk C

hasil binaan mengisi masa menunggu. hahaha
menunggu skuad peninjang waterpoint


celik2 mata terus kluar mencari signboard lagi..haru aih

dpt ranting kering pun jdlah  buat penawar penat

Bukit Payong

betul ke ?

apa2 je boleh jd props dik non..



6 comments:

ardis said...

Salam, hai. boleh saya dptkan sedikit info mengenai trek trans sri menanti ni?

Unknown said...

Boleh tak kita, hiking tanpa guide di tran sm ni

KakYang said...

@ardis..
nak info yg mcm mana? kalau log gps sy takde. sbb log tu semua urusan members.

@unknown..
tak digalakkan tanpa guide. kalau dah biasa buat xtvt rintis atau masuk hutan berpandukan log mapping gps. insyaallah boleh. tp jgn solo sbb kawasan jrg org masuk.

Tun said...

Salam. Boleh saya dapatkan kontek no ketua projek rintis ni tak?

Unknown said...

Terbaekk la kak yong bukan biasa2 ni hehe

Unknown said...

Boleh dpt no tel. guide