sekadar gambar hiasan |
td kakyang baca berita. berita pasal polis serempak dgn motor lebih muatan. (naik ramai2 anak branak). kemudian polis hantar anak bini org tu ke destinasi yg dituju.
dah banyak kali berita mcm ni diviralkan. kisah ibu/bapa yg sanggup bawa anak2 naik motor utk balik kg atau ke mana2 tempat lain ramai2 mcm ni. kalau anak seorang, ok lah. ini dah 3 org, campur mak ayah, dah 5 org kot. tak bahayakah?
selalu kakyang terfikir. kenapa diorang nak abaikan aspek keselamatan? bukankah lebih selamat jika travel dgn kenderaan awam. mmg lah susah naik turun kenderaan awam berkali2. tp bukankah cara itu lebih selamat?
tp mungkin ada perkara mendesak lain yg menyebabkan diorang menimbangkan naik motor ramai2 mcm ni adalah solution yg terbaik. semoga allah permudahkan perjalanan diorang.
tp mungkin ada perkara mendesak lain yg menyebabkan diorang menimbangkan naik motor ramai2 mcm ni adalah solution yg terbaik. semoga allah permudahkan perjalanan diorang.
dulu. masa kakyang masih kecik. kenderaan yg abah ada hanyalah motor kapcai lama. tak ingat pula boon siew ka apa. yg kakyang ingat warna biru putih. abah dok guna utk urusan harian.
disebabkan kami bukan org senang, mmg takdelah aktiviti travel bersama keluarga beramai2. the only activity travel yg ada cuma balik kg. pd kami, itu kira mcm dah pergi melancong. haha
bila tiba musim perayaan mcm ni, kalau nak balik kg abah yg terletak tak jauh dari rumah kami, kami akan ramai2 mengekor membontoti mak jalan kluar masuk kg org utk sampai ke rumah tok. keluar masuk kampung org, seberang tali air, lalu ban bendang, pastu jalan pula atas tambak tali air/sungai, barulah sampai rumah tok yang terletak di tepi kuala sungai.
kadang2 kalau rajin, sementara nak sampai rumah tok, mak akan singgah2 rumah sedara mara yg ada berdekatan dgn jalan yg dilalui utk say hai hai bye bye.. kadang2, tanak singgah pun. tp bila dah lalu dpn rumah sedara, sedara nampak dan menyapa, tak kan lah nak buat tak tahu pulak kan. hehe
kalau nak balik kg mak yg jauh kat anak bukit tu, kami tak balik kg naik motor. mana nak muat dik
oiii.. kami adik beradik ramai. seawal ingatan kakyang, rasanya masa tu kami dah 5 beradik.
solutionnya, mak bawa kami balik kg naik bas. bas loncat2. adik yang paling kecik mak kendong sebelah, lg sebelah sandang beg baju, abg/kakak yg paling besar tlg bawa beg baju/beg brg lain, sambil2 pimpin atau pantau adik2 yg lain.
makanya.. beramai2 lah kami ikut belakang mak jalan p stesen bas kg. bila sampai kat pekan logstaq, beramai jalan belakang mak lagi p ambik bas lain ke kampung mak pulak. bila sampai kat hujung kampung mak, ikut bersusun jalan lagi masuk kg kluar kg menuju rumah tok pulak. mcm selalulah. kadang2 singgah say hai hai bye bye kat rumah sedara dulu, kadang2 nonong terus ke rumah tok.
macam tu lah setiap kali balik kampung beraya atau setiap kali balik kampung mak abah.
kalau korang nak bayangkan, bayangkanlah mcm mak itik bawa anak2nya jalan. haaa mcm tu lah.ðŸ¤