Tuesday, April 23, 2019

#ceritatentangkenangan

pg td singgah kedai mamak. tapau nasi lemak. tengah cedok2 sambal,mamak menyapa sambil senyum semanis gula..
"apa khabar kaka.. lama tada nampak"
kakyang sedekahkan senyuman sambil sahut baik-baik..
"abg mana? ada sihat ka?"
aduhaiiiii... 
"abg suda 2 tahun tada.." mulut sahaja terkumat kamit, tp suara tak terkeluar.
mamak pun hilang suara. senyum2 serba salah sedar sudah tersalah tanya.
ini sebabnya kakyang malas nak singgah2 lagi kedai2 yg biasa kami pergi. tanak hati dan mata berkaca-kaca mengocak segala memori.

sebenarnya itu bukan utk hari ni saja. entah kenapa sejak beberapa hari lepas, hati dan mata kakyang berkaca-kaca sentiasa. semalam sepanjang perjalanan dlm flight balik dari KTM, mata kakyang x putus2 berkaca.

beberapa hari berada di KTM selepas berjaya xpdc EBC, kakyang melayan hati juga. terasa bagai abg masih ada. tp bila akal menyedarkan yg kenyataannya, hati mula berkaca-kaca.


sunyinya hati tanpa dia

semoga allah tempatkan dia bersama para solihin


AlFatihah

No comments: