Monday, April 29, 2019

Everest Base Camp Checked!

ada org pm kakyang dan tanya..
"kak.. kak.. ko tak lepas ebc ke kak? diam je.."
kakyang gelak jer
malas nak bg press statement.
kepochi tahap gaban ko yer dik...
boleh tahan nak membawangkan akak
dah takde bahan nak membawang la tiewwww..


alhamdulillah...
akak manage sampai ke ebc tu dik
biar patah sayap bertongkat paruh
melangkah tetap melangkah

"abistu, kenapa ko tak tayang pun gambar2 kat fb ko kak? selalu ada jer update"
eh... ada soalan susulan rupanya.

akak malas nak riuh2 dik
penat berjalan x abis lg
lgpun gambar beribu keping
sampai x tahu mana satu nak tayang
semua ada 1001 satu cerita nak diceritakan

pelan2 ye dik..
nanti akak up gambar2
utk adik..
nak akak tayang teaser sikit
harap puas hati






Tuesday, April 23, 2019

#ceritatentangkenangan

pg td singgah kedai mamak. tapau nasi lemak. tengah cedok2 sambal,mamak menyapa sambil senyum semanis gula..
"apa khabar kaka.. lama tada nampak"
kakyang sedekahkan senyuman sambil sahut baik-baik..
"abg mana? ada sihat ka?"
aduhaiiiii... 
"abg suda 2 tahun tada.." mulut sahaja terkumat kamit, tp suara tak terkeluar.
mamak pun hilang suara. senyum2 serba salah sedar sudah tersalah tanya.
ini sebabnya kakyang malas nak singgah2 lagi kedai2 yg biasa kami pergi. tanak hati dan mata berkaca-kaca mengocak segala memori.

sebenarnya itu bukan utk hari ni saja. entah kenapa sejak beberapa hari lepas, hati dan mata kakyang berkaca-kaca sentiasa. semalam sepanjang perjalanan dlm flight balik dari KTM, mata kakyang x putus2 berkaca.

beberapa hari berada di KTM selepas berjaya xpdc EBC, kakyang melayan hati juga. terasa bagai abg masih ada. tp bila akal menyedarkan yg kenyataannya, hati mula berkaca-kaca.


sunyinya hati tanpa dia

semoga allah tempatkan dia bersama para solihin


AlFatihah