kakyang bukan nak promote
saja nak cerita bab proses sspn anak2 kakyang
dulu almarhum abg buka acc sspn ni utk anak2
kononnya sbb kerajaan kata sapa nak buat pinjaman ptptn utk anak nanti, mesti ada no acc ni
jd bila almarhum abg meninggal
kakyang dpt tau boleh claim khairat kematian
so pergila la kakyang menebalkan muka kat ofis sspn tu utk buat tuntutan
bila dah jumpa consultant sspn tu baru dpt tau beberapa info:
1-org yg buka acc sahaja yang boleh tuntut waive tax. maknakata wpun almarhum abg yg buka acc tu, tp yg dok boh duit dlm tu bulan2 adalah kakyang. kakyang x boleh gunakan acc tu utk claim dlm incometax. hanya abg yg layak claim sbb acc tu dibuka atas nama abg sebagai pendeposit.
2-ada 2 jenis acc. sspn biasa (mula2 launcing dulu) dan sspn ipluss (yg sekarang dan berinsurance)
sspn biasa - jika berlaku kematian pd pendeposit, waris layak tuntut khairat kematian. tp.. syaratnya acc ni perlu ditutup terlebih dahulu. sspn akan gandakan nilai simpanan dan refund kepada waris. eg: katakan dlm acc anak kyang tu ada RM1000, makanya sspn akan refund RM2000 ke acc waris.
sspn iplus - simpanan berinsuran serendah RN30 rasanya. dgn insurans cover RM40k jika berlaku sebarang kejadian kepada pendeposit. saving banyak mana dlm tu pun, dia akan bg nilai insurans tu. yg ni utk pekej insurans takaful RM10/mth. kalau yg RM20 permonth tu, akan cover sampai 120K rasanya. kakyang ambik yg RM/mth je. sbb rasanya tu pun dah banyak kot tolak p ke insurance sahaja dah 120 setahun. huhuhu
so kaedahnya sekarang, kalau kakyang nak tuntut khairat tu. kyang perlu tutup acc yg abg buka. dan kakyang buka baru yg sspn iplus untuk anak2.
buka acc baru tu kakyang dah buat sebulan lalu. borang penutupan kakyang baru submit jumaat lepas kat sspn amcorb. katanya makan masa juga nak proses sbb dia hantar borang tu ke s/alam dulu. pastu baru ke HQ ni KL. kenapa nak patah balik p mai p mai tang tu pun tak tau lah.
mcm mana cara tutup acc?
senang je. abik borang penutupan di kaunter sspn, isi dan lampirkan bersama dokument2 sokongan yg lain
-sijil kematian
-sijil nikah
-copy ic pendeposit
-copy ic waris
-copy statement bank waris-utk proses refund
cara buka acc:
bawa ic pendeposit je ke kaunter sspn. isi borang. pilih pekej mana nak. bayar deposit simpanan 2 bulan. done!
senang kan?
moralnya: buka je lah acc sspn tu utk anak2. sambil2 kita saving utk pelajaran diorang tu, masa depan anak2 terjamin juga dgn saving yg kita bakal tinggalkan pd diorang.
utk org yg dah mula kena tax income ni. tu boleh juga kita tuntut tax waive dari situ. ye dak?
No comments:
Post a Comment