Monday, August 7, 2017

Gunung Nuang: My will power never disappoint me!

alhamdulillah, tanggal 5 Ogos  2017, at 1.15pm, kakyang berjaya menjejakkan kaki ke Puncak Nuang!

Kena tulis betul2 tarikh keramat ni sbb ni adalah satu-satunya gunung yg kakyang decline banyak kali utk naik bila di ajak. (so far lah 😝).  Berapa kali dah member kakyang ajak naik gunung ni. tp bila baca dan dengar review betapa hazabnya gunung ni wpun rendah, kakyang kecut perut.

sehinggalah tiba selepas balik dari ABC sebelum puasa hari tu, hati kakyang tiba2 teringin sangat nak ke sini. ingat nak naik sebelum puasa, x jadi. tertangguh. tp bila adik yg kakyang ajak mula2 tu ofer diri semula utk bawa naik, terus tak menolak lagi kali ni.

mlm sebelum bertolak tu kiera pulak kata dia abc. alamak, x jd ke? bila tanya nak on ke tidak, dia terus jwb ON!. alhamdulillah...

pagi tu, kakyang pula kena purging!  aduhaiiiii.. 3x kluar masuk tandas. sampai dah dekat langat pun dok masuk tandas lg. dah la x cukup tido. tido 2 jam je mlm tu. breakfast light sangat. purging. terbaiklah.

kakyang bukan apa, takut tetiba lowblood je. kalau terkena lowblood, mmg akan pitam lah sepanjang jalan.

seawal 4.30 kami dah sampai kat simpang langat. mula2 dah tersalah jalan masuk ke simpang kanan. endah ke kg mana kami sampai. bila tengok mcm takde jln jer, terus kami kluar semula dari situ dan tunggu di depan masjid kat luar tu.

kemudian, nazam dan tuan razman sampai, baru kitorang follow kereta diorang masuk ke parking yang betul.
kami berpandukan map ni utk trekking nuang. helpfull sangat. boleh budget
timing ke puncak. ehsan google

lepas parking, ambik brg apa yg patut, register dgn ranger, kul 5.10am kami gerak naik. mula2 jalan mendatar je. ada la naik turunnya tu. kami sampai ke kem lolo bawah tu dlm kul 6.45am. tuan razman tunaikan solat subuh jap. time tu la kakyang rasa nak shishi pula.. cari2 port, lastnya turun ke tangga bawah tu dan weewee. kiera jd menara peninjau kat atas. sbb area tu mcm takde kawasan terlindung sangat.
gerak naik dlm gelap
kemudian, dlm kul 7am, kami gerak teruskan perjalanan. kali ni dok set sesama kami. kita aim kem pacat ye.. pokok rapunzel tu.
pnjat dik jgn x panjat

jalan dari kem lolo ke kem pacat mula menaik. semuanya menaik. tp manageable lg utk daki. nazam rajin setkan marking. dia kata nanti kat dpn kita cari papan tanda kuning. sambil bgtau agak2 berapa lama perjalanan. cari cari tak jumpa. lastnya sampai satu port yg lapang sikit, kami buka dapur haram jap bila tengok muka masing2 dah keletihan.

lepas pekena kopi sedas, kami sambung perjalanan ke kem pacat. sampai dlm kul 8am. bergambar jap kat pokok landmark kem tu. lepas dah tarik nafas, kami teruskan lg ke kem pengasih. aiming kem pengasih je. mulut tak abis2 ckp, kul 1, sampai kat mana, kat situ kita turun semula ye..

bermula dari kem pacat ni lah trek mencanak naik je. lutut bertemu dagu. naik batu, akar, tanah merah licin. tu cara x hujan. kalau hujan, kakyang tak tahu nak hadap trek tu mcm mana. hazab oiii. dgn bawa beban lg. boleh pewai der. takde gambar tang ni. tak larat dah nak angkat hp utk ambik gambo. huhuhu

lastnya kami sampai ke pengasih dlm kul 12.15pm. tuan razman ada cubaan meracun kami utk turun semula memandangkan kul 12 baru kat pengasih. dia takut kami akan lambat ke puncak. nazam kemudiannya buka hp dan tengok semula map. sambil baca trek akan menurun sekejap, kemudian baru menaik semula. estimated 30 minit pace org biasa. pace mak jemah ni mau 45 minit lebih kurang. kakyang pula tanya org yg baru turun dari puncak. trek mcm mana?  pacak mcm nak ke pengasih, atau senang sikit?  rata2 jwb, senang sikit.

bincang punya bincang, lastnya kami sepakat. we go to puncak!

terus kami angkat bonteto, dan gerak. dlm pada masa yg sama, sempat kami ajak 2 org adik dari group lain yg dah pewai utk ikut sekali. jom dik. pelan2 ikut akak. mesti boleh punya.

pelan2 kami bergerak. wah! trek menurun, sedap je melangkah, pastu menaik balik. tp tak lah sepayah dan sepacak nak pengasih. akhirnya tepat kul 1.15pm kami dah sampai puncak nuang!

alhamdulillah.. gunung yg menakutkan kakyang selama ni dah berjaya di tawan!

sempatlah berposing kejap dgn tupai yg jinak kat atas tu. makan ration beriani yg tuan razman bawa. tepat kul 2pm, kami gerak turun semula. sampai ke lolo dlm kul 7pm. dari lolo keluar ke parking dlm 8.30pm. masa balik ni, terasa jln balak tu jauhnya... kepenatan punya pasal. hehehehe

otw balik singgah makan jap. konon nak belanja diorang, end up, kakyang yg dibelanja. huhuhu.
sampai je kat rumah, campak semua brg hiking ke tepi,  terus masuk tido. letih ya amat. tp sempat mesej abg bgtau "i tido dulu. kepenatan. trek kejam. "

hahahaha


posing senyum jer. kang menapak balik, mencuka!

semangat! semangat!


pokok rapunzel ni tepi kem pacat jer rupanya. selama ni ngatkan
kena menapak keluar dari trek


buat profile cun ni

sejengkal. besar jari kakyang



kem lolo. rehat ambik napas jap

rumpun buluh banyak antara lolo ke pacat





sibuk nak manjat juga. tp takut nak berdiri tegak sbb licin!





No comments: