Monday, August 28, 2017

Cerita kenduri kawin lg

sabtu dan semalam kenduri kawin sepupu abg.
sabtu nikah, ahad kenduri kawin.
as usual, tugas kakyang siapkan hantaran.
tema kali ni coklat. dah sudah, barang2 hantaran pun warna coklat. end up, hantarannya tak berapa menyerlah. nasib baik lah kakyang gunakan bunga kuning dan riben kuning, kalau guna coklat juga, mau dull terus.







cantik tak hasil gubahan kakyang? hehehe
cerita hari nikah
abg jadi saksi nikah
abg pula tengah tak sihat sangat, khemah punya lah panjang, sampai abg kena jalan kaki jauh dari luar. jenuh memapah. terhoyong hayang jalannya pun.

sampai kat rumah makcik, dudukkan abg kat sofa. sementara tunggu kadi sampai. bila dah semua pihak pengantin penuhkan ruang tamu rumah makcik, mmg padatlah. tu pun tetamu2 utama je dlm tu.
kakyang masa tu dok berdiri tepi sofa. standby utk tolong abg ke area tepi kadi jap lg.
tetiba dtg sorang sedara dari pihak pengantin lelaki ni, masuk dan selamber je dok dpn abg. bila dah mcm tu, umpama dok celah kaki abg lah. abg yg dok kaki agak terbuka td, terpaksa mengepitkan kaki dia. pastu kakyang ternampak pula makcik ni selamber je letak celah ketiak dia atas lutut abg. 
dlm hati kakyang terdetik. eh, makcik ni. selesanya dok kepit kaki laki aku. since abg tak ckp apa2, kakyang perhatikan je.

so, bila kadi dah sampai, abg kena la p duduk tepi pengantin as saksi. kakyang pun tepuk la makcik td tu dan bgtau minta laluan kejap.
makcik tu boleh tunduk kan badan je sambil kata lalulah.
kakyang dah tahap angin ngan makcik ni.
"kena bangun chik, suami saya ni sakit, tak boleh nak langkah2 org"
baru lah makcik tu bg laluan besar sikit.

masa dok tepi pengantin, kakyang pesan adik ipar kakyang suh ubah lampu pelamin tu ke hala lain sikit. lampu tu dok suluh abg dia (abg ). mesti abg kepanasan dan tak selesa. bila adik ipar kakyang ubah je, makcik abg (ibu pengantin) terus ckp, lampu tu nak suluh pelamin. nanti x berseri la anak dia.

huaaaa.. dlm hati kakyang, ada aku kisah?  anak buah ko kepanasan ko tak kisah pun. dah la laki aku tu tengah sakit. panas2 mcm tu, kang lg panas lah dia.

sattle semua nikah. abg dok kat luar. bawah khemah. makan tanak, minum tanak. org sakit kan. serba tak kena lah. yg sedara mara abg pula rajin nor bertanya. ko kenapa man? tanak mkn man? tanak minum?  ko sihat? ko nak baring tak? ko nak makan? ko nak minum? ko tak sihat? ko nak baring? 

soalan yg sama berulang2. tak faham2 bahasa diorang ni. kakyang dah penat nak buat senyum fake. senyum dah nak jd menyinga
dah la aku ni kena kontrol sabar ngan anak buah ko, nak kena mengadap soalan2 korang yg tak faham2 keadaan laki aku lg. 
penat sungguh.

pastu bila abg ckp nak balik je, terus kakyang bgtau, i teman u balik sekali. huh! lega tak yah nak mengadap soalan2 diorang lg.

Cerita hari kenduri.
makcik abg minta kami adik bradik tlg2 tengokkan apa yg patut dgn kenduri dia. since ramai dah yg ambik tahu dan kakyang pun dok mengadap masalah dgn abg dan soalan2 yg sama mcm semalam, kakyang takde hati nak menolong. takde mood.

sesekali je kakyang ambik port bab goodies. tu pun sbb benda tu dpn mata kakyang.
makcik abg punya lah mencatu goodies. goodies tu ada pula hat ni utk lelaki, hat ni utk perempuan, hat ni utk yg bg duit, hat ni yg x bg, hat ni utk vip, hat ni utk penanggah. mcm2 
pastu kakyang tanya la, goodies utk keluarga pengantin ni bila nak bg. makcik kata bila diorang dah nak balik.

tetiba makcik melompat kecoh bgtau dah ada family pengantin lelaki yg balik. tak dpt goodies lg. baru kelam kabut suh p hulur. kakyang hangin, angkat goodies vip, terus p letak atas meja depa tengah makan terus
bg awal2 kan senang. jgn la dok tunggu depa mai salam baru nak bg.

pastu bila abg mesej tanya bila nak balik, kakyang terus minta tlg anak buah hantar balik rumah. dgn alasan abg kat rumah x sihat. nak balik jaga
phiewwwwww selesai lg satu masalah.

mlmnya, adik ipar n biras kakyang balik dgn 1001 review, goodies tak abis banyak. beratus. itu ini ect ect.

haaaa tu la. mencatu lg. end up, banyak benda tak bg kat org.

dan lg sekali dlm sejarah, kakyang tak bergambar dgn pengantin. kali ni sekeping gambar pun kakyang tak ambil/selfie. kakyang tak mau penuhkan memori hp dgn gambar yg kemudiannya kakyang nak delete. satu kerja pula kan.

oh lupa nak bgtau
cerita makcik yg sibuk menyelit duduk dpn abg hari nikah tu.
abg report ke kakyang
rupanya makcik tu boleh sandarkan tetek dia ke kaki abg.
ni kes masa kakyang nampak dia letak tangan atas lutut abg tu lah
kakyagn tergelak masa abg cerita
abg marah.
abg kata org tu kuajaq kot boleh relex sendeng tetek kat dia. dan kakyang boleh gelak pula.

oppsssss
huhuhu


Friday, August 18, 2017

Terapi mental

kakyang craving sangat tomyam air tangan sendiri
nak masak kat rumah, takde org nak layan makan
semalam tetiba tiba idea masak je kat ofis. ramai boleh tumpang makan
makanya berkomplotlah kakyang dgn kwn2 kat Level 4 ni.
tetiba t/hari td, kwn2 bgtau tak boleh nak tlg masak.
diorang ada jemputan makan kat luar
kakyang mcm errrr... hampessss
tp ada aku kesah?

tepat kul 12 td, kakyang masuk pantry dan singsing lengan baju siapkan menu
maka terjadilah tomyam campur dan telur dadar
jeng jeng jeng...
sebesen gedabak. hidup sampai kembung


Wednesday, August 16, 2017

i'm Gone



kalau ada yg nak merintih mcm ni lepas kakyang xde nanti
kakyang akan ucap padan muka!
muahahahaha

Berfikir sebelum Enter

pg ni tetiba kakyang termelenting on behalf
on behalf hokeyy
sbb bukan hal kakyang pun
tp tetiba kakyang tumpang menyirap pula

alkisahnya
member kakyang tempek jemputan kawin dia kat group
maka berduyunlah member wish dan congrate her
dlm banyak2 member ni, termasuklah satu mangkuk hayun ni
asal dia menaip jer mesti ayat2 dia sinis or bangga diri
bila kena part org, ayat sinis lah keluar

"A(bukan nama sebenar) kahwin lain ke?"
"Wow.....superb kawan kita. Dpt honeymoon lg sekali"
"Perkahwinan yg ke brp ni A."

nampak tak ayat2 dia mcm mana?
yg last tu kakyang rasa plg tak sesuai kot nak tanya openly kat group
cer la pm kawan tu terus. tanya la soalan apa nak tanya pun
ko tanya open mcm tu, mcm nak aibkan org

huh!

eh, aku pulak yg lebih2 eh?
wakakakaka

Tuesday, August 15, 2017

A mistake

Did i make a mistake?
NO
it NOT a mistake
i PURPOSELY did it
i fully BARE the consequences
i will firm with my DECISION
FIRM

Break

i need 6 months break. 2x a year

Monday, August 14, 2017

Friday, August 11, 2017

Rasa Hati

Nak nangis.
nak pinjam bahu..

climax

semalam kakyang nampak sesuatu.
sesuatu kepada yang apa kakyang cuba pertahankan
dan cuba percayakan

tp selepas kakyang nampak ketidaktulusan di situ
kakyang set mind untuk letak titik.
tak perlu lg tertanya2
tak perlu lg berteka teki

titik
.

Tuesday, August 8, 2017

Dia datang lg

sehari 2 ni dia dtg lg
dtg tanpa di nanti
bergenang2 di tepi
menarik hati utk sama kesisi

Faham ke idok?


Merenung luar jendela

sambil dok tunggu makcik cleaner siapkan mop lantai tempat kakyang,  p dok tepi tingkap sambil merenung luar jendela.

dok pandang kosong kereta lalu lalang di jalan bawah. pastu perasan muka kakyang mencuka. terasa otot mulut tertarik ke bawah.

cuba senyum. bila senyum terasa air mata keluar.
relaxkan balik otot tu. mulut jd masam semula. hati rasa sedih

tarik semula otot muka. senyum. air mata keluar.

2,3 kali kakyang buat mcm tu. still sama

ait.. pelik tak?

Monday, August 7, 2017

Gunung Nuang: My will power never disappoint me!

alhamdulillah, tanggal 5 Ogos  2017, at 1.15pm, kakyang berjaya menjejakkan kaki ke Puncak Nuang!

Kena tulis betul2 tarikh keramat ni sbb ni adalah satu-satunya gunung yg kakyang decline banyak kali utk naik bila di ajak. (so far lah 😝).  Berapa kali dah member kakyang ajak naik gunung ni. tp bila baca dan dengar review betapa hazabnya gunung ni wpun rendah, kakyang kecut perut.

sehinggalah tiba selepas balik dari ABC sebelum puasa hari tu, hati kakyang tiba2 teringin sangat nak ke sini. ingat nak naik sebelum puasa, x jadi. tertangguh. tp bila adik yg kakyang ajak mula2 tu ofer diri semula utk bawa naik, terus tak menolak lagi kali ni.

mlm sebelum bertolak tu kiera pulak kata dia abc. alamak, x jd ke? bila tanya nak on ke tidak, dia terus jwb ON!. alhamdulillah...

pagi tu, kakyang pula kena purging!  aduhaiiiii.. 3x kluar masuk tandas. sampai dah dekat langat pun dok masuk tandas lg. dah la x cukup tido. tido 2 jam je mlm tu. breakfast light sangat. purging. terbaiklah.

kakyang bukan apa, takut tetiba lowblood je. kalau terkena lowblood, mmg akan pitam lah sepanjang jalan.

seawal 4.30 kami dah sampai kat simpang langat. mula2 dah tersalah jalan masuk ke simpang kanan. endah ke kg mana kami sampai. bila tengok mcm takde jln jer, terus kami kluar semula dari situ dan tunggu di depan masjid kat luar tu.

kemudian, nazam dan tuan razman sampai, baru kitorang follow kereta diorang masuk ke parking yang betul.
kami berpandukan map ni utk trekking nuang. helpfull sangat. boleh budget
timing ke puncak. ehsan google

lepas parking, ambik brg apa yg patut, register dgn ranger, kul 5.10am kami gerak naik. mula2 jalan mendatar je. ada la naik turunnya tu. kami sampai ke kem lolo bawah tu dlm kul 6.45am. tuan razman tunaikan solat subuh jap. time tu la kakyang rasa nak shishi pula.. cari2 port, lastnya turun ke tangga bawah tu dan weewee. kiera jd menara peninjau kat atas. sbb area tu mcm takde kawasan terlindung sangat.
gerak naik dlm gelap
kemudian, dlm kul 7am, kami gerak teruskan perjalanan. kali ni dok set sesama kami. kita aim kem pacat ye.. pokok rapunzel tu.
pnjat dik jgn x panjat

jalan dari kem lolo ke kem pacat mula menaik. semuanya menaik. tp manageable lg utk daki. nazam rajin setkan marking. dia kata nanti kat dpn kita cari papan tanda kuning. sambil bgtau agak2 berapa lama perjalanan. cari cari tak jumpa. lastnya sampai satu port yg lapang sikit, kami buka dapur haram jap bila tengok muka masing2 dah keletihan.

lepas pekena kopi sedas, kami sambung perjalanan ke kem pacat. sampai dlm kul 8am. bergambar jap kat pokok landmark kem tu. lepas dah tarik nafas, kami teruskan lg ke kem pengasih. aiming kem pengasih je. mulut tak abis2 ckp, kul 1, sampai kat mana, kat situ kita turun semula ye..

bermula dari kem pacat ni lah trek mencanak naik je. lutut bertemu dagu. naik batu, akar, tanah merah licin. tu cara x hujan. kalau hujan, kakyang tak tahu nak hadap trek tu mcm mana. hazab oiii. dgn bawa beban lg. boleh pewai der. takde gambar tang ni. tak larat dah nak angkat hp utk ambik gambo. huhuhu

lastnya kami sampai ke pengasih dlm kul 12.15pm. tuan razman ada cubaan meracun kami utk turun semula memandangkan kul 12 baru kat pengasih. dia takut kami akan lambat ke puncak. nazam kemudiannya buka hp dan tengok semula map. sambil baca trek akan menurun sekejap, kemudian baru menaik semula. estimated 30 minit pace org biasa. pace mak jemah ni mau 45 minit lebih kurang. kakyang pula tanya org yg baru turun dari puncak. trek mcm mana?  pacak mcm nak ke pengasih, atau senang sikit?  rata2 jwb, senang sikit.

bincang punya bincang, lastnya kami sepakat. we go to puncak!

terus kami angkat bonteto, dan gerak. dlm pada masa yg sama, sempat kami ajak 2 org adik dari group lain yg dah pewai utk ikut sekali. jom dik. pelan2 ikut akak. mesti boleh punya.

pelan2 kami bergerak. wah! trek menurun, sedap je melangkah, pastu menaik balik. tp tak lah sepayah dan sepacak nak pengasih. akhirnya tepat kul 1.15pm kami dah sampai puncak nuang!

alhamdulillah.. gunung yg menakutkan kakyang selama ni dah berjaya di tawan!

sempatlah berposing kejap dgn tupai yg jinak kat atas tu. makan ration beriani yg tuan razman bawa. tepat kul 2pm, kami gerak turun semula. sampai ke lolo dlm kul 7pm. dari lolo keluar ke parking dlm 8.30pm. masa balik ni, terasa jln balak tu jauhnya... kepenatan punya pasal. hehehehe

otw balik singgah makan jap. konon nak belanja diorang, end up, kakyang yg dibelanja. huhuhu.
sampai je kat rumah, campak semua brg hiking ke tepi,  terus masuk tido. letih ya amat. tp sempat mesej abg bgtau "i tido dulu. kepenatan. trek kejam. "

hahahaha


posing senyum jer. kang menapak balik, mencuka!

semangat! semangat!


pokok rapunzel ni tepi kem pacat jer rupanya. selama ni ngatkan
kena menapak keluar dari trek


buat profile cun ni

sejengkal. besar jari kakyang



kem lolo. rehat ambik napas jap

rumpun buluh banyak antara lolo ke pacat





sibuk nak manjat juga. tp takut nak berdiri tegak sbb licin!





Friday, August 4, 2017

Bau

pernah tak benda ni jd kat korang
dok tak dok terbau satu bau
bau ni mengimbaukan korang pd sesuatu
kdg2 boleh ingat bau kenangan apa
kdg2 tak boleh ingat

pernah kakyang terbau sesuatu
bau sabun.
sabun ni kakyang guna dok asrama poli
jdnya kenangan2 di poli semua menjelma semula

ni baru sebentar td kakyang bau sesuatu
tp terlalu singkat
mcm sesaat pun tak sampai
memori tak sempat nak verify tu bau kenangan mana
yg pasti bau tu dah triger pd suatu kenangan yg berharga
tp tak boleh ingat bau apa

hmmmm

Kisah rumahtangga

eceh eceh nak cerita juga tu.. 😛

pg td ada member pm kakyang. nama dia A (bukan nama sebenar)  bgtau ada member yg kami kenal pm dia. kyang namakan dia E( bukan naman sebenar juga). tanyakan hal yg A post kat fb. takde kena mengena dengan hal rumah tangga pun. tempek gambar jer kot. tp disebabkan komen member lain di post tu, si E boleh nak kepoci hal si A.

Si A diam. tak mau menjawab. sbb si E pun dah tulis sebelum tu, kalau tak mau jwb takpe.

Bila si A diam, boleh pula si E tu buat statement tak boleh jwb ker?

eh eh eh ehhhhhhh ko ni si E. nak je aku lempang ko wpun yg ko kepocikan tu hal si A. sbb tu la aku sanggup blok ko dari fb aku tau. dah tau dah perangai ko tu. suka nor kepoci hal org lebih2. org tu pun ko tanya khabar setahun sekali pun belum tentu, ko mengharap org nak cerita kan hal seluar dalam terkoyak kat ko? agak2 lah sikit...

dlm hal mcm ni cik si E oii.. takyah lah nak korek dlm2.. takyah nak pm pm org tu lebih2. dia diam, ko fhm2 je lah. anggaplah ko tak sampai tahap utk org tu sanggup cerita kat ko. tak cukup level lg. tak sekufu. tak sampai kasta tertinggi lg . hehehe

know less is better u know?
u dont know la tu.. sbb tu u sibuk kepoci hal org.
kekekeke


Tuesday, August 1, 2017

Recycle Airfreshner

selalu kita beli airfreshner yg gel tu kan. pakai beberapa hari dah kering. nak buang sayang. x buang sakit mata jer tengok bekas yg besar dan isi yg dah kering tu.

pg td kakyang dok belek2 la benda tu nak buat apa dgn benda ni. tetiba toinnggggg dpt idea..
moh kakyang ajar korang mcm mana nak recycle airfreshner. Uols ikut jer cara yg kakyang tulis kat gambar tu yer..

selamat mencoba..
keluarkan gel yg dah kering tu dari bekasnya.

potong kecil2 mcm kakyang buat. ikut suka nak bentuk mcm mana.
nak kecil, nak besar. hentam saja labu
sediakan bekas bernet mcm sebelah. boleh je recycle net bunga telur,
 or any bekas lain. ikut kreativiti korang. nak punjut dlm kain net je pun boleh.
nanti ikat lah sikit dgn riben sebagai hiasan. kakyang malas.
kebetulan ada net mcm ni kat ofis. next time kalau ada lg yg dah kering,
uols boleh tambah je dlm bekas tu.hehehe
pastu gantung or letaklah kat mana yg uols suka. kakyang gantung kt partition ofis.
bg wangi sikit meja kakyang ni 💖