Thursday, February 23, 2017

Mak

mak kakyang sakit

mak jatuh sakit selepas sebulan pemergian abah.
hari mak nak jatuh sakit tu, kakak cerita mak mengadu sakit kepala. mak kata mak tak pernah kena sakit kepala mcm ni
dari siang bawa ke malam. mak tak boleh tido
masa t/mlm tu tetiba mak kejang dan tarik
semua panic. panggil ambulance dan bawa mak ke hospital

sampai kat hospital, mak terus masuk zon merah
mak koma
doctor kata mak ada pendarahan yg besar kat kepala disebabkan hypertantion. Hypergloma besar yg memudaratkan emak kalau dibuat pembedahan
tambahan mak ada kencing manis
so doctor tanak buat pembedahan

dekat 3 minggu gak la mak terlantar kat hospital
seawal 4 hari pertama mak di hospital, doctor dah suruh bawa mak balik
kami x mau sbb x yakin dgn kesihatan mak dan juga tengok keadaan mak tak stabil pun

lastnya kami pasrah dan bawa mak balik
now mak terlantar atas katil je.
abg cik kata mak dah sedar. tp dlm dunia mak sendiri
bila alih badan mak utk salin baju atau salin pempers, mak akan ada mimik muka
agaknya sakit kot
makan pun susu je yg disalurkan melalui tiub

2 minggu lepas adik bgtau mak mcm tak memberangsangkan
kakyang balik tengok mak
sedih tengok mak mcm tu
tp kakyang tak tau nak ckp apa dgn mak


masa kakyang nak balik, kakyang p sembang2 dgn mak
bgtau kakyang akan p trip hiking yg lama
kakyang minta mak doakan keselamatan kakyang
harap2 mak dengar suara kakyang

masa kakyang nak lepaskan tangan mak tu
mak mcm genggam erat tangan kakyang

mak!

No comments: