Wednesday, November 30, 2016

Abah

Dari semalam teringat kat arwah abah
then sekarang pula musim perhimpunan umno ni
mmg feveret topic abah la
abah bukan pro umno.
abah pro pembangkang
mana satu parti pembangkang yg abah betul2 sokong?
idak ler kakyang dpt jawab soalan tu
sbb abah tak betul2 istihar dia pembangkang
abah akan jd pembangkang bila umno buat kerja bodo

bila time perhimpunan umno ni
abah akan suh buka tv kuat2.
dia nak dengaq
kalau ada perwakilan buat lawak dia gelak
kalau ada perwakilan dok ckp tak tentu hala
mula la dia komen
nak nak bila ada perwakilan yg mula mengampu tak tentu hala

abah ada pendapat dia sendiri
abah suka ambil tahu hal semasa
wpun abah x pernah keluar rumah  berpuluh tahun
sejak abah jatuh sakit dan terlantar je
abah masih tahu hal2 sekeliling
up to date lah kata omputih

kalau kawan2 kakyang dtg
atau sedara2 yang jauh dtg
dlm sembang2 tu dia suka tanya lokasi2 dari mana org tu dtg
abah akan tanya itu ini simpang tu simpang ni
kedai tu kedai ni
apa yg abah ckp tu mmg betul lokasi org tu
amazing tak ingatan abah kakyang ni?

abah juga pandai predict org
pandai tengok org
ada sekali tu ada sedara kakyang dtg
nak kenalkan suami dia yg baru
sebaik saja sedara kakyang tu balik
abah cerita kat mak
suami so n so ni drug edit
kami terkejut.
pastu mula lah kami menyiasat
betul ke ckp abah tu
siasat punya siasat
apa telahan abah tu tepat
hebat tak abah kakyang?

abah juga pengkritik dan pelopor fesyen
pernah sekali kakyang minta abah belikan selipar
masa tu kakyang dok asrama
dan abah masih sihat
abah belikan selipar berbunga2
kakyang malu nak pakai sbb rasa selipar tu mcm over sangat
bila bawa ke asrama
ramai pula kawan2 kakyang berkenan
terus berbunga2 hati kakyang dgn bangganya pakai selipar tu
seee.. my abah pandai kan?

nanti sambung lg apa cerita abah
kakyang kena naik bilik meeting
ada audit hari ni
wish me all the best
harap2 mata auditor tak pandang pd unit picisan kakyang ni
bismillahitawakaltulalallah..

2 comments:

Jari Manis said...

Mesti sgt rindu bila ketiadaan beliau..al fatihah

KakYang said...

mmg. bila balik rumah mak, terasa rumah kosong. Thanks JM..