Bertuahlah jika ada yg mahu memahami begini..
Sedang saya duduk di kedai makan. Seorang abang tu jumpa saya dan minta nasihat kerana baru lepas bergaduh dengan isterinya. Dia tu cerewetlah ustaz. Suka menyusahkan benda senang. Dan terlalu nak semuanya sempurna. Kuat membebel. Menyakitkan hati. If tak reply mesej pun nak marah. Nak rehat kat rumah sikit pun tak boleh. Ada jer bendanya. Kadang-kadang orang perempuan tag saya atau kawan saya kahwin lain pun saya kena marah. Pening kepala saya. Serabut. Saya pun banyak kerja. Ke macam mana ustaz?
Saya kadang-kadang ceramah setiap hari. Tidur cuma dalam kereta masa travel. Tapi saya rasa kerja bidadari saya juta kali berat dari kerja saya. Saya benar-benar rasa macam tu...
Tepat abang jumpa saya hari ini. Kalau abang nak tahu bidadari dalam hidup saya tengah sakit. Saya cuba khidmat bantu tugasnya. Saya pakaikan tudung anak pun senget. Seluar dan baju pun tak padan. Dari bangun pagi uruskan anak-anak. Mandikan. Lepas tu berak semula. Jap lagi anak-anak main lepas tu menangis. Jika semua sekali menangis serentak. Ya Allah..Nak siapkan sarapan. Kemas rumah. Buang sampah. Ganti plastik sampah. Mop lantai. Siram bilik air. Bersihkan bilik air. Kutip baju bersepah. Masukkan dalam mesin. Jemur baju. Tempat jemur kecil. Baju banyak. Semua nak kena hanger. Ada kecil. Ada besar. Penggantung baju baby lain. If hujan kena cepat-cepat angkat. Paling kurang 6 kali keluar masuk rumah. Hantar dan ambil anak sekolah. Kemas beg anak. Tengok kerja sekolah anak. Tolong ajar anak. Ingatkan anak solat. Ajar anak solat. Buat susu anak. Nak masak di dapur yang kecil. Lepas kemas ruang tamu. Pergi dapur. Tengok ruang tamu bersepah semula. Begitulah pusing-pusing kerja bidadari kita di rumah. Malam-malam mereka nak layan kita sebagai suami. Saya menangis bantu sikit-sikit jer pun sebab saya tak mampu untuk buat semuanya. Ya Allah. Ampunkan dosa saya. Betapa mulianya wanita.
Mereka buat semua itu selama ini seorang diri. Sekali sekala kita bantu. Mereka buat sepanjang hidup seorang diri. Mereka cuma nak berbual dengan kita. Terlalu penat. Mereka nak bermanja dan meluah perasaan jer pun. Tapi bila penat muka jadi masam. Cakap pun berat. Mereka bukan ada sesiapa dah. Suami jer yang tinggal. Kitakan lelaki pemimpin. Pemimpin kena bertenang dengar aduan orang yang kita cintai.
Sebab tu mereka mesej kita tak reply mereka rasa sedih. Dah blue tick whatsapp tapi tak balas. Mereka type panjang. Kita tak reply. Jika reply pun jawab k. Masa bercinta kita jawab yer wahai sayangku. Bidadariku yang menawan. Jika mereka sedih sakit sepatutnya kita terus call dengar masalah mereka. Cemburu itu tanda sayang abang. Kalau dah tak sayang semua mereka tak kisah. Mereka nak kita sempurna dan anak sempurna kerana ambil berat dan sayang kita. Mereka cuma nak suami mereka. Teman sehidup semati. Kat rumah pun kita kadang-kadang balik macam hotel. Kita nak rehat. Mereka pun nak rehat. Mereka manusia seperti kita. Ada hati dan perasaan. Perkahwinan ini saling memberi dan menghargai.
Ayah saya selalu pesan jaga isteri dengan baik. Ayah saya takkan makan seorang diri melainkan dengan mak saya. Takkan lena tidur tanpa mak saya di sisi. Sentiasa berbual setiap malam. Bercinta sentiasa. Sehinggalah saat mak saya meninggal dunia. Dialah ayah yang amat saya hormati dan cintai. Merekalah ibubapa saya cintai dan hargai. Mereka tinggalkan satu contoh yang akan terus saya ingati. Sekarang giliran kita menjadi ketua yang baik dan tingggalkan pelajara dan kenangan indah buat anak-anak kita.
Abang tadi menangis. Terima kaseh ustaz. Benar-benar bermakna nasihat ustaz. Terima kaseh. Allah sayang abang-ebit lew
No comments:
Post a Comment