Friday, May 13, 2016

Gunung Rinjani telah ku tawan!

Tanggal 8 May 2016, secara rasminya kakyang telah berjaya sampai ke Puncak Gunung Rinjani!


meh kakyang throwback skit cerita trip hiking kali ni.

selepas berjaya menawan Gunung Kinabalu pada april 2015, kakyang terpesona pula dengan gambar2 kawan2 yang dah sampai ke Gunung Rinjani. Melihat danau segara anak, hati tertawan. mula pasang angan2 nak p sana pula.





Kakyang discuss dgn ina. ina setuju utk ke sana juga. tp rasa ber2 je mcm tak lengkap. so kakyang target nak jadikan trip kali ni sebangai trip tempat kerja. ajak staf ramai2. boleh kibar bendera ofis di sana.

kakyang mula iklankan trip ini ke warga campus. sambutan agak menggalakkkan. tp malangnya kakyang telah ditegur oleh pihak pengurusan kerana menggunakan email ofis untuk xtvt sendiri. huhuhu

dah abis segala rintangan persediaan stamina dan barang, kami bertolak ke lombok pada 6 May 2016

6 May 2016
pagi tu sepatutnya ina tumpang kakyang ke epot, tp memandangkan ina terbabas lewat bangun, kakyang pergi dulu. gather di sana bersama 6 lg yang lain. check in, dan dgn lafas bismillah, kami berangkat ke lombok dgn satu misi, menawan Puncak Rinjani..

setibanya di lombok, Her Rinjani Mountain sambut kami dgn 2 kereta. singgah lunch dulu then terus shoot ke sembalun village utk persiapan barang hiking.

selesai packing, petang tu juga kami mulakan langkah perjalanan kami. hujan gerimis masa tu. masing2 pakai baju hujan. panasnya allah saja yang tahu. laluan yg kami lalui  tu adalah bukit savanah. banyak lembu ternak. dan banyak tahi lembu. sesekali diorang akan joke dgn boom! maksudnya hati2 ada tahi la tu. eyekss..

wpun jalan agak landai, kakyang semput juga. her yang jd sweeper di belakang, gigih jer folo kesiputan kakyang. huhuhu.

sampai satu masa, kakyang rasa sesak nafas. rupanya tudung kakyang pakai tu tebal sangat dan rasa sngt panas. lastnya aya advise kakyang buka tudung. dan tinggal skaf dan topi saja. baru rasa selesa sikit mendaki tu.
berkemah di post 2 pd mlm pertama. nampak puncak dari situ.

setelah jalan 3-4 jam, akhirnya kami sampai ke pos 2 . berhenti di situ dan camping. porter dah sampai dan khemah dah siap pun. diorang terus ofer mkn dan minum.

mlm tu tidur dlm khemah. tak terasa sejuk sbb khemah tu perangkap haba.

7 May, the next day. kakyang bangun awal dan sempat snap a few pic sunrise cantik  dari post 2.




sunrise dari post 2 sembalun

 lepas simple breakfast, terus siap2 untuk continue hiking. hiking utk  hari ni agak mencabar. akan lalui 7 bukit yg dinamakan bukit penyesalan dan bukit penyiksaan. dengar nama gelaran bukit tu pun dah gerun kan.. kan


khemah2 pendaki di sembalun
mula2 nya kakyang mcm blur lagi, mcm mana lah rupanya bukit tu. bila dah lalui sendiri, alamak! betul2 menyesal. siksa gila. jalan mencanak naik tak ingat. rasa2 kakyang dlm 70-80 darjah juga. bukan itu saja, jalan tu tambah rumit sebab berpasir. jd kaki/kasut mmg kena grip betul..

2 bukit terakhir mmg kena betul2 kerah tenaga utk abiskan sebelum sampai plawangan sembalun. kakyang banyak stop. dah pewai sangat. jalan 2,3 tapak brenti. sampai Her terpaksa tarik tangan kakyang. mostly kena tarik utk panjat bukit tu. huhuhu siksa weh!.

masa di sini kami banyak santai, banyak brenti. Her pula bila tengok kakyang mcm lelah, dia  suggest untuk brenti dan dia hisap sebatang rokok. lgpun dia kata tak perlu cepat2 naik ke atas sebab kat atas lagi panas. kakyang ikut jer lah. dah tak kuasa nak argue apa2.

then kami sambung lagi perjalanan. sepanjang perjalanan tu mmg jumpa mcm2 org lah. mat salleh minah salleh lawa2. mostly dari jerman/sweeden rasanya. kulit cantik sangat.

ada juga local people. ramah tamah juga. bila diorang berselisih, mesti bersapa dgn Her. ramah sangat mamat rasta ni.
deretan khemah pendaki di pelawangan sembalun

akhirnya, dlm kul 5pm mcm tu kami sampai ke plawangan sembalun. kyang n her cari khemah tak jumpa. hahahaha. jalan punya jalan,  hampir2 terlajak baru perasan khemah kami kat sebelah je. her dah ke depan. hahahaha


tak nampak view tasik sbb berkabus. yg nampak puncak tu gunung sangkurian.

ptg tu santai2 je atas plawangan tu sambil menikmati cuaca dan kabut yang sekejap sejuk sekejap panas. layan borak dan gurau dgn teammate yg lain. nak stay dlm khemah layan mata pun x dapek. mmg panas betul mcm her ckp .
sunray atas gunung sangkuriang. gunung ni bersambung dgn rabung rinjani

mlm tu kami tidur awal. sbb dah target kul 12 shoot ke puncak. kami tahu stamina masing2. jd decide keluar awal utk ensure masing2 tak terlalu lewat sampai ke puncak.

8 May, kul 12 malam, lepas semua dah siap2, pakai geiter, pakai baju sejuk, glove masing2, terus kami mulakan perjalanan ke puncak.

sillouet Her masa sunrise menuju puncak
hanya berpandukan head lamp kami terus melangkah ke puncak. agak mencabar sbb jalan terus mencanak naik. tahap kecondongan rasanya dlm 30-45 darjah. keadaan jalan pula berpasir dari awal hingga akhir. akhirnya sekali lagi kakyang terpisah dari team member yang lain disebabkan pewai. jalan 2,3 tapak brenti, 3,4 tapak brenti. dan laluan berpasir agak menyukarkan kaki kakyang melangkah sbb pijakan licin. lagi sekali Her terpaksa tarik kakyang. lama2 tangan kakyang tu dah mcm remote dgn tangan Her.

sillouet kakyang masa sunrise menuju puncak
Her akan mendahului langkah sambil tarik kakyang. tenaga lelaki kan. dah tu guide gunung pula. tentunya stamina dia super duper hebat. dia cuba buat kakyang langkah lebih dari 5 tapak. tp kakyang x mampu nak ikut.. kakyang akan picit tangan dia utk bg isyarat berhenti. bila kakyang dah cukup  tarik nafas, kakyang akan picit semula tangan dia suruh gerak. hahahaha mcm dok tekan remote plak. lama2 dia pun dah faham isyarat kakyang tu. masa ni nak bercakap pun dah tak larat. main isyarat mcm tu je lah. nasib ko la her..


yang bestnya jln dgn her ni, dia rajin ambil gambar. mcm ina. kejap2 posing. hahaha. jd mcm2 dia suruh kakyang posing. mmg banyak gambar2 kakyang kali ni. mcm2 posed dan yg pastinya cantik sangat!. her! kamu pandai ambil gambar! kamu buat aku cantik atas gunung! hahahahah gila.

setelah beberapa jam brjalan dan beberapa kali slide, akhirnya puncak mula dirasakan dekat. kakyang mula berselisih dgn ina. ina ambil gambar kakyang dan her. punya la tak sedar yg kami tu berpegang tangan, sampai ina tegur. Hey! tangan tu lepaskan sekejap boleh tak? aku nak ambil gambar kamu! 
hahahahha

kemudian sorang demi sorang kawan2 kakyang yang lain mula turun. sedihnya... lg sekali x dpt ambil gambar berkumpulan dgn mereka. lg sedih sebab x dapat bergambar dgn bendera ofis! aduh... sedihnya.

akhirnya kakyang sampai ke puncak. jam 8.40pg masa tu. org dah x ramai. yg ada cuma pendaki dari malaysia yang masih menunggu kawan2 mereka sampai.
pemandangan danau segara anak dari puncak Gunung Rinjani

kakyang ambil kesempatan utk posing macam2 lagi. cantik2 sangat gambar atas tu.

eh. tertinggal pula cerita Odg. masa otw nak ke puncak tu kakyang berselisih dgn Odg. An indonesian yang ikut naik rinjani dgn team kakyang. baik sangat orgnya. kakyang ajak dia naik semula ke puncak lg sekali.
Yuk Odg, nanti kamu bisa cipta sejarah. org pertama sampai puncak rinjani 2x sehari. hehehe

sampainya di atas, dia dan her lah yang jd photograper kakyang. hahahaha very diva the vas sangat rasanya masa tu.

dalam kul 10 lebih, kakyng mula turun. rupanya nak turun lagi trill dari naik. mengelongsor terusan. silap2 boleh jatuh ke gaung di sebelah. gayat sangat masa tu.

lagi sekali her jadi mangsa kakyang. pimpin tangan lagi. gelongsor belakang dia. sekejap2 kakyang tergelincir. dia tarikkan. kejap2 dia pulak nak terbabas, kakyang tarikkan. Odg pula ikut di belakang. sesekali dengar dia jatuh. hahahahaha kesian kamu Odg, gak ada sesiapa mau pegangan tangan kamu. hehehe

tengoklah pasir je. dah terjelepuk kepenatan
masa turun lebih pendek dari naik. sebab mengelongsor jer kerjanya. baru kakyang perasan jalan sepanjang yg dilalui adalah berpasir dari hujung ke hujung. gila lah!

akhirnya bila kakyang sampai semula ke kem, dah banyak kemah yang dibuka.  lagi sekali cari khemah sendiri. hahahaha rupanya jauh juga dari jalan mula ke puncak. pg td rasa mcm dekat jer.. eh?

rehat tak sampai sejam, kami mula atur langkah ke destinasi selanjutnya. Danau segara Anak!

the whole team! include porter &  guide

kami mula menuruni dari plawangan sembalun ke danau. laluan menurun batu2 berbagai saiz di lereng gunung. ada tegak, ada landai, ada sempit yg tinggi.ada juga anak2 tangga dibina khas bagi kawasan2 tertentu. tp kebanykannya adalah nature rock.

kakyang ingatkan trek akan berterusan menurun, rupanya kemudian naik semula. naik lagi dan lagi. kemudian baru jumpa jalan sedikit landai. rupanya danau ini berada di aras yang tinggi.

kakyang sampai di sana sekitar 6pm. sampai saja ke khemah, odg dah suruh cepat2 ke waterfall air panas. cepat kak. teman2 kakyang dah ada di sana!
danau segara anak

Her temankan kakyang ke sana. dah mula gelap pun. dia yang tunjukkan jalan. separuh jalan, kami jumpa dgn seorang anak muda local minta tolong.

mas! bisa menyelam gak?
kenapa? tanya  her
temas saya mas, lemas!

aduh.. menyirap darah kakyang. tragedi apakah ini. jgn lah melibatkan teman2 kakyang, minta dijauhkan.

sementara nak sampai ke tmpat air panas tu. kami mula dengar riuh panic. rupanya kawan2 kakyang pun ada di situ. diorang lah antara penyelamat rakan budak td. dan khabarnya seorang yg tak dpt diselamatkan.

her dan porter lain bantu menyelam.

akhirnya mereka dah putus asa bila dah lama menyelam dan mangsanya x ditemui. terpaksa tunggu utk mangsa terapung sendiri.

sementara menanti semua usaha menyelamat tu, kakyang gagahkan diri juga utk mandi dan basuh ranbut sedikit. 3 hari dah x mandi u! tak tahu apa rupanya.

lega sedikit bila dah mandi ni. balik khemah, terus mkn2 dan tidur!

9 May, seawal 7pg kami mula bongkar khemah dan bergerak. kerana hari ini kami akan menghadapi perjalanan yang sangat panjang dan jauh. jika ikut paced kawan2 yg berstamina tu, akan sampai ke gerbang senaru by 7pm! bayangkan 12 jam perjalanan tu..

pergerakan dari tasik utk naik ke plagawan senaru perlu melalui batu2 gunung yang tegak2. udah rupa rock climbing rupanya. fuh! trip yang complete sekali!
puncak pelawangan senaru dgn adik2 radpackers

ada masanya kakyang terpaksa berpaut pada her lagi untuk imbang badan dan lonjakan badan ke atas atau ke bawah. kalau semalam menurun, hari ni menaik dgn mengikuti batu2. aduh...capek sekali.

lepas dah sampai batu ceper, dan plawangan senaru baru lah jalan mula landai menurun.
info pasal rinjani. candid by Her
 tp tak semudah menurun yg disangka. rupanya jalan lg sekali berpasir dan lalu tepi jurang. mencabar sungguh. lebih mencabar bila hujan mula turun. jalan jd licin dan tricky. beberapa kali kakyang terjatuh.

dari satu pos ke satu pos. hujan tak juga berhenti. dan hari makin gelap.  lama-lama kakyang dan her ambil keputusan jalan terus tanpa henti sebab dah makin gelap.

jalan kat senaru ni mcm x habis2. x sampai2. 2,3x juga kakyang tanyakan her. Her, lama lagikah?






utk 1 jam terakhir, kami mula jalan dlm gelap mlm. hanya berpandukan headlamp. lagi sekali sejarah di gunung kinabalu berulang. tp di sini mmg sudah dijangkakan kerana mmg perjalanan sangat jauh. bezanya di sini, kakyang bertemankan her. jd tak lah takut sangat tersesat atau terserempak binatang buas.
antara gambar candid yg Her ambil. cantik kan?
akhirnya kakyang sampai ke pintu gerbang senaru pada jam 7.30pm. masa tu ada lagi 5 minit perjalanan. tiba2 dah nampak lampu. rupanya lampu headlamp stuk yang masuk hutan bg menjejaki knat dan her adiknya. stuk offer untuk tolong bawakan beg galas. wah gentlement sekali org2 lombok ni. sampai di pintu gerbang, kakyang disambut meriah oleh kawan2.  ina kata cuma 30 minit lewat dari mereka.

aya hulurkan megi, ina mintakan teh panas. wah, masa ini, segalanya nikmat sungguh. apa taknya, seharian kakyang x makan apa pun.

lepas semua dah rehat dan lepaskan lelah, kami jalan another 40 minit keluar dari kawasan taman negara tersebut untuk mengambil pickup ke rest house.

view dari rest house. Gunung Rinjani!


Itulah serba ringkas perjalanan trans Rinjani utk tahun ini. Alhamdulillah satu trip yang terbaik!. semua xtvt ada. ada hiking, ada sliding, ada mandi air panas, ada rock climbing. mcm2 lah.

OK, layan skit gambar2 sekitar baki lg 2 hari di Lombok dan Gili. Rasanya tak puas lagi dgn lombok ni. kena repeat. sebab view sebenar Lombok masih banyak yg tersembunyi...
waterfall sendeng gile

di pelabungan nak ke gili. ala.. lupa nama pelabuhan ni



gili terawangan


sunset di gili










 **catatan perjalanan terlalu ringkas.  sbb kakyang takde mood nak cerita details sangat. lgpun banyak details yg dah tak ingat sbb mental masih koyak. hahahaha mcm la hiking tu tanpa bantuan langsung eh.. over la ko kakyang.

nanti time to time kakyang akan update dan perelokkan penceritaan.

sebenarnya banyak cerita nak cerita. tp banyak cerita juga x boleh nak cerita. kena simpan abadi. bawa ke mati. hehehe

1 comment:

Liya said...

rinjani trekking, salah satu pengalaman yang luar biasa bagi saya. susah dilupakan, terutama keindahannya :)