Wednesday, October 7, 2015

xXx

nak cerita cerita last few week. hari ni tetiba teringat pulak.
masa kakyang dok buang masa dgn tengok fb group residence. Kyang ternampak satu nama ni tagging nama yg sedikit familiar pd mata kakyang. sebab nama tu ada nama anak kawan ofis kakyang. dan nama anaknya sedikit unik dan jarang digunakan oleh orang lain.

So kakyang pun stalk ler fb pompuan tu.. rerupanya pompuan ni bini baru x husband kawan ofis kakyang ni. Sahlah kabar angin yg kakyang dengar pasal kawan ofis kakyang ni dah bercerai. rupanya x husband dia pun dah kawin lain. Dgn si empunya fb yg kakyang stalk tu lah.

kakyang pun scroll lah posting2 si bini baru ni. sampai la satu posting pasal gambar2 kawin diorang. rupanya lagi.. baru je kawin awal tahun ini. pastu terjumpa pula komen kawan2 dia yg kata finally kawin juga korang yer. dan si bini baru ni pun reply balik dgn ayat; alhamdulillah. selepas 3 tahun sengsara.

maknakata depa laki bini dok bercinta masa si lelakinya masih lg jd suami kawan ofis kakyang.

dulu dia pernah mengadu dgn kakyang. hal perangai si lakinya lah. takmau guna perkataan suami. sbb suami xkan buat mcm tu kat isteri. T.T 

Kawan kakyang pernah bgtau laki dia dah jatuhkan talak. tp tak lama pastu dia bgtau  dah rujuk balik. ingatkan selesai masalah lah. rupanya tak serik2 si laki ni...

kakyang sedikit terusik dgn ayat pompuan ni. sbb apa. terbayang kalaulah diri berada di tempat kawan kakyang tu. mesti dia lagi sengsara derita bila dapat tahu suami main kayu 3. anak dah berderet ni. mesti remuk redam hati kawan kakyang ni kan?

pastu kawan2 kepada isteri baru si x ni.. apa la perasaan diorang ek bila tengok kawan tengah kacau laki org? kalau korang, korang akan support ke kawan buat mcm tu kat perempuan lain?

apa pun, tu cerita dari pandangan kakyang. tak tahu cerita dari sebelah kawan ofis mcm mana pula. dan cerita dari pihak sana tu lglah tak tau apa ceritanya kan.

harap2 perkara mcm ni tak terjadi dlm kehidupan kakyang. kesan kejadian dulu tu masih berbekas kat hati kakyang. jangan lah jd yg seteruk ini. nauzubillah minta dijauhkan.



No comments: