baru-baru ni kakyang p kursus di pulau bidong. atas anjuran UMT. kursusnya akceli dikhaskan utk staf IT. disebabkan takde staf it yg berminat, so kakyang ofer diri kat bos dan bos bg kelulusan..
kursus ni dari 25-28 Mei. 25 tu pendaftaran di KT. so kakyang ambik kesempatan p awal pagi 25 tu utk ronda2 KT dulu. x pernah sampai sana kan... alang2 dah sampai tu, kita ambik kesempatan la sikit.
pagi tu ronda2 kt beli kopok lekor di pasar payang. pastu p masjid kristal. kalau korang nak ke masjid kristal secara percuma, boleh naik bas kayu kat bas stand tak jauh pasar payang tu. tp ada timing jalannya lah. kena la menunggu sikit. lgpun KT ni takde bus henti2 mcm kat KL ni.. org KT kaya2 ko... public bus x diperlukan.. hehehe
then petangnya, kami p register kat hotel tempat berhimpun utk ke Pulau bidong. esoknya 3 bas bawa kami ke jeti pulau duyong utk ke sana.
dari jeti, kami naik speedboad UTM. ramai juga yg hadir. dlm 50+. perjalanan ke pulau bidong ambik masa 1 jam
pulau bidong ni adalah pulau marine research milik UMT. jd pulau ni tak dibuka utk pelancong luar. yg dtg semua atas jemputan UMT.
antara xtvt yg dilakukan sepanjang kursus ni..
water confident- kitorang kena belajar berenang sendiri dari pantai ke boad yg tunggu di tengah laut, pastu dari situ, patah balik ke pantai. semua pakai life jacket la.. mampuih kalau x pakai. kakyang bukan reti berenang pun. hehehe
pastu petangnya belajar kayak. urusetia bg penerangan skit2 pastu dia lepaskan kami utk berkayak ke next pantai sebelah sana. pakat la kayak ziz zac masing2. seronok juga. pastu ada berkumpul tengah laut, di situ dia ajar pula kalau kayak terbalik, mcm mana nak naik dari kayak? kakyang antara yg volunteer naik di tengah laut. bravo kakyang!
lepas semua naik ke pandai, dari situ jalan kaki utk xtvt jejak warisan. urusetia bawa melihat tinggalan pelarian vietnam yg ada di situ. ceritanya hampir 400000 pelarian vietnam pernah tinggal di situ semasa zaman perang dulu dan kerajaan kita bg segala kemudahan makan minum pd diorang. 12 tahun juga diorang di situ sampai sempat lahir 4000 anak vietnam. dan kat situ juga ada monument2 batu yg dibina ikut agama masing2. ada kubur diorang juga.. d
dari situ, akan bawa trek balik ke camp sebelah pantai sana.
mlmnya lepas solat isyak, naik bot p mencandat sotong. kakyang xcited dgn xtvt ni. tp yg hampanya xde sotong yg berjaya dibawa naik. ada la sorang 2 peserta yg berjaya. tp x banyak hasil tangkapan kali ni. mcm mana cara candat sotong? tali pancing yg ada ladung dan kail candat di turunkan sampai dasar laut, pastu tarik tali naik sikit, agak2 dlm 2 kaki mcm tu, pastu buat gerakan angkat, turun tali tu skit2 mcm kita tengah tangguk anak. hahahah sapa mak2 tau la apa makna tangguk anak kan.
bosan pd kakyang dan kena ada otot tangan yg kuat. lastnya kakyang tertidur atas kapal tu tanpa hasil T.T
next day, lepas sarapan ada xtvt menuju puncak. xtvt hiking bukit pulau bidong. curam juga tractnya. naik naik naik je. jalan denai yg penuh daun2 pokok dan agak licin sbb mlm td hujan. mcm biasalah. kenderaan berat mcm kakyang ni sentiasa kebelakang. diorang suruh org pompuan dok dpn, tp kakyang x boleh la dok dpn, tak larat nak kejar stamina diorang org muda. sampai puncak dan turun balik ke camp.
lepas tu, petangnya, ada xtvt snorkeling n scuba dan memancing. ikut group. ada group yg pergi memancing dulu, pastu baru scuba/snorkeling. group kakyang kena p mancing dulu. dpt juga ikan kerisi 4 ekorh. hahahaha
balik dari memancing, terus terjun air dan try snockeling. woooooowwwww menakjubkan. cantik sangat tengok ikan warna warni dlm laut tu.. pastu try scuba. yg ni x brapa nak best sbb air cetek. jd tak merasa menyelam.
lepas tu since ada masa lg kakyang terus snockeling lagi. tengah2 terapung tu baru sedar kakyang tak pakai life jacket! oh.. rupanya kakyang dah pandai berenang sendiri. hohohoh terbaik!
sebelah mlmnya, ada xtvt bbq hasil tangkapan 2 hari punya xtvt. dpt la merasa ikan, sotong fresh sambil2 borak dgn kawan2 baru.. enjoy sangat!
3rd day, pagi, kitorang ada sukaneka. lawan kayak, lawan bina istana pasir, dan lawan tuju bayang. kakyang terlibat dlm 3-3 xtvt . istana pasir kakyang dpt pujian dan hadiah arkitecture terbaik. hehehe
nah, korang layan gambar2 apa yg ada lah ye..
No comments:
Post a Comment