sebenarnya kakyang nak luahkan perasaan pasal kawan-kawan ni. td kakyang baca satu blok kakak tu..syoknya dia dpt kawan yg boleh berkongsi segalanya sedih, gembira. dah tu kawan dari kecik sampai la dah tua. kawan-kawan kakyang?
kakyang tadak kawan mcm tu. kawan2 kakyang semua setakat nama kawan jer. bff, sahabat baik, kawan baik, semua tu tadak dlm senarai.
semua kawan kakyang sekadar kawan ofis, kawan sekolah pun sekadar pernah sekelas. kawan sekolah rendah langsung tak kenal sekarang. ada la sorang 2 yg kenal tu pun dari kecik sampai la ni depa sekampung ngan makpak kakyang.
kawan sekolah menengah? ada ramai lg yg kenai nama. tp really closed tu tadak. sekadar gurau2 kat fb. nak jumpa minum2, mengeteh tu tak sampai la tahap tu.
kawan kolej? kenal ramai, yg rapat ada la dlm 5,6 org tp separuh darinya kakyang dah block sbb kecik hati ngan diorang. ada yg kakyang dah anggap bff, tp bila jd sesuatu, xmcm bff pun.. ramai yg nak menang jer, xreti nak mengalah. bila asyik mengalah jer, sesekali nak gak menang kan? so bila semua nak menang, lastnya putus kawan terus..
xpelah, xde bff pun xjd kudis pd kakyang. kakyang pun bukan senang pleased semua org. cukuplah sekadar kawan2 biasa tu..