Thursday, March 29, 2012

Keteguran

haaa? bukan keteguran daa...abg meluahkan perasaan jer? erk mcm tak kena juga ayat tu..merungut? tak..eh lantak la apa pun. citanya gini..

semalam. masa breakfast dating, abg tegur kulit kakyang dah itam..hahahah

mmg kakyang dah itam. ramai dah tegur. even ipar2 kakyang pun tegur masa jumpa baru2 ni..awat hang makin itam ni..

ni semua penangan ros la ni..seminggu sekali kak kakyang dok belek pokok2 kat laman tu sampai t/hari. mmg ler itam..tu sib baik tak jadi petani lg tu..kalau idak lg ler legam.

hmm camner nak bg putih balik eh?

Wednesday, March 28, 2012

Sedih

kakyang p tinggalkan kerusi tak sampai pun 3 minit. dari jauh dah dengar phone ofis berdering terus angkat. tak sempat duduk pun. angkat jer terus dengar suara pegawai pompuan ni merungut..'lambatnya akak angkat!"

'akak pergi tandas pun tak boleh ker?" tu jer ayat yg terkeluar dari mulut kakyang..dlm hati tuhan jer yg tahu betapa sedih dan pedihnya hati kakyang dengar ayat dari mulut dia tu..

nak p tandas pun disoal2. adoi..sakitnya hati...kalau ayat keluar dari sorang pegawai ni mmg rasa mcm nak sagat jer bontot tempurung kelapa kat mulut dia.. nak jer cilikan mulut dia tu..yg kakyang dok cari dia 2,3 hari ni dia tak kira?  dia cari kakyang tak abis dering telefon pun nak melenting?

jaga ko..dah banyak kali dia buat taik ngan kakyang...dlm fb, kat ofis, ckp bukan main manis. keje betul2 lah, nak tolong org lah, tp hati busuk!

baru2 ni dia burukkan nama kakyang kat pegawai/staf lain bila pegawai/staf tu dok f/up ngan dia surat kelulusan berkursus. katanya salah kakyang sbb borang tu tak sampai. siap antar email satu jabatan bgtau kakyang tak antar borang2 diorang.

bila ada staf yg f/up dengan kakyang, terbukti semua tu salah di pihak dia. borang sampai dah ke dia, tp dia p campur aduk ngan surat2 lain. ada dia minta maaf?

kakyang tak kesah..tp staf tahu la siapa yg tak buat kerja betul sebenarnya..tp kakyang ni tak la jahaat mcm dia nak p canang/email satu jabatan bgtau salah dia...

astaqfirulllahhal azim...

Cerita Korea

alang2 bos pun tadak ni, kakyang buat double entry lah hari ni..both citer korea..apa saja pasal korea mmg menarik minat kakyang. ni pun kakyang dah pasang niat nak p korea lg sekali. kalau ada rezeki nak p sendiri tak de ngan agent. nak merasa jalan2 kat korea sightseing tanpa batasan waktu..cewah..mcm abg nak bg izin. hahahah

ok tak yah melalut2. direct citer korea ek..kakyang tak mau cerita ikut kronologi..dah tak ingat. kakyang ni ada masalah short term memory skit. ahaks

flight ke korea tu makan masa 6 jam. kami bertolak kul 11 mlm, sampai sana 5 pagi. sampai je airport..dah terasa dinginnya korea! mcm kat genting malam2. tu baru dlm building. debuk debak uruskan hal beg dan imigresen kat sana, terus tunggu bas. masa kat lobby airpot incheon tu, sempat la beli kopi utk panaskan badan..sejuk2 ni, minum air panas cukup nikmat.

kluar jer dari building, terus terasa sejuk menggigit tulang. plg terasa kat muka/pipi la sbb sejuk sangat. tak tahan, mcm letak ais batu kat pipi. tempreature time tu -7 celcius. cuaca sepanjang 6h4m kat sana mmg bagus jer..takde hujan. 1x jer dpt snow. tu pun kejap jer..

Pemandangan korea amat lah cantik.. berbukit bukau. dok tengah bandaraya seoul pun boleh nampak pergunungan dlm musim sejuk mcm tu rata2 pokok dia tinggal ranting je la. warna gambar semua mcm kelabu/putih/biru skit/perang. dlm warna mcm tu pun korea masih nampak cantik dimata kakyang. sepanjang perjalanan dari satu tempat ke satu tempat boleh nampak ladang ginseng rata2. mula2 kami ingat itu tempat org sidai ikan kering. tp pelik sbb tengah2 bukit bukau. ikan kering apanya? rupanya tempat tu adalah shaded untuk pokok ginseng di bawahnya..

kakyang tak jumpa org korea yg gemok2. plum size tu ada la especially org tua. yg muda2 semuanya slim2 mcm kita tengok dlm tv tu...ish tak reti la kakyang nak cerita..kita layan gambar skit lah. tu pun tak banyak gambar pemandangan sbb banyak ambil gambar dari dlm bas.. guna camera kokak jer, so hasil gambar tak cantik.

oklah kita layan gambar jelah yer..

 adik gigil tak tahan
 dengar tutorial ski dlu
 tengokalh pemandangan belakang tu...cantik kan...

 along tengah practis skiing

 salji jer..



 pemandangan dari istana gwangbok
pemandangan dari masjid iteawon

masjid iteawon the one and only masjid kat korea

strawberi yg sngat2 sweet dan besar..

Travel agent belum tentu pandai melancong

HAHAHAHAHAAAA kakyang nak gelak besar dulu sebelum mula crita ni. apa yg kelakar sngat sampai kakyang nak gelak  besar tu eh...

pagi2 buta td biasalah..dlm perjalanan p ofis, keje kakyang dlm kreta semak whatapp ngan fb. abg kat sebelah driving la apa lagi ye dok?

mcm biasa, whatapp yg dari group member plg femes asyik berbunyi jer pg ptg siang mlm tak kira masa tu..

alkisahnya satu couple sefamily ni p makan angin kat korea minggu lepas. so depa dah balik terus la wasap bgtau  dah sampai m'sia semula. tp abis demam semua sbb tak tahan sejuk kat sana..mmg musim sejuk lg kan..alkisahnya diorang bawak baju tak cukup sbb salah dpt info dari travel agent..

agent bg info time diorang p tu dah tak sejuk. so masing2 bawak baju biasa jer la, sekali kat sana negetif celcius lg!..siap snowing lagi..alolo..kesiannya...

Bukan kakyang gelak sbb diorang demam. haih! tak baiktau gelakkan org sakit.

yg kakyang gelak ni sbb couple ni pun travel agent jugak..slalu dengar diorang uruskan kawan2 yg nak melancong. jd kakyang ngan abg pun pelik la. ait? travel agent, tak kan tak tau info tempat nak pergi tu mcm mana cuacanya? dah tu info kat internet melambak2, tak kan ler tak semak dulu info2 apa yg patut? lg satu kalau tersalah info pun, kat sana kan senang nak dpt baju tebal/winter kot ni..murah2 plak tu..takkan ler tak leh p beli? diorang pun bukannya org yg jenis korek tabung mcm kakyang ni...huhuhu

nak wat cam ner kan..dah nasib.. moral of the story? next time kalau nak p melancong..semak2 sendiri info yg berkaitan tempat nak pergi tu..jgn percaya agent buta2.. hehe

eh...cerita kakyang p korea aritu tak update lg kan?..hmmm bila nak update ni? malas lah nak upload gambar2...

Tuesday, March 27, 2012

Bos..oh Bos..

adeh..pening kepala kakyang layan bos gila kerja mcm ni. mana taknya..pg2 ni kakyang dpt call dari kementerian bgtau yg bos kakyang dah setuju nak jd hos mesyuarat besar next week. NEXT WEEK! gila ke apa bos kak yang ni...mana sempat nak buat preparation woi..agak2 la kalau besarhati nak publicity pun..adoi la..yg nak buat semua2 kerja remeh tu kakyang..dah la kakyang ni takde assisttant...lemah semangat tul dpt bos mcm ni...

Friday, March 16, 2012

Mati itu pasti...

Jumaat 2 minggu yg lepas, pakcik abg meninggal. boleh consider berita mengejut juga la bg kami sekeluarga. wpun  mmg dah tau dia lama sakit, tp kami tak sangka akan meninggal cpt lagu tu.

alkisahnya pakcik abg ni baru start pencen bulan sept tahun lepas. start jer pencen terus dia jatuh sakit. batuk2 berpanjangan, sampai susah nak bernafas. dah jd lagu tu, family dia bawak la p spital. testing2. dpt tau paru2 penuh air. tebuk la dada tu utk kluarkan air. sambil tu further testing lg sbb nak tau punca apa jd lagu tu...end up dpt tau kemungkinan cancer.

Makcik abg tak mau percaya. so p cari 2nd opinion dari hospital lain. p lg 1 hospital pun ckp mcm tu gak, kemungkinan cancer. utk lg kompemkan, nak kena buat further testing lg la. lg sekali makcik abg cuba deny perkara tu. tak tahu la kat mana yg dia takmau percaya sngat ckp dr tu. maybe dari cara dr ckp 'kemungkinan' tu yg tak meyakinkan makcik..lgpun, masa 2nd test tu, hospital tu ofer, nak kimo terus atau nak try satu ubat ni yg masih lg dlm research. bila makcik tanya further,  dr ckp, kalau nak try ubat baru, terus boleh enrol masuk program tu. dan semua perbelanjaan perubatan ditanggung hospital. tp pakcik jd bhn ujikaji la. kalau nak kimo, semua tanggung sendiri dan uruskan sendiri. sekali makcik tak puas hati part urus sendiri tu..terus sentap tak mo buat further check lg dah..

start dari situ, terus berubat cara kg je la. mcm2 diorang try, hemopathy, urut, bomoh, darulshifak. dari sedekat2 tempat sampai la ke johor. tu pun yg last nak try ngan bomoh kat kedah tak jd..

hasir dari perubatan mcm2 tu..mcm2 gak la keputusan yg kluar. p bomoh santau, bomoh kata kompem kena santau. kebetulan plak pakcik mmg ada sejarah kena santau. most bomoh yg diorang buat rawatan tu ckp santau. kalau perubatan cara islam plak dia kata cancer jugak. so buat la semua. pi homopathy, dia kata bukan cancer, tp ada ketumbuhan. dekat nak abis hayat pakcik tu, dr tu ckp ketumbuhan tu dah  baik pun. tp bila kami tengok condition pakcik makin worsen, pelik la pulak kan..

masuk tahun baru kami boleh nampak condition pakcik makin teruk. duduk serba tak kena,  badan makin kurus sbb tak lalu nak makan, batuk mcm tu jugak, badan makin senget kononnya bekas tebuk tu sakit dan berbenjol. bila tanya makcik naper jd mcm tu mcm makin teruk. dia kata tu semua sbb urat jer..tanya anak2 dia, ayah kamu tu ada perubahan ke berubat cara kg? semua ckp ada perubahan. tp kami org luar ni nampak mcm makin teruk jer..kakyang n abg dah mula cuak dan bimbang.

kakyang dah start basuh abg suruh nasihat keluarga pakcik dia p hospital balik sekurangnya scan la semula tengok apa condition. bila abg suarakan kat makciknya, asyikla ckp nak bawak nak bawak. sampai lastnya..kami dpt berita pakcik meninggal jumaat tu..

atas sbb ingin tahu, kakyang ada juga tanya2 anak pakcik. takde tanda apa2 ke kat badan ayah tu? anak pakcik ckp ada. benjolan yg diorang dok kata urat bersimpul sbb masuk angin masa pakcik buat endoscopi utk ambik sample kat dada tu mcm bernanah. tp masa meninggal tu tak pecah pun. bila kakyang dengar mcm tu, kakyang dah agak, ramalan kakyang sebelum ni betul. rasanya comfirmed yg pakcik tu ada cancer. sbb dari pengalaman2 kakyang mengadap sedara yg sakit sbb cancer ni, kalau benda tu tak buat treatment, mmg dia akan bengkak dan bernanah. wallahualam..

barang dah lepas pun kan. pada keluarga pakcik/makcik abg tu, kakyang ucapkan takziah. setiap yg hidup pasti mati, cuma cara kematian kita jer yg belum pasti mcm mana. iktibar yg boleh kita ambik dari peristiwa ni, nak tak nak cuba la percaya juga pd perubatan moden...sbb dgn perubatan moden kita boleh nampak dgn jelas dan terang..wallahualam.

AlFatihah..