Thursday, December 22, 2011

Adab bertamu

kdg2 bila kita yang jd tetamu org, kita tak perasan do and dont nya kan. bila org bertamu rumah kita baru kita perasan semua perkara tu.

Minggu ni kakyang kalut skit sbb kakak kakyang sekeluarga dtg dari kampung. diorang dah suarakan nak datang pada masa kakyang balik kg hari tu. dah ckp nak dtg seminggu. kakyang pun dengan lapang hati ckp ok. datang la rumah.

so diorang dtg dari jumaat lepas sampai ler semalam, rabu. brapa hari ek? 6 hari gak la kan. so start dari hari sabtu - rabu ada je la plan jenjalan. sabtu p rumah sepupu di cheras, ahad p snowalk, isnin p mana ek? , selasa p wetworld, mlm plak p rumah sepupu di puncak alam, rabu p makan2 ngan abg long kakyang. mmg pack gilerlah. 

penat ek layan tetamu ni. kakyang sampai tak cukup tidur la. sbb tiap2 agenda tu sampai t/mlm. awal2 pagi dah bangun masak sarapan etc. peh tu kluar jln2 lagi. bukan nak merungut, tp teringat pesan org2 tua, katanya, kalau bertamu rumah org, jgn lebih dari 3 hari.

Jd kakyang rasa ada benarnya pesanan org2 tua tu. kakyang rasa sendiri kali ni bila menerima tetamu dlm tempoh yang panjang. 2,3 hari yg pertama tu ok lg, tp bila masuk hari ke 4,ke5, rasa penat dah. penat layan karenah anak2 & sepupu diorang. nak dimarah, kang ibu bapanya kecil hati pula. abis2 pun marah/tegur anak sendiri je lah. penat nak jaga hati tetamu. penat mengekjas waktu dengan abg. dia tu berangin skit. nak buat apa2 bukan boleh main terjah mcm tu jer.nak pulak abg ipar kakyang tu leh tahan songelnya. hari2 ada jer plan tergemparnya. tetiba jer turun dari tingkat atas bgtau ada kawan dia nak dtg rumah. esok pulak tetiba bgtau nak pergi rumah sepupu dia pulak. abis semua plan yg kakyang buat. kena adjust2 semula dengan masa abg. abg tak suka perkara2 unplan ni.

peh tu kakak kakyang pulak memandai p mengemas dapur kakyang yg berselerak tu. abis segala benda dia ubah sana, ubah sini, buang itu, buang ini. nasib baik kakyang sedar. kutip balik dari tong sampah. adoila..sib baik ler kakak sendiri. kalau ipar tu mau jd gaduh. tp terima kasih juga kat dia, sekurangnya bersih skit dapor kakyang tu. hehehehe

iktibarnya? next time kalau ada tetamu nak stay kat rumah, kakyang akan terus terang limitkan penginapan anda 3 hari jer. supaya saya tidak membuat dosa kering tanpa disedari. huhuhu

dan kakyang kena ingatkan diri juga, next time kalau bertamu rumah org, jgn lama2. jgn susahkan tuan rumah. heheheh

Monday, December 19, 2011

Sayu

Semalam, masa baring2 nak tidor, anak kakyang tanya.

Adik: Ibu, naper ayah  asyik taknak join kita?
Ibu: mmmm...ayah kan tak sihat, ayah tak larat nak lasak2.

anak2 kakyang diam lah lepas kakyang bg jawapan mcm tu. tak de soalan balas spt selalu lepas tu. itu jawapan yg sebaik mungkin kakyang  boleh bg pd anak2. anak2 ni diorang amat sensitif. kita ingat apa tingkah laku kita diorang tak peduli. asyik main jer kan. rupanya deria observation diorang amatlah kuat. mcm span, brapa banyak dituang, banyak tu la diserapnya. kita acuan, dioranglah kuihnya.

sayu kakyang dengar soalan anak2 tentang ayahnya. tp nak wat lagu mana, mmg ayahnya mcm tu selama ni. dia stakat tukang ngantor-ambik jer, nak join tak de ler..kakyang cuba ambik yg positif maybe betul sbb sakit nya tu yg membuatkan abg susak nak lasak mcm org lain. nak tanya lebih2 pun, abg bukan org yg suka memberi jawapan. so, pandai2 lah kakyang cover apa yg ptt..

so anak2, stay closed ngan ibu yer...ibu akan cuba mengembirakan korang. uh...sedihnya.

Thursday, December 15, 2011

Muslihat. Motif

tetiba kakyang dpt wasap dari sorang kenalan lama. dia dok bertanya khabar kakyang etc dari situ la. pot pet 2,3 kali berbalas wasap dari pg sampai mlm. yg mlm tu kakyang baca lewat skit sbb kakyang tengah masak dinner. anak kakyang la dtg dapor hulur hp bgtau ada wasap.

kakyang suruh dia close dulu. nanti kakyang baca.

dah abis memasak, dah selesai makan, kakyang pun belek2 la hp sambil rehat. nak baca msg wasap td  ler. rupanya kenalan lama td dok antar msg lg. reply balas reply balas, hujung 2 dia kata oklah kena stop sbb bateri kong. akak kat jb ni ngan xxxxx...

terkebil2 mata akak baca last msg tu..watdehek dia ni...apa motip dia nak tulis hujung tu kan?

sapa xxx tu? ekceli dia tulis nama org tu. org tu xbf kakyang dolu2. dan kakak ni mmg tau la hal kakyang ngan xxx ni sbb dia pun keje satu ofis ngan kakyang dulu. maknakata 3-3 org kami ni seofis la. xxx bos. kami kuli.

bila xxx buka company sendiri, kenalan kakyang ni pun ikut join keje kat ofis tu jugak. masa ni kakyang dah masuk kampus sambung belajar semula. alkisahnya masa kakyang masih dok calling2 xxx kakyang ni, sekali kakak tu angkat. pot pet la sembang ngan dia sekejap sbb tak sangka dia pun keje sana. dlm2 dok citer tu dia selit bgtau, ala, xxx tu pernah ngorat akak dulu...bla bla bla. kakyang dlm hati dok pk, eh ye ker? betul ke xxx tu ngorat dia? sbb setahu akak, dari awal akak tu join sykt dulu pun dia dah kawin. tak kan ler xxx tu sanggup nak ngorat bini org? masa tu kakyangtak putus ngan xxx tu. dan kakak ni join sykt dlu tu dekat kakyang nak brenti keje ...haih...betul ke citer ko ni kak...susah kakyang nak percaya ..

balik semula citer wasap td. kakyang pk positif lagi..agaknya ofis diorang ada family day kat sana kot...tp apa tujuan dia nak bgtau yg dia ngan xxx tu? eleh..saja jer nak bg kakyang jeles la tu kot..

watever lah kak...hehhehehe

Salah siapa?

td ada pegawai kakyang datang nak jumpa bos. kakyang tanya kenapa? dia bgtau la nak suruh bos sign surat sokongan sambil tunjuk surat tu. kakyang baca sekali lalu. rupanya surat minta buat installment potongan gaji. eh..potongan gaji?

baca detail lg. rupanya selama ni dia dok kuartes kerajaan tak berbayar. elaun rumah masih tetap diterima mcm biasa..ptt elaun tu dipotong bila duduk kuartes.

kakyang pun tanya la, tak sedar ker elaun tu masih diterima selama ni? dia ckp sedar, tp diamkan jer.kakyang senyum je la..nak wat gapo lgdah, mmg lagu tu perangainya kebanyakan org ni..

ish tak tahu la mcm mana org leh ada perangai mcm tu. tak kesah ambik benda bukan hak mereka. sekali dpt trace mcm ni, haaa terduduk nak bayar balik..25k tu dik oiii dia nak kena bayar...camner citer tu?

Tuesday, December 13, 2011

Kecil hati

hari ni semua fb, ym kakyang berstatus mcm tu..naper ni..gaduh ngan abg lg ker? mesti korang pk mcm tu ek..

idak aih..kalau gadoh2, kecik2 hati ngan cik abg, tak leh tulis status mcm tu..kang lg sekali abg ribut topan. plg2 nak luahkan perasaan sngat pun kakyang tulis kat sini jer. sbb abg tak tau kewujudan blog ni.  biarlah rahsia.kekekek

apa kesah kecik hati ni..?
alkisahnya..poyo jer kakyang ni dok timbang tara nak bgtau ke tak kat bff (bff ker..?) yg kak yang nak p cuti ke korea xmas ni. timbang punya timbang last2 kakyang bgtau juga . baru 2,3 hari lepas kakyang kabor ke dia. kang tak kabor, tup2 timbul gambar kat fb, kena hambur eksen pula. kabor je lah...bff? kakyang kata ok ler tu sesekali  dpt p negara luar. kakyang pun rasa lega dah la.

tup tup semalam kakyang ternampak gambar anak dia dekat kedai universal travel tengah testing2 earmuff..eh, takde pula dia kabor ke kakyang yg dia nak bercuti. kakyang pk positif lg, agak2nya dia sesaja jenjalan kat shoping complex terjumpa kedai ni dan sengaja try2 barang jer kot..tp kakyang pk lg. ada ker org yg saja2 nak try kalau betul tak de nak guna brg tu? hmmmm...muskil nih.

kakyang pun saja jer ym bff? kakyang ni. direct tanya dia jer. aku nampak gambar anak ko pakai earmuf tu. ko p mana? dia pun buat2 ler tak tahu gambar mana. dia kata dah lama tak upload gambar apa pun. so kakyang citer la sok sek sok sek mana kakyang nampak gambar tu...peh tu baru ler dia ckp, aku nak p beijing minggu depan. tengah beli brg skit2 kat kedai tu...

oooo...melopong je la kakyang dengar pengakuan bff? kakyang tu..bukan melopong apa, melopong sbb terpk kepoyoaan kakyang sendiri. kakyang ni ye ye la dok pk nak bgtau dia yg kakyang p jalan, takud dia kecil hati..tp dia tak heran pun nak bgtau kakyang..sedihnya....

Tuesday, December 6, 2011

Happy belated birthday!

Semalam birthday kakyang sendiri. heheheh nak bgtau gak tu. tak malu sungguh. apa hadiah birthday? tak de hadiah apa pun, kek pun tadak. dpt wish dari abg ngan anak2 pun jdlah...adik kakyang wish tambah anak buah lg sorang. hahahaha....
alhamdulillah..dipanjangkan lg umur kakyang ni..harap2 tahun2 yang akan dtg  bertambah barakah. dimurahkan rezeki, diberi kesabaran yg banyak, bertambah keimanan, kesihatan yg baik,  ketakwaan kepadaNya dan harap2 umor yg panjang di diberkati Allah...insyaallah..

Friday, December 2, 2011

Sunat atau wajib

sabtu minggu lepas, 26 nov tu kakyang sunatkan anak2, si along dan si adik ler..2 tu jer anak kakyang pon. 2-2 lelaki you... :D

Alkisahnya sejak menjak diorang tahu tarikh nak disunatkan sebulan yg lalu, masing2 membilang hari la. si along hari2 nengok kalendar. "dik, lg sebulan kita sunat dik.", esok lusa tengok lg kalendar.."dik, lg seminggu kita sunat dik". esok lusa tulat dok tengok kalendar lagi hari-hari.."dik, esok kita sunat dik!" dah makin cuak nadanya.

ha..lagu tu la si along. apa cer si adik pulak?

si adik dok ketaq lutut. hari-hari dok tanya kakyang." sakit tak sunat tu bu?" kakyang jwb," tak sakitlah. sakit sikit jer.." aih, mana satu ni, sakit ke tak sakit? jawapan si ibu pun mengelirukan..hehehe

esok lusa tanya lagi, " ibu. adik dah tanya kawan2 adik yg dah sunat...diorang kata sakit!" si ibu pun jwb" sakit sikit jer, mcm adik kena cucuk tu jer..tak pun sakit mcm adik luka jatuh beskal jer. jatuh beskal sakit tak?" adik geleng kepala tanda tak sakit sambil mata terkebil2 pk betul ke tak sakit? :P

lagi dekat tarikh nak sunat, lg banyak adik bertanya. hari-hari bertanya.."bu, adik takut la nak kena sunat", " ibu, mesti sakitkan sunat tu..", ibu, sunat tu mcm mana?"

haih mau naik angin kakyang dok menjawab soalan dia jer. si along tu relex jer. dengar jer adik dia dok ketaq lutut.

bila dok banya tanya sangat, kdg2 kakyang saja sakat diorang. "mana nak?  nak jd lelaki ker..nak jd prempuan? kalau jd lelaki, kena potong sekali jer, kalau nak jd perempuan, kena potong berkali-kali, tiap kali branak kena potong. mana nak?" hehehehe

esok nak sunat, hari ni dok lailitamplom plak sapa nak masuk dulu?. lastnya pg tu kat klinik, si along volunteer  masuk dulu,. yg lain pun relakan jer.

si along awal2 dah tanya dr." Dr, ada apa2 benda nak gigit tak? along takut sakit." senyum dr dengar soalan anak kakyang tu. lastnya dia gigit kain pelikat yg dia pakai tu jer. sakit time kena suntik ubat bius jer. kejang2 kaki tahan sakit. dah kebas peh tu, buat ler apa pun tak sakit pun.

dlm dr dok proses tu dia dok tanya dr dah buat apa tu? naper along nampak mcm jarum jer ni..naper ada benang je tu? haih...jenuh nak menjawab.

peh tu turn si adik pulak masuk. mcm tu la juga. terkejang2 kaki sakit kena suntik ubat bius. meleleh gak ler air mata si adik tu. tp dia brani skit, dan sbb kuat sngat bertanya, kakyang bg dia tengok apa dr buat kat bird dia tu. time tu dah siap potong dah pun, dr tengah jahit bird dia. nampak jarum tu dia mcm kecut perut, tp bila dr cucuk sana cucuk sini tak sakit, dia dah xcited la nak tengok sampai abis. kejap jer dah siap 2-2 anak kakyang disunatkan....alhamdulillah.

2 hari peh tu dtg balik klinik sbb nak buka balutan. nangis2 la si along tu sbb sakit balutan tu melekat ngan luka. lastnya buka separuh jer, lg separuh dia usaha buka sendiri kat rumah.

si adik plak, ngan machonya buka sendiri. dia tak bg dr buat sbb takut sakit. bila buka sendiri dia confident. so dr pun biarkan dia  buka sendiri. zup zap tak sampai seminit dah terbuka semua. abis cerita.

hari ni 2-2 tu kakyang dah antar rumah sepupu. 2-2 pakai kain lg, tp dah tak pakai mangkuk utk cover bird tu dah..tu pun sbb kakyang gertak. " nak p beli baju tebal tak...?"

psyko tak kakyang  ni? kekekeke