"Nak p mana?" kakyang terus tanya mcm tu sbb dah tau tujuannya.
"Bukit Condong."
"yg kat kemensah tu ke?"
"tak. tak. ini yg kat langat."
dari mesej itulah, maka terjadinya trip rintis Bukit Condong semalam.
Kami 9 org masuk rintis Bukit Condong yang terletak tak jauh dari Kg Jawa, Hulu Langat. Bukit ni sebenarnya dah pernah di jejak oleh Jimmy and the gang. last week kakyang ada nampak diorang up gambar di puncak. Puncaknya ada trigonometri/beirut.
Starting point bermula dari hujung kg. kakyang parking di luar sedikit sbb tak berani nak meredah jalan berbatu kerikil hingga ke starting point. baru je kluar dari kereta, nampak myvi merah lalu kluar dari jalan tu. Muaaaaaa mmg king lah. kakyang tak mo lalu. syg kereta weh bersagat bawahnya nanti. lgpun kakyang pemandu baru. belum cukup mahir nak mengawal stereng mencari jalan yg ok.
Berbalik semula ke cerita hiking..hihi.
selepas semua get ready, kami mulakan perjalanan dgn melalui denai kecil di tepi kolam yg terletak di sebelah kiri kawasan. denai tu membawa naik ke denai yg berbatu2 besar dan berkawasan yg penuh dengan pokok paku pakis. dari situ kami memanjat batu2 besar yg mungkin juga bekas air terjun kering.
trek tersebut makin menegak ke atas membawa ke trek tanah merah yg terletak di tebing atas. trek tanah merah ni terjadi hasil sodokan buldozer untuk projek pilon elektrik.
di penghujung trek tanah merah tersebut, kami naik ke kanan untuk mula merentas dan merintis buluh, resam, rotan dan bertam yang agak tebal.
cuaca agak panas. almaklumlah bukit kecil mmg akan terlindung dari angin. di kejauhan nampak banjaran gunung ganang yg terletaknya lentang legong, nuang, gunung besar hantu dan yang lain.
hampir sejam juga kami mencantas dan meredah bertam sebelum kedengaran laungan jimmy dan hirman di hadapan yg memaklumkan telah jumpa beirut.
mereka clearkan sedikit semak samun untuk memberi laluan berehat dan bergambar sebelum mula turun kembali ke starting point.
dlm perjalanan turun, kami sempat mengutip pucuk paku yg meriah tumbuh meliar di sepanjang jalan.
makanya.. kembalilah kami ke rumah dgn masing2 membawa hasil tuaian pucuk paku sebagai buah tangan..