Tuesday, December 31, 2019

Gunung Tahun ni

Dekat FB ramai dok melayur list gunung apa yg dah naik utk Tahun 2019... 
kakyang tengok panjang2nya list diorang. hebat2

list kakyang pendek je wak. huhu

Datuk
Bkt Broga-Gunung Tok Wan 
Bkt Tabur 
Denai 3 Puteri 
Bkt Melati 
Gunung Angsi 
Trip 3G-Kembang-Prau-Andong 
Trans CUS
Trusmadi
nuang via janda
Pass-yellow
Sarut
Trans SM
Trip 3s
Kemensah Trail-Pondok Ripen
EBC

Friday, December 13, 2019

Ada apa dengan minyak wangi?


Tengah sarung kasut sport utk pergi workout. Berselisih dgn anak kecik yg baru balik dari kedai.
"ibu nak p mana? “
“workout"
"ye ker...mcm nak p dating jer... "
"x caye, jomlah ikut. Ibu ajak workout tanak pula. Kenapa pk ibu nak p dating? “
“sbb ibu wangi sangat! “

adehlaaaa anak kakyang ni. hiks

yg dia tu. nak p kedai sebelah rumah tu pun siap spray minyak wangi bagai. mahal plak tu. apa taknya, tiap kali nak keluar je, mesti masuk dlm bilik kakyang dan ambik spray perfume tinggalan ayahnya. parfume ayahnya tu bukan cikai2 punya brand. yg dipilihnya brand yg paling mahal. bila maknya ni nampak. hampir nak terjojol biji mata. tp bila sedar siapa lg yg nak warisi minyak2 wangi tinggalan tu? biar je lah dia spray.



Thursday, December 12, 2019

rawan

hari ni member ofis ajak lunch kat luar.
tp kakyang tolak pelawaan.
tengah rawan.
semua bercampur baur.
huhuhu

Friday, December 6, 2019

Happy belated besday!

tiap kali besday sendiri tiba, kakyang akan rasa sedikit hiba. sbb org yg sentiasa wish besday dah tiada. apatah lg nak belanja kan?  semalam kakyang post benda ni kat fb. konon2 nak buat lawak lah. tp bila menderu wish besday masuk, kakyang terus rasa pathetic pula. hahahaha

mana taknya pun, org wish besday selepas kita announce hey! today is mai besday! wish me! wish me!

bodo kan?

nak terima wish2 tu pun tak rasa ikhlas sbb minta org wishkan. hahahahaha watever ko lah kakyang. bengong.

sebenarnya dpt wish dari anak2 pun dah cukup utk kakyang. kakyang bukan lah org yg suka dirai. cukuplah yg terdekat je. tp nampaknya yg terdekat dgn kakyang tu hanya tinggal anak2 je pun.

eh.. ckp yg terdekat ni kan. kakyang gelihati sebenarnya bila anak kakyang tak percaya yg kakyang ni xde boipren. sibuk lah dok ingat ibu dia keluar dating. pdhal kakyang dah bgtau kakyang kluar pergi workout. balik rumah, anak tanya.. ibu pergi dating ke?

kakyang mcm ...??? 

"kann ibu dah bgtau ibu pergi workout? "balas kakyang.

"ye kerrrrr???"  anak kakyang balas dgn nada x percaya. hahahahhaa


adoiii anak. ko ingat ibu ko ni muda lagi ke nak berbf bagai. dgn muka mcm cina bukit dah kerepot ni, ko ingat ada org nak berkenan lg? hahahahaha