Alhamdulillah.. sept lalu kakyang berjaya juga menawan gunung ke2 tertinggi di Malaysia.. Gunung Trusmadi!
entah kenapa, gunung ni mcm memanggil2 kakyang utk ke sana. asal tengok fb jer, nampak iklan ke gunung ni. sana sini iklan ajak mai sini. kakyang mulanya dok menunggu team BDS utk buat trip ke sini. tp memandangkan masih tiada dlm perancangan dan gunung ni makin menyeru2, kakyang terus minta izin diorang utk pergi sendiri dgn salah satu iklan yg kakyang nampak di fb.
makanya, tak sampai 2 minggu sebelum tarikh kejadian, kakyang terus sahkan penyertaan. takde toleh2 dah.
pastu tetiba seminggu sebelum tarikh berangkat, kakyang jatuh di gunung pasir. kaki kiri bengkak teruk. tangan kanan terhentak semasa jatuh menyebabkan siku bengkak dan bengkok. doctor nasihatkan jgn hiking.
tp kakyang degil juga. sbb tiket semua dah beli. pekej trip dah bayar. jdnya, kkyang pergi juga ke KK. dgn niat, ada rezeki, adalah. janji cuba mana yg terdaya.
makanya, bila dah sampai ke kem sinua, pg tu kakyang mulakan trip dgn tawakal kepada Allah sahaja. perjalanan dari kem 1 ke kem 2 lulus tanpa sebarang masalah.
lepas menginap semalam di kem 2, midnite mulakan trip utk summit attemp. ada 2 puncak yg perlu sampai sebelum ke puncak sebenar trusmadi.
dari kem 2 ke puncak 1, alhamdulillah kakyang berjaya sampai juga. teruskan perjalanan ke puncak ke2. masa trekking puncak ke2, guide bgtau kena sampai ke puncak trusmadi (puncak ke3) sebelum kul 7) masa tu kakyang baru turun ke lembah puncak 2. belum pun naik ke puncak 2! jam dah hampir kul 6.am? alamak. sempat kah?
pastu guide bgtau lg, kalau dlm perjalanan ke puncak 2, kita dah jumpa team turun, kakyang kena ikut turun juga.
rasa mcm nak menangis dah masa tu. aduhaiii.. dah nak sampai puncak 2 kot, kalau kena turun, terasa ruginya...
kakyang tawakal je. dlm hati dok doa.. Ya Allah, kau berilah rezeki untukku...
alhamdulillah... 6.30 kakyang sampai ke puncak 2! kakyang terus pujuk guide.
"boleh ye.. kita teruskan ke puncak ye." sambil buat muka minta simpati.
"saya cuba lg yer.. " lg ayat minta simpati
dlm hati kakyang dok estimate..800m jer lagi. 800m jer lagi.. boleh. aku boleh! masa dlm perjalanan tu dah selisih dgn teammate turun. semua ckp semangat kak! sikit je lagi!
ok ok. kakyang kuatkan semangat!
alhamdulillah.. tepat2 kul 7am kakyang berjaya sampai ke puncak Trusmadi!
terima kasih Allah! terima kasih atas rezekimu!
bergenang air mata sorang2 kat puncak! syahdu weh
tahap kesukaran: 8/10
|
kem 1 |
|
tangan kanan tu cengkoi. x boleh lurus. masih bengkak teruk |
|
sebelum mulakan pendakian. |
|
ye..ye.. kakyang tahu kyang terlalu sweet utk korang. sedutlah banyak2 |
|
take 5 di trek balak dekat waterpoint |
|
kem 2 |
|
sunrise. x sampai puncak 2 lg time ni. baru separuh. hati dah berdebar takut tak boleh lepas COT |
|
puncak sebenar trusmadi dari pertengan jln dari puncak 2 |
|
kinabalu boleh nampak dari trusmadi |
|
kejayaan seiring air mata shahdu |
|
subhanalllah |
|
sampai ke end point akhirnya.. |