Tuesday, December 31, 2019

Gunung Tahun ni

Dekat FB ramai dok melayur list gunung apa yg dah naik utk Tahun 2019... 
kakyang tengok panjang2nya list diorang. hebat2

list kakyang pendek je wak. huhu

Datuk
Bkt Broga-Gunung Tok Wan 
Bkt Tabur 
Denai 3 Puteri 
Bkt Melati 
Gunung Angsi 
Trip 3G-Kembang-Prau-Andong 
Trans CUS
Trusmadi
nuang via janda
Pass-yellow
Sarut
Trans SM
Trip 3s
Kemensah Trail-Pondok Ripen
EBC

Friday, December 13, 2019

Ada apa dengan minyak wangi?


Tengah sarung kasut sport utk pergi workout. Berselisih dgn anak kecik yg baru balik dari kedai.
"ibu nak p mana? “
“workout"
"ye ker...mcm nak p dating jer... "
"x caye, jomlah ikut. Ibu ajak workout tanak pula. Kenapa pk ibu nak p dating? “
“sbb ibu wangi sangat! “

adehlaaaa anak kakyang ni. hiks

yg dia tu. nak p kedai sebelah rumah tu pun siap spray minyak wangi bagai. mahal plak tu. apa taknya, tiap kali nak keluar je, mesti masuk dlm bilik kakyang dan ambik spray perfume tinggalan ayahnya. parfume ayahnya tu bukan cikai2 punya brand. yg dipilihnya brand yg paling mahal. bila maknya ni nampak. hampir nak terjojol biji mata. tp bila sedar siapa lg yg nak warisi minyak2 wangi tinggalan tu? biar je lah dia spray.



Thursday, December 12, 2019

rawan

hari ni member ofis ajak lunch kat luar.
tp kakyang tolak pelawaan.
tengah rawan.
semua bercampur baur.
huhuhu

Friday, December 6, 2019

Happy belated besday!

tiap kali besday sendiri tiba, kakyang akan rasa sedikit hiba. sbb org yg sentiasa wish besday dah tiada. apatah lg nak belanja kan?  semalam kakyang post benda ni kat fb. konon2 nak buat lawak lah. tp bila menderu wish besday masuk, kakyang terus rasa pathetic pula. hahahaha

mana taknya pun, org wish besday selepas kita announce hey! today is mai besday! wish me! wish me!

bodo kan?

nak terima wish2 tu pun tak rasa ikhlas sbb minta org wishkan. hahahahaha watever ko lah kakyang. bengong.

sebenarnya dpt wish dari anak2 pun dah cukup utk kakyang. kakyang bukan lah org yg suka dirai. cukuplah yg terdekat je. tp nampaknya yg terdekat dgn kakyang tu hanya tinggal anak2 je pun.

eh.. ckp yg terdekat ni kan. kakyang gelihati sebenarnya bila anak kakyang tak percaya yg kakyang ni xde boipren. sibuk lah dok ingat ibu dia keluar dating. pdhal kakyang dah bgtau kakyang kluar pergi workout. balik rumah, anak tanya.. ibu pergi dating ke?

kakyang mcm ...??? 

"kann ibu dah bgtau ibu pergi workout? "balas kakyang.

"ye kerrrrr???"  anak kakyang balas dgn nada x percaya. hahahahhaa


adoiii anak. ko ingat ibu ko ni muda lagi ke nak berbf bagai. dgn muka mcm cina bukit dah kerepot ni, ko ingat ada org nak berkenan lg? hahahahaha



Thursday, November 21, 2019

Opps... I did it again!

again!
another trip hike gunung back2back!

kali ni kat yogja lg. buat tektok 3 gunung on trip rahsia. hahahahahah
diorang ada hati nak pergi tak bgtau. end up kakyang dpt hidu dan ckp nak ikut.

sebenarnya ni trip rahsia redah the macho men. tp kakyang sibuk nak ikut bila dah dpt tahu. since kereta ada seat kosong, diorang benarkan kakyang ikut. makanya..kakyang the only gegel in the trip!

kakyang tanak lepaskan trip ni since its a rare trip kot. drive sendiri di negara asing. hanya berpandukan waze/maps. pastu naik gunung pun xde ambik guide apa2. pastu back2back gunung! osem sangat..

layan gambar. wpun x seberapa sbb bukan rezeki kami. minggu kami pergi cuaca x elok. 1st gunung hujan sepanjang hari, 2nd, 3rd x hujan. tp kabus tebal.

tak kesah lah. yg penting the memories..
the master men

turbulence skit masa nak pergi

tunggu kereta sewa

da sampai.. gerak lu paper roger

1st basecamp: gunung kembang

dlm angkutan nak ke point hutan

kabus semata

ayoh mulakan!

gambar dulu deh!

1st peak! Gunung Kembang

2nd basecamp: Gunung Prau

gambar dulu deh

ayuh tektok!

penat bangat nih

sampai suda...2nd mountain: Gunung Prau

Macik and the macho boys!

take 5. 

jgn salah jalur!

padu teruk

driving the whole trip in kabus

Sindoro itu pernah ku tawan beberapa bulan terdahulu

basecamp Andong

dos n donts

gambar duluan sih

mana satu aman?

we!

mana puncaknya?

aduh... jauh lg..

yeaaaaa! dah sampai! 3rd mountain: Gunung Andong

we did it again!

ayoh balik dulu ya

sampai ketemu lagi lain kesempatan

Wednesday, November 20, 2019

Anak

parents kukuba tengah rancang majlis potluck sebelum anak2 habis exam spm. antara agenda yg diorang rancang adalah utk bg sumbangan kepada pelajar yg bertaraf anak yatim. nama anak kakyang termasuk dlm list tersebut.

tp.. knowing anak kecik kakyang tu, dia tak suka bab2 mcm ni. dia tak suka org dok pandang dia sebagai anak yatim. dan dia tak suka simpati  org.  dia sedih dan sensitif sebenarnya.

kakyang mcm nak je minta diorang keluarkan nama anak dari list tu. mcm tak layak pula utk terima sbb kakyang masih mampu sara diorang. biarlah yg lebih berhak terima. tp mcm nak biarkan je juga. rezeki anak, biarlah kan?

so mcm mana ye?


Trusmadi checked!

Alhamdulillah.. sept lalu kakyang berjaya juga menawan gunung ke2 tertinggi di Malaysia.. Gunung Trusmadi!

entah kenapa, gunung ni mcm memanggil2 kakyang utk ke sana. asal tengok fb jer, nampak iklan ke gunung ni. sana sini iklan ajak mai sini. kakyang mulanya dok menunggu team BDS utk buat trip ke sini. tp memandangkan masih tiada dlm perancangan dan gunung ni makin menyeru2, kakyang terus minta izin diorang utk pergi sendiri dgn salah satu iklan yg kakyang nampak di fb.

makanya, tak sampai 2 minggu sebelum tarikh kejadian, kakyang terus sahkan penyertaan. takde toleh2 dah.

pastu tetiba seminggu sebelum tarikh berangkat, kakyang jatuh di gunung pasir. kaki kiri bengkak teruk. tangan kanan terhentak semasa jatuh menyebabkan siku bengkak dan bengkok. doctor nasihatkan jgn hiking.

tp kakyang degil juga. sbb tiket semua dah beli. pekej trip dah bayar. jdnya, kkyang pergi juga ke KK. dgn niat, ada rezeki, adalah. janji cuba mana yg terdaya.

makanya, bila dah sampai ke kem sinua, pg tu kakyang mulakan trip dgn tawakal kepada Allah sahaja. perjalanan dari kem 1 ke kem 2 lulus tanpa sebarang masalah.

lepas menginap semalam di kem 2, midnite mulakan trip utk summit attemp. ada 2 puncak yg perlu sampai sebelum ke puncak sebenar trusmadi.

dari kem 2 ke puncak 1, alhamdulillah kakyang berjaya sampai juga. teruskan perjalanan ke puncak ke2. masa trekking puncak ke2, guide bgtau kena sampai ke puncak trusmadi (puncak ke3) sebelum kul 7) masa tu kakyang baru turun ke lembah puncak 2. belum pun naik ke puncak 2! jam dah hampir kul 6.am? alamak. sempat kah?

pastu guide bgtau lg, kalau dlm perjalanan ke puncak 2, kita dah jumpa team turun, kakyang kena ikut turun juga.

rasa mcm nak menangis dah masa tu. aduhaiii.. dah nak sampai puncak 2 kot, kalau kena turun, terasa ruginya...

kakyang tawakal je. dlm hati dok doa.. Ya Allah, kau berilah rezeki untukku...

alhamdulillah... 6.30 kakyang sampai ke puncak 2! kakyang terus pujuk guide.

"boleh ye.. kita teruskan ke puncak ye." sambil buat muka minta simpati.

"saya cuba lg yer.. "  lg ayat minta simpati

dlm hati kakyang dok estimate..800m jer lagi. 800m jer lagi.. boleh. aku boleh! masa dlm perjalanan tu dah selisih dgn teammate turun. semua ckp semangat kak! sikit je lagi!

ok ok. kakyang kuatkan semangat!

alhamdulillah.. tepat2 kul 7am kakyang berjaya sampai ke puncak Trusmadi!

terima kasih Allah! terima kasih atas rezekimu!

bergenang air mata sorang2 kat puncak! syahdu weh

tahap kesukaran: 8/10
kem 1

tangan kanan tu cengkoi. x boleh lurus. masih bengkak teruk

sebelum mulakan pendakian. 

ye..ye.. kakyang tahu kyang terlalu sweet utk korang. sedutlah banyak2

take 5 di trek balak dekat waterpoint

kem 2

sunrise. x sampai puncak 2 lg time ni. baru separuh. hati dah berdebar takut tak boleh lepas COT

puncak sebenar trusmadi dari pertengan jln dari puncak 2

kinabalu boleh nampak dari trusmadi

kejayaan seiring air mata shahdu

subhanalllah

sampai ke end point akhirnya..

Friday, November 8, 2019

Trans Sri Menanti

ada kawan hiking kakyang ajak ikut rintis gunung kat sri menanti, N9. since dia dok tnegok kakyang komen nak ikut nak ikut di gambar2 gunung dia di fb.

mmg kakyang teringin nak merasa dan melihat sendiri mcm mana merintis trek gunung ni. so bila org dah ajak, kakyang terus terima wpun masa tu sebenarnya anak kecik kakyang ada di rumah. biasanya kalau dia ada/balik, kakyang mmg akan cuba elak masuk hutan sbb nanti kakyang kena hantar dia balik asrama.

memandangkan ofer mcm ni bukan senang2 nak dpt, kakyang terus discuss dgn anak kecik dan alhamdulillah dia memahami minat ibunya dan benarkan kakyang ikut trip rintis. terus kakyang buat arrangement utk dia balik asrama dgn sepupu kakyang.

terima kasih anak ibu!

subuhnya, nazir dan jimmy dtg park motor di rumah kakyang dan kami gerak ke SM dng kereta kakyang. sampai di masjid SM, solat subuh dan berkumpul. dari ramai2, end up hanya kami ber5. dan gegel hanya kakyang seorang. dlm hati dok pk nak proceed ke tidak nih? memandangkan kalau kakyang balik, jimmy/nazir nak balik mcm mana? kakyang decide to proceed as planed.

kami mula naik dari gunung jono. lepas park kereta kat luar kem sri pilah kami mula gerak mendaki entrance Gujung Jono yg terletak sebelah kiri jalan sekitar jam 10pg. trek awal dah mula dgn pacak. trek agak bersemak sbb jarang dimasuki org. pacat banyak jgn ckplah. selepas 3 jam perjalanan santai2 sambil bergambar di beberapa tempat menarik, kami sampai ke puncak Jono. Rehat sekejap dan terus sambung perjalanan ke bukit sangkar puyoh yang hanya ambil masa 20 minit perjalanan dengan trek yg agak landai..

Dari situ kami mula merintis dan menebas semak menuju ke Bukit Machat. Perjalanan sambil menebas mengambil masa 40 minit.

Dari Machat, kaki sambung merintis ke Bukit Payong.  Menurut Jimmy, ada sebahagian trek jupem di situ.  bukit ulu pilah, bukit rambai dan berakhir di gunung pasir.



then sambung ke bukit ulu pilah. sampai dipeak ulu pilah dah lewat petang. kami beberapa kali pusing-pusing di coordinate yg dikatakan peak ini mencari signboard yg dikatakan telah diletakkan di sini. bila gagal mengesan sebarang tanda, kami decide tuk bermalam kat situ. di snilah 1st time kakyang bermalam di kem yang fresh. yg baru di tebas2 dan jd tempat bermalam. nasib baik jimmy bawa hammock, kakyang tido hammok, manakala yg lain di bawah fly. bermalam di situ, sejukkany nauzubillah. 

paginya, misi mencari peak sebenar diteruskan. ada kekeliruan sikit. bila  sign board lama tu letaknya bukan di titik tertinggi peak. so kami letak signboard baru dan marking peak sebenar.  kemudian perjalanan diteruskan ke bukit rambai yg sangat semak dengan resam yang tebal dan permatang. kat sinilah jimmi, abg dill kena penyengat. kakyang di belakang sekali terselamat bila diorang menjerit suruh divert ke arah lain. dlm dok berjalan atas resam tu, tiba2 sham pula menjerit minta lari bila tiba2 dia nampak coral snake melintas atas kaki kakyang. bila tahu ular, punya la menggelabah mana? mana? phiewwww tanya mcm berani kan? huhuhu

perjalanan diteruskan lagi hingga ke gunung pasir. luch di sini sambil perperang dgn pacat. masa ni pacat ke apa ke, tak heran dah. nak naik sedut kat mana pun, naik lah nak.. tak kuasa dah macik nak pedulukan ko.

selepas bergambar rehat dan bergambar final trans sri menanti, kami mula gerak turun dari gunung pasir. rupanya trek gunung pasir agak mencabar di penghujungnya. ada trek yg agak pacak kena panjat tebing. mengah tak sangka. turun dari tebing tersebut, trek ke hujung agak landai dah. tp tetap kena hati2 sbb trek gunung pasir sangat  berpasir. silap2 pijak, boleh gelongsor tergelincir.

bila nazir bgtau dah dekat exit, kakyang dah lega dah. yeaaaa dah nak kluar! kakyang dah boleh off-guard. dan memperlajukan lagi kelajuan menyiput.
tiba-tiba....
brupppppp.. kakyang terpijak kayu mati dan terlentang ke belakang. tangan kanan menompang  badan ketika jatuh. kakyang terdiam sekejap. sakitnya bukan kepalang. tangan kanan injured teruk. tak tahu tahap mana. tp sakitnya nauzubillah. sham tlg angkat bangun, tangan yg sakit ditompangkan dgn pouch bag, perjalan yg berbaki 10 minit lagi diteruskan hingga sampai ke exit point di kolam ikan.

nasib baik lah nazir/jimmy yg drive. kalau kakyang dtg seorang time tu.. jenuh nak drive dlm sakit2 tu.

makanya.. selesailah satu permulaan xtvt pengalaman rintis pertama bagi kakyang yg berakhir dgn tragedi jatuh. huhuhu

ps.. since trek ni dah di viralkan baru-baru ni (oct 2021) dan dah dikomersialkan, makanya dptlah kakyang tambah sikit2 gambar lain. asalnya kami rahsiakan perkara ini untuk elak kontroversi.

konsepnya...gerak diam2 suda.. yg tahu je tahu. nak havoc2 tu bg org lain lah. 


kait rambutan dulu sebelum mula hiking

jambul siapa tu?



spot menarik di gunung jono.

gunung pertama TSM

biar the men yg buat percaturan. 

1st bukit. hanya 10 minit dari puncak jono

namanya gitu. adakah sbb banyak pacat?

teropong sendiri apa nama bukit ni. hahaha

tak terkejar dgn abam2 padu nih. trek balak menuju Ulu Pilah

take 5 di trek balak  lama

dah dpt port utk bermalam. Jimmy namakan kem bayu bunian

kem dah siap. boleh rehat2 sambil sembang2

bukit ulu pilah. gunung ka bukit? signboard asal lari dari puncak sebenar

gunung ka bukit?

bukit rambai

lunch di gunung pasir

TSM completed!

teropong apa tu

celah akar banir buat kenangan
dah kena penyengat

Gunung Pasir

Dah menyandor..penat menebas ke tiewww

log trekking membentuk C

hasil binaan mengisi masa menunggu. hahaha
menunggu skuad peninjang waterpoint


celik2 mata terus kluar mencari signboard lagi..haru aih

dpt ranting kering pun jdlah  buat penawar penat

Bukit Payong

betul ke ?

apa2 je boleh jd props dik non..