Friday, September 29, 2017

Tahlil

Semalam tahlil ke 7 hari pemergian abg.
tahlil di surau. yg perempuan baca yasin di rumah
kali ni just prepare pack food.

so boleh tahan ramai juga sedara2 abg yg dpt hadir
dan spt biasa kakyang terpaksa mengadap soalan2 makcik abg yg seorang ni..
boleh dia tanya kakyang, ko ada mimpi apa2 tak?
kakyang pun.. haaaa???? mimpi apa? mimpi mcm aapa yg makcik harapkan?
makcik tu jwb, mimpi dia dtg ke apa ke?
huhuhuhu....
apa la punya soalan makcik ni..
jgn lah tanya soalan2 mcm tu kat org baru kematian suami
kalau ya dtg any mimpi pun, ada aku kesah nak cerita kat org?

adoiii...

kakyang mmg penat nak mengadap soalan2, pesanan2  makcik yg sorang ni.
bukan tak mau terima nasihat. tp jgn lah ulang ulang ulang nasihat/pesanan/soalan yg sama.
kakyang tengah semak perut, sedih, blur dgn pemergian abg. kena asak pula dgn soalan2 bukan2.
mmg penat!

tengah layan tetamu, tiba2 abg ipar dan makcik abg panggil. ajak p tempat jauh sikit dari crowd tu. abg ipar tanya pasal hutang2 abg.
agaknya dia dpt cerita dgn kakak ipar sbb haritu masa kakyang tengah belajar driving semula, ada kakyang luahkan cerita pasal hutang2 bank abg. takut tak tercover dgn epf dia

pastu abg ipar kakyang ckp, ko bayar je apa yang ada dgn epf dia tu. kalau x cukup, biarlah. bukan bank boleh kejar ko.

sebaknya hati kakyang bila abg ipar ckp mcm tu..
sampai hati nak biarkan adik dia dlm kubur tu tersiksa kalau ada hutang tak dpt lunaskan.

takpelah abg. kalau duit epf abg x cukup utk lunaskan hutang abg, ai akan lunaskan sikit2 utk u. i tanak sbb hutang tu, u tersiksa kat alam sana. u dah cukup tersiksa dengan sakit u masa kat dunia.

insyaallah ai akan cuba ikhtiarkan apa yg boleh utk u. bersemadilah dgn aman
kat sana. Al Fatihah

Wednesday, September 27, 2017

Berkabung


Abg dah pergi meninggalkan  kakyang n anak2 tanggal 22 September 2017. sekitar jam 10am. hari Jumaat, awal Muharram. hari penghulu segala hari. Awal hijrah.

kakyang xde kekuatan lg nak cerita mcm mana abg pergi.  sambil menulis ni pun air mata dah mencurah2.

hari ni hari pertama kakyang masuk bekerja. kawan2 dtg bertanya khabar pun kakyang tahan je air mata tu jgn bg tumpah. kalau tanya lebih2, kakyang terus ckp, nanti kakyang cerita, biar kakyang bertenang dulu.

officially kakyang berada dlm iddah selama 4bln 10 hari.





Wednesday, September 20, 2017

Vietnam Roll

semalam kakyang cuti sbb bawa abg ke hospital. tiap kali p hospital, mesti kakyang balik dgn migrane. semalam tahap max kot. ingatkan lepas tido akan oklah. rupanya makin teruk. bangun mandi makin menjadi2. last2nya force muntahkan apa je dlm perut tu. mmg tu je cara yg paling mujarab utk redakan migrane.

lepas mandi, telan 2 biji ubat tahan sakit. tutup semua lampu. tinggal cahaya dari tv je. kebetulan pula anak bujang kakyang turun utk ambil air, terus tahan dia suruh picit2 sikit badan. picit lembut mengalahkan anak dara. tp si ibu pasrah je lah.. janji lega skit migrane tu.

bila dah reda, perut lapar la pula. haru sungguh. share mkn nasi goreng dgn abg. tak kena tekak. tekak nak mkn sesuatuyg dok mereka sejak 2,3  yg lepas. tp takde kesempatan lg nak buat.

ish tak boleh jd ni. dok nampak je bahan2 yg bertapa dlm chiller tu. terus bingkas bangun, p dapur dan keluarkan semua bahan2. makanya.. inilah yg terjadi...
vietnam roll budget :P
nak resepi? google jer.. bersepah resepi kat internet tu dik non..  konsepnya, boh je apa yg nak boh. yg ni kakyang boh daun pudina sehelai 2. bila bite terasa mint pudina tu, walla... sedap! lg sedap kalau kuah cicahnya sedap.
mana gambar kuah cicah?  malas nak tunjuk. nanti ilmu memasak hilang.🙈

**yg dalam bekas ni sebenarnya kakyang sisihkan utk lunch nanti. dan simpan dlm esbox. kakyang bawa sebekas besar ke ofis. 3/4 dah bg kat officemate. sbb tau diorang suka. rupanya tak cukup.. ada pula yg p ambik dlm esbox tu. dah mkn baru  bgtau. 

"thanks kak.. sy ambik seketul td.." 

kakyang pun terkulat2..
"ye ye.. mkn lah.  "

dah tak iklas ye dok? 

pasrah je lah kakyang oiiii.. kikiki

Friday, September 8, 2017

Berkampung di hospital

abg sakit lg. kali ni teruk juga. paru2 sebelah kanan dah collapsed separuh. sebelah atas tu ada nampak mcm ada infection. sebelah kiri dah nampak tanda2 nak collapsed juga. makanya hari selasa dan rabu lepas kakyang berkampung di hospital.

hari selasa pg, bawa abg utk wardedkan. proses nak jumpa doc je pun dah menunggu sampai ke t/hari, kemudian doc tu nak minta wardedkan dan rujuk kepada pakar. sementara tunggu pakar dan wad ready, doc suruh pergi buat test darah dan xray dulu.

dah siap both pun, wad takde lg dan doc pakar pun tak turun2. end up sampai kul 4 menunggu hampa. doc suruh balik dulu dan dtg semula esok pg utk jumpa pakar.

esoknya hari rabu, pagi2 buta lg kami dah gerak dari rumah. dan lg sehari berkampung di clinic chest semata utk jumpa doc pakar. bayangkan menunggu dari kul 8, kul 1pm baru dpt jumpa doc. hampa spt semalam, wad masih penuh. dan doc suruh balik dan buat rawatan di rumah shj dgn abiskan antibiotik yg dia bagi.

balik rumah ptg tu, abg diam je. tak banyak ckp. dia lembik habis sbb penat menunggu. kakyang pula dpt migrane sbb kepenatan dan keletihan sbb x cukup tido. dah tu pening mencari clinics yg abg kena dptkan appointment dari 2,3 clinics yg berlainan. dah la hospital tengah renovate. semua lokasi clinics dah berubah. tak semua staf tahu lokasi terbaru clinic lain.

sesat barat jugalah kakyang kat dlm hospital tu.

harap2 kesihatan abg getting better dgn antibiotik tu. huhuhu

Sup tulang korban

petang semalam member ofis kyang dok berkira2 nak masak sup tulang hari ni. kakyang pun mengumpul lah segala bahan bawa dari rumah.

makanyaaaaa jeng jeng jeng... 




layan sedut sum sum tulang der... nikmat ya mat!