Wednesday, June 21, 2017

Monday, June 19, 2017

senyum

semalam, masa kakyang dah dlm bilik berkira2 untuk masuk tidur. tetiba abg bersuara.
"10 minit"
maklum dah la tu. maksudnya akan keluar mengeteh.
kakyang yg baru mula nak melipat baju anak, terus letak tepi dan salin seluar. capai apa yg patut dan keluar.

mcm biasa, mengeteh kedai mamak feveret abg. si along sibuk bercerita hal dia. abg diam je. bila berckp pun dgn muka berkerut je.

tak de apa nak sembang, kerja kakyang dok belek muka org di table2 lain lah. jelesnya tengok org lain boleh senyum, boleh gelak ketawa.

baru kakyang perasan rupanya senyum dan gelak ketawa dah lama hilang dari diri kyang. dah takde apa yg bisa buat kakyang senyum tanpa sebab.

patutlah gambar2 sekarang makin x de seri.. itu yang hilang sebenarnya.



Friday, June 16, 2017

Kerana pulut santan binasa

Td masa scrolling fb, kakyang terbaca komens dari kawan2 kepada seorang adik hiker yg kakyang kenali. kenal gitu2 jer sbb pernah setrip ke YB dulu.

Dia ibu tunggal. 3 anak. baru selesai kes mahkamah hak nafkah anak dia yg bongsu. kakyang sangat2 simpati dgn dia. dah selesai tuntutan. tp dari gaya postnya mcm x dpt spt diharapkan.

yg bestnya, komen2 dari seorang kawan dia. membuta tuli hentam dia dgn mcm2. soalan2 sarcastik. kita yang membacanya pun boleh naik angin, apatah lagi tuan badan. nak pula dia tengah stress tuntutan tak seperti diharapkan.

jgn lah kita jd penambah minyak dlm bara api. jgn lah kita menambah2 stress org tu. wpun kita rasa pendapat kita benar, tak perlulah nak hentam org tu in public.

agak2 concerned sangat, pm dia di tepi. tanya duduk perkara sebenar. tanya dulu apa terjadi sebenarnya. pastu baru lah berkata2 selebihnya


kalau x mau buat mcm tu, lebih baik berdiam.