Monday, December 19, 2016

Yong Belar: Unexpected Daypack

Kakyang akhirnya berjaya jejaki ke Yong Belar tanggal 11 oct 2016
setelah tertangguh trip bulan oct haritu disebabkan abah meninggal. kakyang tekad juga utk buat lg 1 G7 dlm tahun ni.
yo lah. tahun depan dah nak kena gantung kasut selama setahun.
huhuhuh
mereputlah kakyang
baru seminggu balik dari hutan pun dah rindu nak balik hutan semula, ni kan pula nak gantung kasut setahun?
tak terbayang rindu mcm mana nanti.

apa kisahnya trip YB kali ni?
meh dengaq cerita cheq the penglipurlara naaa..

mula2 kakyang berbelah bagi nak ikut trip ni
dlm banyak2 tarikh, tarikh yg kakyang nak pergi semua x menjadi
lastnya kakyang pilih tarikh anjuran OAC yg mula2 nak buat pd 24 dec. tp lepas bg nama depa tukar p 10-11 dec pula
gelabah juga la kakyang ni sbb tarikh berubah, takut abg tak bg p
tp lepas minta permision 2nd time, abg still approved. alhamdulillah...

pastu masalah ke2 timbul.makanan tak disediakan. jd kena masak sendiri kakyang xde masalah bab masak tu. tp peralatan memasak yg takde so kakyang mencari la kawan2 yg ada
ajak abg man, abg man tak mau
ajak geng seremban.
seremban kata ok. nanti bawa brg sama2
set. kakyang no hal bab tu

semua dah set. transport pun selesai bila p ngan geng seremban sbb abg din yg ikut tu sudi bawa kereta. kemudian geng seremban bgtau, tak perlu bawa makanan sbb dia dah arrangekan group lain masak dgn diorang. bayar je.  
huh. lega.

9hb tu lepas abg din fetch kami semua,  last sekali heading ke ipoh ambik cm pula.
Dari situ singgah kedai mkn sbb lapar.  Dek kerana ikut nafsu makan.  Order mcm2  sampai makanan x abis.  Tapau la lebihan sate tu.. Pastu baru la gerak ke CH.

Sampai kat CH,  tunggu cm jumpa owner rumah homestay yg nak duduk tu.  Owner tu petua la mcm mana nak p ke sana.  Sampai ke tempat yg dituju,  kami tak tau mana satu homestay tu.  Mula2  ikut satu jln ni.  Hujung jalan tu ada rumah.  Tp punya la jauh ke tepi hutan.  Kami sampai situ dah gelap ml.  Plak tu.  Rumah tu nampak menyeramkan sungguh.  Rumah tu plak jaub dari rumah2 lain.  Tak sedap hati,  kami patah balik.  Try lg satu jalan yg kami skit belok.  Try masuk situ.  Jumpa lg 1 rumah kosong.  Tp xlah jauh terpencil sangat.  Rumah pun nampak berjaga sikit. Tp still nampak scarry giler. dah mcm rumah antu haaa

Nak confirmkan semula dgn owner rumah pun dah xde line hp pula kat situ.
Setelah kali yakin tu rumahnya.  Cm ngan kakyang turun.  Try buka pintu gril.  Alhamdulillah matching.  Lega rasanya bila betul.

Saat melangkah masuk je,  terus terkumat kamit mulut kakyang baca apa je doa dan ayat quran yg tahu.  Seram you..  Takde lampu sbb kena hidupkan generator dulu.
Cari mana letak generator.  Pastu terkial2 x tahu nak hidupkan mcm mana.  Try usik suiz sana sini akhirnya hidup.  Baru langkah 2,3 tapak mati pula.  Buat lg sekali.  Mati lg.  Rupanya kena pasang plag.  Plag tu kat luar rumah.  Usunglah pula generator tu keluar.  Hidupkan.  X jd juga.  Rupanya tak tolak satu suiz lg kat menatang tu..  Masyaallah..  Tricky betul

Malam tu kami belajar cara masak nasi lemak guna messtin dgn CM. hahahahha

the next day awal2 pagi kami dah gerak ke tempat pertemuan dgn semua line up. kat stesyen petronas. tunggu pengagihan baju trip, dan lunch pack. dari situ bergerak pula ke parking RELA untuk ambik pickup. 3 pickup semua utk bawa line up ke muka pintu rimba
di kebun sayur. baru turun powil

nak sampai ke kebun sayur tu punya la hazab. driver tu bawak powil mcm  bawa moto je. semua lekuk lubang dia redah. kami yg kat belakang di dah tunggang terbalik ikut ayunan powil tu.

sampai kat kebun sayur, kami turunkan semua brg dan start bergerak ke pintu rimba. takde warm up takde apa. terus je abg lockman bgtau. jalan naik ke pintu rimba. kita briefing atas sana.

di salah satu puncak tipu. pokok ni spot wajib bergambar.
Lepas briefing skit sebanyak iti trip, kami pun bergerak naik sekitar kul 9am. trek dari pintu ke rimba so far ok. manageable. ala mcm trek lain2 la juga. ada up ada down. ada pacak ada landai.  kami sampai tudung periuk 11.30am. Abg lockman kata kita lunch kat sini dan maklumkan tukar plan, camping kat tudung periuk dan daypack ke puncak. alasan dia, dia kata dgn keadaan cuaca ni, dia jangkakan petang akan hujan. kalau hujan, kem kasut akan becak dan sempit dan perjalanan akan bertambah sukar sbb kita carry beg besar. Jd the best way, camping kat kem periuk.








udah2ler tu posing kak oiii
Ini bermakna perjalanan ni akan jd Daypack! ayoyo... naik sampai puncak dan turun semula ke kem periuk! Daypack wey! unexpected sungguh. dlm dok elak2 daypack trip, terkena juga. huhuhu

kul 2 kami mula bergerak naik. kami akan singgah ke waterfall pelaur. baru 2,3 langkah, hujan mula turun. betullah telahan abg lockman. petang tu, sepanjang perjalanan ke puncak, kami diiringi hujan yg maha lebat.





di waterfall pelaur. 
sampai di waterfall pelaur pun tak dpt nak ambik gambar yg cantik2. semua kebasahan. posing gitu gini, kami sampung perjalanan ke kem kasut.

perjalanan ke kem kasut terasa sangat panjang dan lama. melalui beberapa puncak tipu. kalau x silap kiraan kakyang semasa turun dari kem periuk, ada 7-8 puncak tipu yg kita akan lalui sehingga ke kem tudung periuk.

bila dah lama sangat trecking dan rasa mcm tak sampai2 ke kem kasut, kakyang mula bertanya org yg selisih. brapa lama lg? berapa lama lg? ada yg jwb 10 minit, ada yg jwb setengah jam. dan ada yg jwb sejam lebih!. akhirnya kami sampai ke  kem kasut sekitar 5pm.

masa nak ke kem kasut ni, fatin dah tak tahu ke mana tertinggal, abg din dan bonda dah nak senyum pun x larat. kakyang masa ni tengah pujuk diri sendiri je. perjalanan rasa hazab sebab berjalan dlm sejuk hujan. masing2 dah mental. kakyang pujuk positifkan diri supaya boleh terus bergerak. dah x boleh nak pedulikan org lain sangat.

sampai je ke kem kasut, betullah spt kata abg lockman. kem kasut becak dan lecak. kami menumpang kat khemah CM. menumpang minum milo panas dan cuit sikit makanan. sejuk2, letih, lapar semua ada.

rasa dah lama sangat kat kem tu. takde nampak sapa2 lg pun nak gerak ke puncak. akhirnya kakyang tanya2 yg lain dan rupanya ada yg tak jd ke puncak. turun semula ke kem periuk. tak tau cerita pun!
semua berterabur uruskan diri sendiri je.. hampeh

hujan lebat. sejuk giler. tak boleh duduk saja menunggu org ajak naik ke puncak. kena bergerak utk panaskan badan. kakyang ajak abg din, abg din dah surrender. nak duduk kat situ je tunggu kami turun. ajak bonda, bonda sibuk nak makan dulu. lastnya kakyang decide ikut sorang prempuan ni. ala.. lupa pulak nama dia. dpn kami ada 2 org member lelaki. terpaksa la kakyang pesan dgn adik2 tu.. jgn tinggalkan kakyang yer..

5.45pm kami mula gerak ke puncak. trek dari kem kasut ke puncak lebih kurang mcm trek irau. mossy dan tanah lembut. cuaca masa tu masih lg dlm hujan lebat. matahari pun xde. suasana mmg gelap dan menyeramkan. nak2 pula naik masa tu dah dekat nak maghrib, mmg kakyang berzikir je memanjang. apa boleh baca, baca je lah.

akhirnya kami sampai puncak 7.30. dah gelap. berkabus. tak nampak pemandangan puncak apa pun. kena redha je lah. ambil gambar lebih kurang. dlm dok bergambar tu bonda sampai. nampak je bonda, kakyang terus menangis! huhuhu tak sangka dia naik juga. ingatkan kakyang je sorang2 td.

tunggu yg lain ready dlm sejuk puncak. gile punya gigil. ada sorang member tu dah cramp pinggang. dah nangis2 sakit. nasib baik laki dia ada. laki dia la yg pujuk dan tlg sapukan minyak panas etc. tunggu dia ready, dan yg lain ready.

kul 9mlm kitorang ber9 sepakat turun semula. sampai ke kem kasut, fetch abg din. yg sakit td nak bermalam kat situ. kakyang kata gila. nak bermalam kat situ yg sejuk ya amat dgn segala kelangkapan lain kat bawah.

kemudian, kami berlapan mula gerak turun ke kem periuk. mula2 kakyang dok tengah2. sekejap2 melaung suruh org dpn yg fit utk brenti jap. line terputus. bila gerak mlm2 ni kena bergerak berkumpulan. line jgn putus. bahaya yg menanti kita tak tahu. bila dlm kumpulan, yg dpn kena tunggu yg belakang. jgn tinggal jauh sangat. boleh nampak lampu masing2 tu kiranya ok dah.

bila asyik melaung suruh brenti pd org dpn je, lastnya kakyang bersuara.

"bg akak dok depan. akak jln lambat. jd taklah selalu terputus line dgn korang"

diorang semua setuju.. bermula dari situ kakyang leading diorang turun. kakyang jd guider keadaan trek. mana yg kakyang jejak tanah dan tenggelam kaki dlm lumpur, kakyang arahkan diorang ambil laluan lain. mcm tu lah sampai akhirnya kami sampai ke kem periuk sekitar kul 1 pg.

Selepas bersihkan diri dari lumpur kat anak sungai bawah tu, kami panjat lg sikit ke kem, tukar2 baju dlm keadaan serba lecak tu. aduh.. sungguh x selesa.

terus bentang sleeping bag dan masuk tidur.

masalanya... kakyang  x boleh tidur mlm tu. sejuk sangt. kakyang x tahu ler mcm mana yg kat kem kasut tu mengadap sejuk mlm tu.

betul2 x boleh tidur. kakyang melayan bunyi alam. mcm2 dengar. bila dengar bunyi member2 lain semua tidur selamber siap berdengkur sana sini, kakyang terfikir sendiri. diorang ni x rasa sejuk ke? huhuhu.

Bangun next day sarapan, kemas2 brg dan mula gerak kul 12pmsampai ke pintu rimba kul 3

layan gambar dulu. nanti sambung. panjang sangat rasanya. hehehehe