Monday, June 27, 2016

Istikharah

Kakyang lately tengah fikirkan satu keputusan besar dlm hidup
dok timbang tara antara baik dan buruk keputusan yg akan ambil
patut ke tidak teruskan apa kehendak hati tu.

kalau ikut kata hati, akan ada hati2 yang akan terluka
kalau tak mau hati2 itu terluka, kakyang pula yang akan sengsara
jd, kena buat keputusan nak ikut kata hati, atau nak jaga hati2

so, kakyang decide buat sembahyang istikharah
minta petunjuk dari yg Esa
berdoa agar diberi petunjuk baik buruk apa yang akan kakyang putuskan.

ini yang kakyang rasa
malam pertama, kata hati makin kuat berkata ya
malam ke2, masih berpihak pada kata hati
kita tunggu malam ke3.
dan seterusnya. jika masih memihak pada kata hati
maknanya tak perlu tunggu lama2.. laksanakan saja..

kakyang harap dgn istikarah di bulan yang mulia ini
keputusan yang bakal diterima lebih bermakna.

tp akal dok fikir banyaknya hati yg akan terluka.
sanggupkah kakyang lihat luka itu?

Ya Allah, kepadamu aku berserah.
Jika itu yang terbaik buatku, kau permudahkan lah.
 jika itu buruk utk ku, kau jauhkanlah ia dariku.



Friday, June 24, 2016

moody

Apa?
kalau kerja sekehteri tak layak bz ke?
ingat kerja sekehteri ni senang sangat ke?
tak tau ke sekehteri ni juga ketua bahagian lain?
tak tau ke sekehteri ni juga merangkap bayang2 bos yg nak kena baca semua email dia?
tak tahu ke sekehteri ni juga la yg kena cari solution utk semua tindakan2 bos?
tak tahu ke sekehteri ni lah juga one stop center?

tak percaya ke sekehteri bz?
mai dok tempat ni... rasa sendiri.
sakit hati tul aku
sedap mulut je ckp sekehteri tadak kerja ya..

Tuesday, June 14, 2016

Novel: Cinta Orang Gunung

tetiba rasa nak menulis novel
kisah cinta hikers
tajuk apa ya..
cinta org gunung?
kekasihku sweeper?

kekasihku sweeper sedap gak kan..
nak tulis online
atau
nak tulis off line
siap
kita bukukan

mana nak?



Monday, June 6, 2016

UNGU - Dilema Cinta | UNGUofficial

Terbaring di Gunung Berembun

hahahaha sampai terbaring you naik gunung berembun ni
permulaan trek
pewai giler kakyang hari sabtu lepas 4 jun 2016

eh, nak citer dulu mlm sebelum tu
tetiba abg buat surprise lg
sampai ina pun naik takut

masa tengah dinner
kakyang bgtau abg
ina tido hotel sorang2 mlm ni
sbb nak habiskan voucher hotel yg dah hampir tamat

tetiba abg ofer
nak p tidor dgn ina tak?

haaaaa?
kakyang terkejut giler dgn ofer tu
biar betul abg ni?
betul2 tak kesah ke kakyang p tidur hotel mlm tu?

abg bg alasan,
pewai. tp bila on camera je terus segar!
nak tak nak pun dia kena ke sana utk hantar kakyang pg esok
jd, kalau dah ada hotel, tido terus lah kat situ.

bagai pucuk dicita ulam mendatang
cergas kakyang roger ina dan tanya
boleh ke kakyang tido kat hotel dgn dia?
ina ok saja

esoknya seawal 4.30 pagi kami dah bangun
siap2 terus masuk ofis tunggu julie
eh, julie yg dah tunggu kami
gerak p jelebu
sempat singgah sarapan mcD dan sembahyang dulu

sampai di masjid pantai
menunggu guide dari pagi hingga kul 9 tak mucul2
akhirnya kami decide naik sendiri dgn bantuan syafiq
nasib baik syafiq ada

trek mula2 tu mmg landai je.
best. sbb jalan tepi jeram
tp jalan tu tepi tebing u
silap2 pijak mau terbabas ke bawah

ada rentas sungai beberapa kali
trek GB ni lembab dan basah.
bertanah merah.
jd kalau hujan tu mmg parah lah

sampai gua kambing. rehat kejap
pastu trek mula mencanak naik ke puncak
terpaksa berpaut pd tali utk tarik diri naik
sampai separuh puncak, baru jalan tu sedikit landai semula
antara balak2 tumbang yg merintang trek
tp masih memdaki lah

selepas strugle gila dgn stamina
dan sakit peha
akhirnya kakyang manage juga sampai puncak
sampai2 je terus terbaring
penat gila
huhuhu

gambar? nanti ya. takde mood nak upload sini. hehehe





gambar ni cantik. stylo


di gua kambing


trek pacak selepas gua kambing



terbaring kepenatan dan puas hati bila dah sampai puncak!

pemandangan di atas kepala


cheeky2 

with bonda yang jd sweeper dan tolong bawa beg

dah sampai kaki gunung semula. terduduk kepenatan. 




Friday, June 3, 2016

Harga yg perlu dibayar

Td kakyang bawa abg p hospital
f/up checkup
doc push abg masuk hospital
tak mau juga. abg dok minta ubat alternatif

jd doc bgtau alternative ubat
sekali dgn side effect apa akan jd kalau prolong ambil ubat tu
dengar je side effect tu abg terus kata ok2 admited
tp.. ikut suka dia nak masuk wad bila nanti

hahahhaa pesakit demand mengalahkan raja.
sementara tunggu dia nak dtg yg blum tentu dtg
dr suh abg ambik ubat oral dulu
doc prescribe ubat suh ambik kat farmasi

rupanya farmasi biasa xde ubat tu
kena p farmasi berbayar
sekali kaunter ckp ubat tu RM160/pc
mak aiii mahal nak mampos
nasib baik GL cover, tp kena minta approval HR dulu
adeh.. mahalnya harga ubat sekarang...

Thursday, June 2, 2016

Another xpdc

minggu ni kawan2 kakyang dah plan nak hiking gunung berembun
kakyang nak ikut
tp takut nak minta izin abg
sbb last week pun dah pergi hiking
minggu ni nak pergi lagi?
mau dia kata rumahtangga apa cerita?

pastu nak kena cari baju raya anak2 pula
tak siap apa lg pun
so pendamkan je lah hajat tu

semalam
last day utk minta izin dan update urusetia
kakyang dok congak2  lagi
last2 kakyang decide, tanya je lah

masa tu dah nak sampai simpang rumah
kakyang buka mulut dan minta izin
terus abg kata pergilah!

wooooha! terima kasih sayang!

Wednesday, June 1, 2016

Hello there!

semalam termimpikan xbf.
slalu kalau mimpikan dia ni
biasanya dia mesti dok teringat kakyang

semalam mimpi dia try ngorat keliq kakyang
huh! kena cubit sedas.
agak2 la kalau nak ada org lain pun
cari ler dari ofis lain
hehehehe

nak tepon ke tak?
nak tepon ke tak?
kalau tepon, undang memori silam
kalau tak tepon dok teringat2 mimpi semalam

acaner acaner..