Friday, July 18, 2014

17.7 - MH17 - 777

Innalillah hiwainna ilaihirojiunnn.. 
t/mlm td selepas kakyang abis tengok drama korea, terus masuk msg wasap dari member bgtau flight MAS ditembak jatuh di rusia/ukrain. terus kakyang copy p ke groum lain. 

kabor ke abg. abg cepat2 tune ke astro awani. dan terus nampak tag bergerak berita terkini bawah screen tu maklumkan berita nahas tu.

sedihnya... dan mlm td bertubi2 lah msg wasap asmarian masuk maklumkan dari list cabin crew tu salah sorang senior masa kakyang sekolah dulu.

sedih rasanya bila lagi seorang senior yang dikenali pergi dgn keadaan tragik.

utk semua keluarga cabin crew dan penumpang MH17, takziah dan Alfatihah utk arwah2.
perginya  mereka pd hari yg bagus, bulan yg bagus. 

mari sedekahkan AlFatihah pd mereka..

AlFatihah

Friday, July 11, 2014

macam mana nak ke Bangunan MARA

Hari ni kakyang baik hati nak p deliver pekasam daging kat member yg kerja kat Bangunan Mara. member sekolah menengah dulu sambil hantaq tu sambil jejak kasih la no..

kakyang dari bangsar/kerinci. jd cara terbaik nak p sana adalah naik lrt. naik kat mana2 stesen. nanti turun kat stesen masjid jamek. dari situ, ikut saja anak panah ke Sentul Timur. kena jalan jauh la skit. tp dlm bangunan yg sama ja. stesyen link ke sentul timur tu dok kat atas. dari steseyn masjik jamek tu turun kat stesyen bandaraya.

Pastu jalan kaki la skit ke bangunan mara tu. alah dekat ja. 5 minit boleh sampai. kalau nak lalu laluan ekon, masuk la dlm sogo, keluar situ masuk pertama complex, keluar pertama complex terus masuk bangunan mara. tadaaaa dah sampai.

nanti lah kakyang murnikan semula ayat dan cerita no.. nak kejar masa buat itinerary bos nak p UK plak.

chau

Friday, July 4, 2014

telepathy

Hari ni kakyang nak cerita skit pasai satu cerita. maybe ada connection dengan telepathy maybe? atau firasat? hmmm

dok sengsorang kat ofis ni tetiba teringat kisah lama plak.  ini cerita lama sebenarnya. cerita masa kakyang masih bujang. .. masa ni kakyang suka H. H pun mcm ada juga taruh perasaan,  tp malu2 kucing. :P.

alkisahnya 1st time dulu. kakyang termimpikan si H ni kena tendang dengan lembu kat dada. Kebetulannya si H ni kat kg masa tu. so ke esokan harinya kebetulannya si H called kakyang. dan kakyang cerita la pasal kakyang mimpikan dia kena tendang lembu tu. surprisingly, dia terkejut sbb mimpi kakyang tu betul. tak tahulah satu kebetulan ke apa kan..

cerita lainnya lagi, pernah satu ketika, kakyang rindukan si H sampai termimpi2. (cerita lama ni). pastu tak lama pastu mesti si H akan call kakyang tanyakan khabar.

benda mcm tu satu ketika dulu mmg berulang kali terjadi. so sedikit sebanyak kakyang tafsirkan mimpi kakyang tu sebagai petanda dia pun teringatkan kakyang.

baru2 ni kakyang mimpikan H. tp kali ni mimpinya mcm tak menyenangkan sikit. H marah2 kakyang kononnya kakyang masih bergantung pada dia. hmmm sedih mimpi tu.

so kakyang cuba tafsirkan sesuatu dari mimpi tu.. adakah H teringatkan kakyang :P atau hanya sekadar mainan tidur? o.O