Monday, June 30, 2014

Ramadhan datang lagi

ramadhan dtg lagi. hari ni dah 2nd day sambut puasa. tp kakyang belum setat puasa. ehem ehem.. bulan mengambang muncul awal. nampak gaya jenuh ler membayar tahun ni. dekat2 nak penutup ramadhan nanti mesti bulan mengambang lagi. :(

mcm tahun2 sudah, tiap kali ramadhan datang mesti dtg bersama dugaan dan cabaran utk kakyang. nanti dugaan dekat raya lain cerita pula.

Allah hurobbi. kuatkanlah semangat kakyang kali ni..


http://youtu.be/JdhdRYkTGRE

Wednesday, June 18, 2014

Emotional remedy

Kakyang sakit mata almost 4 weeks dah. but up to today, masih belum ada ubat yg sesuai. Dr kata bukan sakit mata biasa.

Dr kata. folikel mata kakyang membengkak. dan bengkaknya tu bukan sbb virus2 biasa. sbbkalau virus biasa, ptt ubatan yg diberi dah effective. masalahnya sampai hari ni belum ada yg sesuai..
keadaan dlm mata kakyang

sebenarnya yg kakyang nak cerita adalah kasih sayang yg abg tunjukkan sejak kakyang sakit mata. huhuhu rasa mcm puteri. climaxnya hari isnin lepas...

senin lepas, kakyang dirujuk oleh pakar mata swasta ke hospital semula sbb katanya klinik dia x de bed untuk bg iv. dia rekomen kakyang utk ambik iv antibiotik kat hospital sbb ubat2 yg dia bg semua x berkesan. senang cerita dia dah serender la tu... :P

sbenarnya mula2 sakit tu kakyang dah refer ppum. tp sbb lambat sangat next appointment, kakyang selit rujuk pakar mata swasta tu. tu yg bila dia pun dah give up, kakyang patah balik ppum.  standard lah, bila hospital kerajaan ni bukan boleh nak rujuk pd dr yg sama, so dia bg dr lain. dah la lama tunggu dari pg sampai lunch time. bila dah jumpa kena asak dgn soalan2 yg sakitkan hati.

kenapa datang awal dari tarikh appointment lah. kenapa rujuk ke dia lah. apa sakit? ubat apa dah guna? ubat apa yg mula2 ppum bagi dulu? mata u merah ke? baru 2 minggu kan, kenapa dtg dah? etc lg lah.
pdhal dlm surat reference tu dah tulis info apa dia nak. tp dia tak nak baca. sampailah kebetulan 2 org kawan dia dtg nak ajak lunch. diorang pun terkejut tengok mata kakyang. kakyang pun ambik kesempatan la tunjuk mata tu. eiii this is unusual case. your eyes look bad. someting wrong ni. tu la komen2 kawan dia. dia pun mula ye jugak. poyo. td masa dok chek tu, ckp kakyang x sakit teruk. cheit dasar kap lam ya nga betul.

so kawan dia rekomen tunggu prof diorang dtg lepas lunch utk 2nd opinion. tunggu la kakyang sampai lepas lunch, immediately nama kakyang dipanggil masuk. prof dia pun tengok dan dia pun kena tegur la. this is unusual case. if this type of case happen...bla..bla bla.

so kompemla kakyang sakit mata yg rare kan? so prof tu recoment bg ubat lain dulu, friday dtg balik tengok apa progress.

haaa baru la kakyang puas hati dgn prof tu. doctor yg awal tu mcm hampeh!

alkisahnya.masa doc lahabau tu soalsiasat kakyang. kakyang dah sebak tau. tahan je air mata ni. 1, sbb dia marah kakyang dtg sebelum tarikh next appointment. 2, sbb dia xnak baca rekod/surat reference yg dr swasta dah tulis. tp dok force info dari kakyang. mana la kakyang nak ingat nama2 medic ubat2 tu. nak pulak dia tanya ubat apa yg doc ppum mula2 bg. then kakyang ada tertanya balik, didn't u read and check the report or my previous record? pastu dia dok kata kakyang tak sakit. yg kita ni dok sakit mata sampai nak buka pun susah. bengkak2 tu apa? pastu bila kakyang kata kelenjar bawah rahang kakyang pun dah bengkak dan minta dia check normal ke bengkak situ kalau sakit mata?, dia p tonyohnya tempat2 bengkak tu kuat2. SAKITlah bodoh! ckp dlm hati je la.. :P

keluar je dari bilik tu abg tepon tanya khabar apa cerita check up tu. terus kakyang sebak dan tak boleh nak ckp. abg dah terpinya2 dlm talian. eh kenapa ni? abg tanya kakyang banyak kali. kakyang mmg tak boleh nak ckp sbb sedih sangat dgn treatment doc td dan sebak bila tengok abg begitu prihatin pasal sakit kakyang. end up, kakyang hanya mampu reply kata sakit sbb dr berkasar masa chek td.

terus abg kata. ok ok jgn nangis. dok situ. nanti ayah datang. huaaaaa lagi la menjejes2 kakyang nangis. baiknya abg! x pernah abg tunjuk baik dgn kakyang mcm ni. T-T

abg tak sempai sampai pun, kakyang dah sattle jumpa prof tu pastu. kakyang call balik abg bgtau kalau belum sampai, just fetch kakyang kat dpn hospital sbb dah abis check up pun.

abg terus pujuk2 kakyang etc lah. mmg caring betul masa tu. pastu sbb abg kena sattlekan kerja skit, dia suruh kakyang p mingle kat shoping complex dulu. nanti dia dtg ambik.

dan biasa la kan, shopping is the remedy for emo! hahahaha

tu lah ceritanya.. dan sampai hari ni kakyang masih terkesan dan terharu dgn keprihatinan abg. eh, rasa ada perkataan yg lg sesuai la utk prihatin tu... o.O

since that day, abg suruh kakyang relex2 je kat rumah. x masak pun x marah. abg cari je jalan utk happy2kan hati kakyang. p mkn kat tempat sedap2. gurau2 ngan kakyang n anak2.

hmmm kalau mcm ni, nak sakitlah selalu. hehehehe jahat!



Tuesday, June 10, 2014

Dejavu di Kinabalu bermula!

Wo hoooo..
korang korang... kakyang nak bgtau ni...
kakyang dah beli tiket p KK!
konon2nya sbb nak pi panjat gunung kinabalu tu la kan..
dan kononnya berangan nak ambik gambar kat atas puncak gunung tu la kan..
mudah mudahan tercapaila angan2 kakyang tu...

alkisahnya juga...
kakyang belum bgtau abg yg tiket tu dah beli..
huhuhu yg ni ketaq lutut balik nak bgtau abg.

Monday, June 2, 2014

Cara makan oat dengan mudah

ramai yang tak lalu makan oat kan? termasuk kakyang ler tu.. :P
hari ni kakyang baru terrrperasan ada cara mudah nak makan oat yg dah kembang lembik lepas kena siram dgn air tu.

1- makan dengan susu sejuk. cara ni xkan membuatkan oat tu kembang. jd x lah kembang juga tekak nak menelannya. tp rasa kesat la skit masa nak telan tu.

2- campur macam2 cereal lain dlm tu dan makan sambil baca email atau baca gosip di komputer. senangkata jgn tengok rupa oat tu dlm mangkuk. ceduk suap telan. mata baca email/baca someting kat komputer. ceduk suap telan.

Amacam? bernas tak petua kakyang tu?  hahahaha mace hareeee kan kan kan. ;)

meh kakyang tunjuk skit rupa oat yg kakyang mkn utk alas lunch hari ni. campuran oat, chia seed dan mix cereal. tengoklah rupanya.. boleh muntah ooooo :P tu sbb akak kata. jgn tengok makanan tu. kekeke