Tahap kesukaran: 2/10
trip ni diajak oleh en fauzan. kakyang x pernah jumpa dia. kenal dari group semeru. dia banyak buat trip weekly sebagai persedian untuk trip2 hiking besar.
since kakyang x de agenda apa2 minggu ni, kakyang agreed utk join trip ni sbb teringin nak ke tokwan. nak tengok sendiri tempat budak tahfiz yang hilang seminggu tahun lepas.
rupanya jln masuk ke broga dah lain. bukan ikut jalan yg masa kyang pergi masa pertama kali dulu.
kali ni banyak caj yg dikenakan
caj parking RM1/person
tandas RM1/masuk
hiking RM1/person
amboiiii buat duit betul tuan tanah ni.
trek broga yg baru ni lebih mudah. cuma jlnnya agak zigzag.
7.30am kami gerak dari parking. 8.10am dah sampai puncak pertama. 5 minit kemudian ke puncak ke 2 dan 5 minit lg baru sampai ke puncak broga lebih kurang dlm 8.25am
sunrise semasa naik ke puncak pertama |
gambar kenangan bersama kenalan baru. broga 2.0 |
Lepas rehat 5 minit, kami teruskan perjalanan ke tokwan. ada sign board spt di dlm gambar di bawah. sign board ni terletak di sebelah kiri dari sign board puncak broga. masa kakyang pergi kali pertama dulu, tak de lg sign board ni dan x de langsung trek yg jelas mcm ni utk ke tokwan.
signboard di pintu masuk trek ke g. tokwan |
tempat budak tahfiz tu dijumpai. bentuk mukabuminya mcm tetiba berubah. dari jalan yg turun naik, tetiba terus menurun ke area batu2 besar mcm bekas kawasan air terjun. tp takde air. tak dengar bunyi air langsung. ianya seperti timbunan batu2 besar di celah lembah sempit yg menganjur ke bawah.
di sebelah kanan trek tu, ada papan tanda kecil 'surau'. kakyang x pasti kenapa di letakkan kat situ. mungkin ranger/.penyelamat jdkan tempat surau ketika operasi menyelamat
masa melalui kawasan ni, kakyang x tahu lg cerita tempat ni. bila dah naik dari kawasan ni, ada satu kawasan lapang atas sedikit yg boleh kita brenti utk ambil nafas.
kakyang pun tanyalah che fauzan..
"mana kawasan yg jumpa budak hilang tu"
the moment soalan tu keluar, satu badan kakyag meremang. ingatkan kakyang sorang je, rupanya yang lain pun mcm tu bila tiba2 kiera dan anita pun bgtau "eh meremang la bulu aku "
baru en fauzan jawab
"tu lah td batu2 bawah yg u lalu"
ooo.. sendirinya kakyang boleh fhm situasi budak tu hilang. kawasan dia hilang mmg ada aura lain dari yg lain
lokasi tempat budak hilang thn lepas. ada nampak benda putih tengah2 gambar ni? tu yg kakyang kata ada tulis surau |
dlm 10.45am kami mula turun semula ke bawah dan sampai bawah sekali dah t/hari. dlm kul 12 lebih rasanya. kedai air kelapa pun dah tutup. huhuhu
geng baru di puncak tokwan |
view dlm perjalanan turun |
dari puncak ke 2 broga nak turun ke bawah. cantik kan |
nenek tengah panjat tokwan. opsss jgn double meaning ;P |
1 comment:
Seronok baca pengalaman hiking akak..
Post a Comment