Thursday, November 27, 2014

Kenangan mengusik jiwa

masa saya buat part time sementara tunggu spm dulu. saya merantau ke tempat org. x pandai budget duit gaji bulanan yg x seberapa tu. mkn mcm dok rumah sendiri, akhirnya tak cukup bulan gaji dah abis. nak jd cerita satu hari bos hantar saya masuk kg dlm ladang kelapa sawit utk buat survey, pastu bos suruh saya balik sendiri. bila jenguk purse ada 2 ringgit jer, tak cukup utk tambang bas. nak kena naik turun bas 2x plak tu. berlegarlah saya dlm kebun kelapa sawit tu dok memikirkan jln nak balik rumah sewa mcm mana ni... masa tu dah magrib. sampailah Allah berikan pertolongan, ada hamba allah sapa saya dan tanya dok buat apa kat dlm kebun sorang2 ni? nak taknak saya tebalkan muka minta tolong. Dan hamba Allah tu sudi tolong hantarkan saya ke bas stand besar. Allah hurabbi..masa tu hanya Allah yg tahu takutnya saya dan bersyukurnya saya bila Dia jaga keselamatan saya sampai dpt balik rumah. Pada hamba Allah yg pernah tolong saya tu mmg saya sangat2 terhutang budi.

Result UPSR 2014

Semalam keputusan upsr 2014 diumumkan. anak kakyang yg bongsu antara yg terlibat. kakyang ambik cuti kali ni utk ambik result dia.

pg semalam masa siap2 nak ke sekolah, pg tu lah baru nak bgtau kena bawa sijil itu ini. geram betul.
so maka ada lah insiden moncong2 skit pg semalam sbb kena marah.

pastu otw p ambik tu, abg p singgah breakfast dulu pulak.. sepanjang tu moncong makin panjanglah.

masa tengah mkn, kakyang dpt result anak melalui sms. berair mata tengok result tersebut. kakyang sigung abg tunjuk sms tu. kakyang x mau percaya lg sbb takut salah teknikal.

abg yg dari td berangin juga terus ceria. dan mula sakat anak kecik dia tu

sikecik kakyang dok moncong tu dah nak nangis dah bila ayahnya kata pergi ambik result ptg nanti lah.

sampai je sekolah, kawan2 si kecik dah mula ucap tahniah. kiri kanan org doksebut2 nama dia. kalah selebriti. akhirnya confirmed sudah yang si kecik kakyang dpt 5A!

Alhamdulillah.. syukur atas rezeki mu ya Allah!

Friday, November 21, 2014

Tips tempah pakage daki Gunung Kinabalu

Sebelum kakyang terlupa mcm mana kakyang tempah pekej haritu baik kakyang note kat sini dulu. sekurangnya korang2 yg tengah merancang nak memanjat gunung tu dah tahu apa perlu dilakukan.

Apa patut dilakukan sebaik sahaja anda dah decide nak memanjat gunung kinabalu? nak tempah tiket flight dulu atau nak tempah pekej hiking dulu?

mana2 dulu pun boleh. tengok situasi bila anda buat keputusan nak hiking tu. kalau anda kejarkan tiket penerbangan yg murah,  better book tiket flight dulu, kemudian baru buat tempahan pekej hiking, kalau anda x de masalah dgn harga tiket, better buat tempahan hiking dulu. sbb tempahan bukan dibuka awal, biasanya 6-7 bulan sebelum tarikh yg kita nak tu baru boleh booking.

contohnya, haritu dlm bulan jun 2014 kakyang n team dah sebulat suara nak hiking bulan april. tp pekej hiking bulan april hanya dibuka pd bulan nov. dan memandangkan kami mengejar tiket flight yg murah, kami beli dulu tiket flight. TAPI.. pastikan tarikh penerbangan pergi dan balik tu jarak banyak hari sedikit. jgnlah terlalu sekejap mcm pergi 20, balik 22. nanti takde choice tarikh hiking yg lain incased tarikh hiking waktu tu dah penuh.

bulan march - sept adalah bulan yg plg sesuai untuk hiking, sbb masa ni cuasa bagus. bulan selebihnya adalah musim hujan, jd nak hiking tu mencabar skit.

once dah pilih hari, contack SSL (sutera sanctuary lodge). ini adalah owner yg akan keluarkan pekej2 hiking. try tu deal direct dgn pihak ini sbb diorang akan bg harga tanpa kos agen. mmg lebih murah dari harga agent. dlm masa yg sama boleh contact2 juga agen yg lain spt MountKK.com, explore.my, dan the borneo. banyak lagi agen yg lain, kena rajin2 lah cari kat internet tu. dari situ compare harga2 yg diorang berikan, dan service apa yg diorang tawarkan.

anda kena keep on contact diorang untuk dptkan harga terbaik. pandai2 la tawar menawar yer..

incased tarikh yg anda nak x de, bg diorang tarikh lain yg sesuai. insyaallah mesti ada kekosongan utk anda.

dah buat booking, then anda dah boleh siapkan diri dan mental sementara tunggu harinya.



Monday, November 17, 2014

Tercabar dan dicabar

Tercabar wei... tetiba bespren pm tanya pasal muet, rupa2nya kawan dah nak sambung buat master pulak...
aku pulak yg x lepas2 lg dok pk nak sambung digree ke tidak. tercabar tul...

fuh fuh next year aku mesti register jugak!

er.. next year eh.. hehehe


Give n Take

Hidup perlu ada give n take. kalau give jer, baik betul kan kan kan. kalau take jer.. teruk kan kan kan. hahaha bg salah, x bagi salah.

Kakyang nak cerita sentap sebenarnya. sedikit terasa dgn seseorang ni.

haritu kakyang urgently cari tempe. tanya la kawan2 ni.. ada tak rumah sesiapa dekat dgn kedai yg jual tempe. nak minta tolong belikan. yg si adik sorang ni bgtau lah, insyaallah dia tolong tengokkan kat kedai area rumah dia tu slalunya ada..

so next day tu kakyang sedikit berharaplah. bila pergi ofis, adik tu ckp, tempe x de kat kedai area rumah dia, nanti dia tengokkan lagi...

nak jd cerita, mlm tu kakyang nampak dia baru je upload gambar anak dia mkn tempe. kantoi sudah!

hahahaa tu je ceritanya. sentap tak dpt tempe. apekebender la ko ni kakyang oiii.. x dpt tempe pun sentap. adoihai...

:P

Friday, November 7, 2014

Dejavu di Kinabalu

Hahahaha dah mula dah... dari sekarang sampai april nanti harap2 korang tak bosan ler baca cerita kakyang pasal kinabalu ni yer.. sikit2 post pasal kinabalu. sikit2 kinabalu. hahahahaha

tp itulah yang jd inspirasi kelangsungan hidup kakyang la ni. dan alhamdulillah sbb kinabalulah, solat kakyang makin tepat waktunya. sbb kejar masa nak keluar joging. dan doa banyak2 semoga semua urusan dan proses mendaki nanti dipermudahkan.

Dan.. alhamdulillah, kakyang rasa mmg allah permudahkan urusan so far. sbb haritu nyaris2 tak dapat booking tempat dengan SSL sbb tarikh yg kami plan nak daki tu dah sold out. Sold out dgn SSL la, dengan agent banyak lagi, tp harga mahal weiii..

dlm dok email gitu gini dgn SSL tu, sambil2 berdoa tiap kali selepas sembahyang. dan akhirnya.. jeng jeng jeng... SSL email bgtau ada tempat lagi. tp tariklh lain. tapi masih dlm within tarikh penerbangan kitorang di sana. yahoooo!  thank you Allah!.

mula2 plan jalan2 KK dulu baru naik gunung, so plan dah berubah jd naik gunung dulu baru jln2 KK.

Tak kesahlah, janji tak perlu ubah tarikh flight, dapat pekej murah plak tu. alhamdulillah...

dan yg tak  bestnya.. sejak dah komfirmed boking ni..  asal kakyang teringat trip tu je, kakyang jd kecut dan debor giler. hah sudah!

rabbi yasir walaa tua'sir ya karim...