Tuesday, September 23, 2014

Bocor lagi...

Kertas UPSR 2014 bocor lagi!!!!!

kali ni paper math n tamil plak kompem bocor. sebagai ibu, kakyang terasa frust juga bila sikecik kakyang kena resit paper. sbb dia kata math dia senang dan boleh buat haritu. takut jugak kalau2 yg akan resit ni susah dan kalau resultnya teruk mesti sikecik tu frust sangat.

semalam kakyang suruh si kecik buka buku latihan semula. dia bg xcuse. esok lah, adik stress ni. dpt lg satu berita berita buruk..


huhuhu kesiannya anak ibu.. resit paper merupakan perkara yg sangt teruk pd anak2 sebaya dia. alah, kita dulu pun gitu jugak. exam tu lah dunia pelajar. hehehe

takpelah dik, ibu yakin dgn adik. adik pasti boleh buatlah wpun bocor 10x pun. hehehe

Thursday, September 18, 2014

Berita terkini hiburan sensasi katekan

kalau artis, asal ada masalah skit, adu lah ke media. pasti meletup letap nama pastu. abis segala dlm terselak.

Ni cerita keluarga org biasa2 pun adu cara media gak. hehehe mediasocial la. dah mcm2 aplikasi utk sampaikan aduan la ni.

Td abg forwardkan wasap sepupu dia. rasanya makcik dia la yg bg. Makcik abg mengadu kat abg hal anak2 dia. aku yg dok dengar ni pun rasa mcm nak penampor jer anak2 makcik.

yg sorang ni dok buat hal. dokrumah ikut suka kluar masuk nak balik ke tidak. guna kereta ikut suka. mentang2lah banyak kereta boleh lenjan. bila rosak ambik kereta lain, repair mak yg tanggung. minyak duit mak juga.. jaga kebersihan kereta tak.

bila kena bebel, sentap. wasap abih dlm family group gitu gini. dari org lain tak tahu, abis seketurunan tahu. tak tau nak ckp mcm mana lg dah.

harapkan dia jd pengganti ketua keluarga, dia plak yg buat hal. bukan makin matang, mkn menjadi2 ada la..

aduhai. aku plak yg pening dgn hal sorang ni.


Thursday, September 11, 2014

Kertas sains UPSR bocor!

haru sungguh. p bocoq la pulak paper ni.. depa ni pun. paper sains je kot. upsr je pun.. takyah la dok kalut2 nak p repot bgtau bocoq. mcm la selama ni tak pernah bocoq. haiyaa..

hangpa nak tau dak.. ni kira gosip ja la. sbb kakyang pun dengaq dari mulut ke mulut. opsss bukan cpr mulut ke mulut tu.. haish. otak jgn kunin naaa

ada la beberapa hamba allah dah pernah khabarkan ke kakyang. soalan2 exam ni tiap2 tahun mmg depa bocorkan. konon2 alasan nak naikkan prestasi sekolah. dan ada gak hamba allah lain bgtau peratusan kelulusan kenaikan % yg dok sibuk di announced tiap2 tahun tu pun bukan betui sangat pun. banyak auta katanya..

bila dengaq berita2 mcm ni.. kakyang terpk biar betul... apa nak jd dgn sistem pendidikan kita?

pikir2 la sendiri no..

Tuesday, September 2, 2014

Mid Valley

kenapa x de apa2 dlm posting ni? ada tajuk jer? pelik..

rasanya yg kakyang nak cerita haritu pasal cara nak ke mid valley kot.. alahai, dekat sangat dgn ofis akak yg di bangsar ni, public transport banyak ha

dari ofis akak ni ada bus rapidKL. 362. turun kat stesyen universiti. ambik pulak bas 361 direct ke midvalley.

kalau korang dari tempat yg jauh, boleh ambik lrt dan turun di stesyen Universiti. dari situ ambik bas transit 361 tadi. bas tu kat bawah stesyen tu je.


Rindu awak 200%

Amboi.. tak hengat! sampai 200% lagu tu.. ni semua gara2 zil kat dlm cerita tu la. abih meroyan kawan2 kakyang dgn zil zul ni. kakyang meroyan juga dak? hahahha

kakyang kategorikan sebagai dak la kot.. tengok cerita ok la, tp nak meroyan2 termimpikan org tu jd bf ka, laki ka dak la.. abang dah ada. cukup utk halang kakyang dari meroyan terbayangkan zil tu. bluewwwk!

hahaha.

bila tengok cita tu, teringat crita2 cinta lelaki yg pernah ada dlm hidup kakyang. dlm banyak2 tu (banyak??? :P ) hanya 2 yg kakyang masih peek a boo. senang ckp jd stalker fb diorang la. hehehe

update H..
baru2 ni si H tg kakyang. tanya khabar. x tahu mana dia dpt no baru kakyang. asal tanya khabar jer mesti nak cerita masih berbini 1. dok kata nak tambah. tp tak tambah2. bila soh tambah. kata takut plak.. kekeke

pstu p skodeng gambar2 dia n family. kakyang terbaca ayat bini dia tulis kat situ..'itu namanya jodoh'. ayat ni bisa di telinga kakyang. sbb bini dia pernah ckp ayat yg sama pd kakyang masa diorang  baru2 bertunang dulu. cerita ni kakyang pernah tulis kat sini..

update S
tak tahu la nasib S di sykt penerbangan yg baru terhempas tu. hopefully dia bukan diantara 6000 kakitangan yg akan dihentikan. bila tengok gambar2 dia aktif dlm sukan, rasa ralat plak tinggalkan dia dulu sbb kalau masih dgn dia tu, mungkin kakyang pun akan aktif sama dlm sukan2 yg dia involved tu. tp kan.. dah jodoh. agaknya kalau masih dgn dia, takde la kakyang bertudung litup sampai sekarang. oohhh tidak... that not my way of life.

oh tambahan cerita si Z.
kakyang baru block nama dia dari fb. rimas dok nengok dia akan muncul komen post2 kawan2 kakyang sebaik saja kakyang put comment kat situ. rimas!