Thursday, April 25, 2013

Kata yg tak terungkap

"kak, tolong pakai baju longar skit boleh tak? pakai ketat2 mcm ni buat seksa mata yg memandang kak..kalau badan akak tu cantik solid molid,takpa. ni sebaliknya. akak pakai baju ketat2 mcm ni habis nampak lipatan2 spare tyre kat badan akak tu. dah rupa maskot michelin taya tu ha.."

tu kalau kakyang dpt ckp dpn2 org tu..mau kena penumbuk. tak pun kena hambur caci maki. hahahah mmg sakit mata dik..kalau pakai baju kurung mcm tu..pk sendiri la bila pakai baju jenis lain mcm mana.

haish haish hais... mcm mana nak bersihkan mata kakyang ni. bila tengok benda2 mcm tu mula la hati berkata2...hais haish haish...nak kena zikir lebih2 skit ni bg otak dan hati alih dari dok pk apa yg nampak td....

subhanallah
alhamdulillah
wala ila haillallah
allah huakbar...

bersihkan hati..bersihkan hati..bersihkan hati..fuh fuh fuh!


Tuesday, April 23, 2013

Mohon bantuan..

Hari ni sebelah tangan kanan kakyang sakit sangat. sengal, ngilu, lenguh tak tahu nak ckp mcm mana. dan tak tahu kat mana yg sakit sangat sebenarnya. picit sini tak kena, picit sana pun tak kena. tekan kat sini rasanya bukan situ yg sakit. tekan tempat lain pun tak juga. sampai menangis2 kakyang tahan sakit ni.

angin mungkin juga sbb kakyang dok sendawa angin jer dari td. dah makan eno sebungkus dah. tak hilang juga.

td kakyang minta tolong sorang ofismate yg terkenal dengan pandai urut. minta tolong urutkan. dan spt biasa, dan buat kali ke 3nya permintaan minta tolong kakyang ditolak mentah2. ini kali ke 3 dik dia tolak permintaan kakyang minta tolong urut. ulang..kali ke 3 yer...

2x yg lepas kak yang minta tolong juga sbb sakit2 badan. ramai suruh kakyang minta tlg kakak tu urutkan. kata mereka dia pandai urut. dan selalu tlg urut diorang. tp bila kakyang suarakan mohon bantuan, tak pernah di layan..

dah tangan sakit, hati pula tetiba sakit bila teringat malunya  kakyang bila org x sudi menolong...

ya Allah, aku redha dengan kesakitan yg kau berikan ini...mohon segera hilangkanlah kesakitan ini...

Friday, April 19, 2013

Apa cara hilangkan bosan?

hari ni mood kakyang betul2 down. ingat lunch time nak p meronda chow kit cari barang nak  buat headband. sekali mood hilang daaa...so terperap la dlm pejabat jer

bosan giler. layan citer korea jap. citer korea pun dah abis, bosan tak hilang2.

layan tidur pulak. sebelum tidur kena main games pou si adik dulu. nanti kang tengah tidur ada jer msg hey! i'm boring.

cuba tidur. mata tak boleh nak lelap. otak mcm2 merawang itu ini. feel down sesangat. sedar2 air mata tumpah. hah. tu lah solutionnya. bila dah bosan. bila dah down sngat2. menangis dlm tak sedar. menjejeh2 air mata keluar mcm kena pukul. tu la bahana apa yg terbuku di dada tak boleh nak kluarkan.  nak cerita kat org, nanti salah fhm. then ada potensi cerita kita dijaja. cerita kat abg. mmg dia x layan. cerita keluarga...er..xde keluarga yg rapat pun.

lastnya tertidur kejap. terjaga semula lepas 20 minit. nak tidur balik sbb masa rehat panjang lagi pun dah tak boleh. otak merawang lagi melayan perasaan.

dok pk apa perkara yg boleh hilangkan perasaan bosan ni?

p shopping? masalahnya x tahu nak shoping apa. baju? tudung? kain?

er..masak2 boleh hilangkan bosan tak? rasanya boleh?, tp ngan syarat masak makanan yg kita suka la. tp apa yg kita suka makan, org lain tak suka. abistu kalau masak nanti sapa pula nak tolong makankan? dah la x reti masak sikit sikit. hmmm nak masak apa ya? laksa? asam laksa? oh baru teringat...sosej jeruk ngan daging jeruk buat haritu ada lagi yg belum di masak.

rasanya berkebun pun boleh hilangkan bosan. tp sekarang  susah nak dpt betul2 berkebun. habis kurang pun sempat deadhead bunga yg dah tua jer.. nak merumput. nak susun semula pasu2. mmg x sempat. tambah bosan bila tengok semua benda tu tak habis buat..

parah ni.. jd apa yg patut dibuat?




Wednesday, April 10, 2013

Exam MUET utk sambung belajar

yehaaaa...KakYang dah berjaya register MUET!.

Dari beberapa tahun lepas kakyang dok usha nak sambung belajar. testing2dgn ambik clas bahasa dulu. nak tahu havoc mcm mana kalau kakyang sambung belajar nanti. masa tu anak2 kakyang x sekolah lagi. kelas bahasa tu 4 bulan jer kat UITM. kelas mula 8mlm habis 10mlm. 2hari seminggu. havoc juga la hidup kakyang utk 4 bulan tu.

kakyang bergantung kenderaan sepenuhnya dgn abg. jd abg kena adjust jadual kerja dia utk pastikan hantar kakyang ke kelas pd hari2 yg berkaitan. jd dlm 4 bulan tu bergaduh, masam muka semua ada lah sbb bila terikat dgn jadual ketat mcm tu.

bila tengok abg x boleh bg komitmen kalau kakyang sambung belajar, jd kakyang dah kuburkan je lah niat nak sambung belajar tu...

tetiba tahun lepas abg sendiri buka mulut tanya kakyang nak sambung belajar tak? bagai org mengantuk disurungkan  bantal, keinginan kakyang pun membuak kembali...discuss2 dgn abg segala kemungkinan yg dia kena terima kalau kakyang sambung belajar, dia kata ok jer. lgpun anak2 kakyang dah  besar sikit. dah boleh berdikari. abg just monitor jer apa yg ptt. so kakyang pun mula la tunggu pengambilan dibuka.

last yer dah isi pendaftaran online UITM. sekali dia nak slip keputusan MUET daaa... bila kakyang tanya semua ckp kena ambik exam dulu baru boleh apply. alamak..

then kakyang pun cpt2 la masuk website majlis peperiksaan utk register MUET. sekali tengok rupanya dah terlepas tarikh pendaftaran da....adoi....

hari ni... kakyang dah lengkapkan pendaftaran MUET. nak tau mcm mana nak register muet bg calon persendirian?  rujuk kat website yg majlis peperiksaan. secara ringkasnya mcm ni...

1- beli pin MEC di BSN (RM101- yuran pendaftaran dan duit proses)
2- register exam muet online. nanti kena masukkan no pin td.
3-cetak slip pendaftaran utk simpan dan semak pengesahan tarikh exam
4-cetak slip peperiksaan
5- exam!

oh..sedikit info utk anda..yg mungkin bermastautin sama area dngn kakyang yer..

Shah Alam adalah dlm Daerah Petaling Perdana yer.

Tempat peperiksaan dlm petaling perdana ada 3- SMTAj sek 11, bukit jelutong dan UPM? ...upm petaling perdana? hmmmm jauh lari tu..

anyway...wish me all the best utk exam july nanti yer...hati dah debar debar ni... ^_^


Tuesday, April 9, 2013

Merancang perjalanan: to Eropah

KakYang tengah prepare perjalanan trip bos ke Switzerland. next week nak pergi, minggu ni tak siap2 tiket apa lg pun. Bos kakyang ni banyak sngat planningnya. nak singgah France lah, nak singgah UK lah..yg pening nak arrangenya KakYang lah..

Mula2 KakYang ingt dah relex sbb ada s/u lg satu bos yg akan ikut serta boleh tolong arrangekan flight sbb katenyer laki dia keje ngan travel agent. bila dah bos kakyang ni uncertain sngat nak singgah2 tu, dia pulangkan task tu ke KakYang.. hampeh tul.

KakYang terima dngn 50-50 punya perasaan. tak rela sbb fussy dik oi nak buat arrangement tu. rela sbb lg senang kakyang buat sendiri. pening sendiri. takyah nak rimas2 org dok tanya mcm mana? mcm mana? rimas tau. tak boleh ke nak buat desicion utk bos. buat mcm KakYang, boleh kata kakyang yg decide utk bos.

HAHAHAHA GILA KUASA! hehehe

ok. utk korang2 yang nak perjalanan bos ke eropah, sila rujuk link ni utk bantuan. banyak info kakyang dpt dari sini. semoga ia dpt membantu!

http://www.seat61.com/Switzerland.htm#.UWP45uT-F7o


Thursday, April 4, 2013

Melancong

minggu lepas kakyang cerita pasal p GM kan? nak p sana tu kakyang google dulu. kat mana lokasi gm tu, apa pilihan transportation utk ke sana...etc lah

so dlm dok goolge2 tu kakyang jumpa lah mcm2 review tourist pasal tempat2 kita. review pasal  brickfield yg dipanggil little india, review pasal chowkit. semua review tu dari org luar. ada terselit satu dua jer dari rakyat tempatan..tetiba kakyang terasa..hhhmmm

kenapa kita sebuk review, posting pengalaman kita jalan2, melancong kat tempat org, tp tidak kita posting tempat kita sendiri eh..?

tempat sendiri yg kakyang ckp ni tempat kita bermastautin lah. bukan tempat perlancongan tempatan yg kita pergi. rasanya yg ketegori gitu kita suka posting. tp kita sebagai penduduk yg lebih arif jalan2 sekitar tempat kita bermastautin mesti lg banyak nak diceritakan ye dak? sekurangnya apa tips yg kita bagi tu boleh jd sebagai panduan utk pelancong lain.

oklah..kalau mcm tu kakyang berazam..azam yg dtg bukan pd awal tahun jer yer...azam kakyang, tiapkali kakyang pergi kemana2 sekitar kl/pj/s.alam/selangor ni, kakyang akan tulis kat sini sebagai panduan semua. manatau ada tips2 yg boleh membantu melancarkan perjalanan korang nanti..

oppsss...banyak tempat yg kakyang pergi baru2 ni semasa cuti sekolah. hmmm ada masa jap jap lg kakyang sambung tulis kat posting lain yer...

jumpa lagi!