Friday, March 29, 2013

Trip to GM Plaza KL

tajuk tak boleh blah sungguh. mcm  jauh. heheheh

tp time lunch jumaat kakyang p GM Plaza KL. kengkonon nak cari barang utk buat ribbon craft.

dari ofis kakyang ambik teksi ke monorail station brickfield.  dari google, diorang kata ni yg plg dekat dgn GM tu. turun kat Chowkit station. kena RM2.50 jer. pastu jalan kaki skit. dah nampak plaza tu tinggi jer. terus la kakyang cerodong masuk je lorong2 tu cari plaza tu. alhamdulillah selamat sampai.

1st impression? tak boleh lawan platinium plaza la...kat situ mcm2 brg ada, tp kat GM ni tak menarik langsung. dan yg pastinya  takde kualiti la sngat.

barang yg dicari? tak dpt pun...ada, tp takde pilihan. jd ambik sajalah utk permulaan. nanti cari baru.

Monday, March 18, 2013

Trip to Bangkok

awal bulan hari tu kakyang p bangkok. ikut member2 ros p hunting ros. tp end up kakyang p shoping since kalau p cari ros nak kena kluar duit sewa teksi sampai RM200+

kakyang p bangkok dari 3-6 March 2013. over all trip ni kakyang labelkan the best trip ever. hahahaha
ni kira trip gamble jer. kakyang p sana 1 backpack, balik 4 beg u.

kakyang p naik AA. beli tiket last minit since last minit baru dpt izin dari abg. so harga tiket time tu dah mahal la skit. nak dpt murah pun tak boleh dah sbb dah ikut org lain punya flight time. wpun ada time yg lg murah, so abaikanlah.

then menginap kat the glow, pratunam. bawah hotel betul2 center wholesale beli belah. so takyah nak travel jauh. bangun, sarapan, turun lift  terus masuk tempat shoping. 4 hari  mcm tu..rebeh bahu wooo...yg plg rebeh...poketlah...

1day..
kami sampai don muang airport almost t/hari, dari sana terus ambik taxi van ke hotel. niatnya nak pergi canal 15, tp kakyam tak bg p sbb katanya kat bkk ada elektion, so dia takut kami ada masalah untuk cari teksi balik.

kat hotel, kakyam yg uruskan semua check in. kami lepak kat lobi hotel dulu. dpt ler rasa wellcome drink yg manis melecas tu..air lemon.

dah selesai semua, check in bilik masing. lepak kat bilik kakyam makan2 alas perut dulu. tanya agenda masing2 nak buat apa ptg tu semua kata nak relex2 jer dulu. kakyang ngan fizan dah tak sabar nak p ronda. so kami ber2 terus decide p ronda2 apa ada sekitar hotel dulu. kiranya 1st day sampai tu dah survey la mana tempat yg best. 1st masuk platinium complex dulu. heavent la dlm tu...murah!

then mlm tu kluar ramai2 p cari tempat mkn. waktu tu dah kul 8.30mlm.turun jer hotel, org tuttut terus halang tanya nak p mana?  kami kata nak p kedai mok yoh (kedai xxx)  dia kata tutup. dia nak bawa kami p restoran lain yg halal juga.  since dia kata halal, kami setuju je lah. dia charge TB50 utk 2 tut tut.

sekali rupanya dia bawa kami ke restoren seafood besar. nak masuk jer dah nampak org hidang arak. ok lg..masuk dok kerusi depa  bg pula menu. flip jer menu.. tersedak masing2 tengok harga. mahal giler! sepinggan sayur biasa jer dah RM30! kalau makan 5 org ni mau beratus kena ni..bincang2 kami pun tak jd mkn kat situ. blah jalan kaki cari restoren halal yg kakyang mmg dah google lokasinya di mana. mmg tak jauh dah dari situ. pusing2 jalan yg diorang bg tu tak jumpa juga. lastnya tanya2 org. english skit2. selebihnya bahasa isyarat. yg best ayat diorang nuuuuunnn. maksudnya jalan di sana. tp di sana tu yg tak tahu yg mana satu.. nak tanya detail lg dah tak phm apa depa ckp. last sekali cerodong je lah... yg sorang bg direction mcm ni, yg sorang bg direction mcm tu. end up, kakyang confident dgn direction sorang ni then back up lg  google map yg offline tu, terus ikut lorong kecil yg org tu petua. mak aiii..makin ke dalam makin narrow jalannya sampai mcm lalu celah2 rumah org. lastnya tembus ke sebelah lorong sana. beranikan diri belok kiri jalan. cari2 tak jumpak pun kedai mokyoh. jalan sikit nampak rumah ada tulis2 arab. pergi bg salam. tanya kat makcik tu kedai makan dlm bahasa isyarat. dia kata nuuuuunnnnn lagi sekali. sambil tunjuk tangan ke kiri lagi ikut arah yg sama. oklah. kakyang pun terus bawa member2 jalan ke hadapan lagi..jln dpn sikit jumpa la satu gerai kereta sorong yg ada kalimah allah/muhd dan halal. tanya2 dlm bahasa ayam itik. muslim food ? muslim food? sambil2 buat isyarat makan ngan tunjuk tudung. makcik tu angguk2 sambil tunjuk tulisan arab dpn cermin kereta sorong dia. yakinlah boleh makan. pastu nampak pula sorang perempuan muda dok kerja kat situ ala2 arabic, pakai tudung. lg confident lah nak dok situ. lepas semua sepakat nak makan kat situ jer..order lah makan. main bahasa isyarat jer.. pong pang pong pang..dpt la makan tomyam pedas, sayur campur, sosej dan air kosong. jadilah utk habuan mlm tu...

harga? murah gak. total rasanya dlm TB500. utk 5 org makan ok la kan?

dah kenyang perut, kami saja2 terus susur jalan td tu nak cari mana kedai mokyeh tu..sampai hujung tak jumpa lagi. turn left pula hala jalan ke hotel. baru nampak deretan restoren islam. ada kedai mamak, kedai mokyoh (masa ni baru kemas nak tutup. maksudnya masa kami kluar hotel td tu masih buka la kan? cilakak punya tut tut!). sebelah mokyeh kedai fareeda fathoni. pun baru nak tutup. sempat singgah tanya pakcik tu tutup kedai pukul berapa?  potpet skit lepas tu terus aim nak makan kedai tu esok. hehehe

ontheway balik hotel, banyak kedai food massage. singgah satu kedai ni.. kami pakai ramai2 urut kaki. 1jam baru TB200=RM20. boleh la..kalau kat KL tu  mau double harga tu. urutan? peh..sedap. syok utk hilangkan lenguh2 jalan shoping2 td tu..

lepas tu apa lagi?  balik hotel tidur la tak sedar kebenda weh.

meh layan gambar dulu. kakyang tak boleh nak tulis lama2 sbb kerja hakiki dok menunggu. tp hati digaru2 nak kongsi pengalaman..huh haru sungguh


muka-muka ceria nak p jalan-jalan



jln ramai2 nak naik kapalterbang

ah...ada juga gambar mamat encem kat sini juga yer..dpt gambar belakang pun jdlah..dia ni rasanya org korea atau jepun. travel backpack juga ni..

dah sampai bangkok!


fizan tengah tunggu  member lain masuk toilet. hehehe


universiti yg ada sepanjang perjalanan nak ke pratunam

taxi hijau kuning kedah..hehehe

menara tertinggi di bkk. ni tandanya dah nak sampai destinasi

istana lama yg dah jadi muzium dlm perjalanan nak ke hotel.

hotel yg kami dok. lobby tingkat 7. 24 hours security. nak xcess lift pun pakai card.

wellcome drink. lemonade

bilik air..luxirous giler..





gambar bunga2 tu cantik!



pemandangan dari bilik hotel nampak seluruh pratunam

platinium mall, syurga membeli belah

pool hotel

nenas manis!





dlm platinium. selesa. tp harga slightly mahal skit dari yg lorong2 tu..tp  still puas hati

dpn platinium. org start nak jual2 

sosej kedai islam yg jumpa mlm pertama. sosej ayam ni. sedap. dia goreng ngan sos apa entah rasanya masam2 manis. makan 2 pinggan rasanya mlm tu.

sosej ayam makcik lorong masjid

tom yam kung. minta xpedas pun pedas, minta pedas pun pedas. maksudnya  pedas sama ler tu..hehehe

kedai mamak sebelum kedai mokyoh

masjid kat soi jet (lorong 7)


time ni rasanya dok ulang alik cari jalan soi 7 tu..

haaa.. ni kedai mokyoh.

ni kedai sebelah mokyoh. farida fatornee. 2 mlm mkn kat kedai ni. makin  dtg mkin mahal. hehehe

Fizan dah jumpa baju yg dia suka! habis diborongnya..sib baik naik kapal terbang org.kalau kapal terbang sendiri mau kosong kedai ni kot. hahahaha


air oren yg manis dan sedap! TB20


baiyoke sky tower-menara tertinggi di bangkok


jumpa masjid di bobae market. masuk lorong masjid ni boleh makan nasi air (bubur nasi) yg sangat sedap!


nasi air aka bubur nasi di gerai tepi masjid bobae

tomyam kung gerai mariam, belakang kuil hindu di pahurat


gerai mariam belakang kuil hindu. 

kecik je lah gambar ni..sbb ada gambar dugung bersidai. huhuhu

caption dari dlm boat susuri sungai chao praya

victory monument yg terserempak ketika kembali ke pangkal jalan selepas tersesat. hahahahah